Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.ta] | ملات

Definisi : menjalar atau merayap (binatang atau tumbuh-tumbuhan spt ular, kacang, labu, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.ta] | ملات

Definisi : menjalar atau merayap (bkn tumbuh-tumbuhan atau binatang). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lata
Kata Terbitan : melata,

Puisi
 

Kacang sepat kacang melata,
     Kacang melata di atas kota;
Orang berempat sebaya saja,
     Salah satu kuambil juga.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Menjalar melata pohon tembikai,
     sayang buah dimakan tikus.

Bermaksud :

Indah dan gagah pada lahirnya saja tetapi batinnya tidak baik. tembikai = buah semangka.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
decumbentmelataBiologiUmumTiada
decumbentmelataBotaniTiadaKeadaan batang yang menjalar dan tumbuh rapat di permukaan tanah dengan hujungnya membengkok dan tegak ke atas.
cascading windowstetingkap melataTeknologi MaklumatTiadaKaedah pemaparan susunan tetingkap yang bertindih supaya bar tajuk masing-masing sentiasa kelihatan iaitu tidak terlindung atau tertindih.
prostrateprostratBotaniTiadaBatang yang melata di permukaan tanah tanpa mengeluarkan akar daripada buku. Contohnya, batang pokok tembikai.
offsetjalaranBotaniTiadaBatang tebal yang melata dan keluar dari pangkal pokok induk dengan hujungnya mengeluarkan rumpun-rumpun daun dan sekumpulan akar halus terdapat di bawahnya. Contohnya, pada keladi bunting.
ground coverpenutup bumiPertanianAgroteknologiTumbuhan yang melata dan digunakan untuk menutup kawasan tanah yang tidak ditanam supaya dapat melindunginya daripada kesan air hujan atau cahaya matahari. Tumbuhan ini dapat membantu mengurangkan kadar hakisan tanah berbanding sekiranya kawasan itu terdedah. Dalam sektor perladangan kelapa sawit dan getah, telah menjadi amalan biasa untuk penanaman beberapa jenis tanaman penutup bumi daripada keluarga kekacang seperti Centrosema pubescens, Calopogonium mucunoides dan Mucuna bracteata. Tanaman ini juga dapat meningkatkan kesuburan tanah melalui pengikatan nitrogen daripada atmosfera.
Oxalis corniculatasikup dadaHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan herba kecil dan merayap dalam famili Oxalidaceae dan dikenali juga sebagai sekap dada atau semanggi gunung. Tumbuhan ini tumbuh melata di taman, di halaman rumah dan di dalam pasu. Batangnya kecil lembut dan berbulu. Daunnya jenis majmuk, bertangkai kecil dan panjang serta mengandungi tiga anak daun. Anak daun nipis berbentuk seperti jantung terbalik dan berlekuk dalam di hujungnya. Bunganya kecil berwarna kuning. Buahnya jenis kapsul mengandungi biji kemerah-merahan. Daunnya yang ditumbuk lumat dibuat pupuk untuk mengurangkan panas badan. Daunnya juga dibuat kumur untuk sakit mulut dan gusi. Jus daun dititikkan ke mata untuk mengubati sakit mata dan gatal kelopak mata. Jus daun juga diminum untuk melegakan batuk.
folk poetrypuisi rakyatKesusasteraanTiadaPuisi yang disampaikan secara lisan. Puisi rakyat biasanya bersifat lirik, iaitu ungkapan puitis yang dapat digunakan untuk seni kata dalam lagu, cerita, ucapan, dan kegiatan harian. Puisi rakyat biasanya berbentuk pendek, bersukat dan berpola, amat terikat dengan keperluan bait, baris dan rima agar mudah dihafal dan diingati. Namun, terdapat juga bentuk berangkap yang lebih longgar strukturnya dan lebih panjang. Contoh bentuk pendek yang terikat ialah pantun, terutamanya pantuan dua kerat. Contohnya adalah seperti yang berikut: Tak tumbuh tak melata, Tak sungguh orang tak kata. Puisi lisan yang lebih panjang dan longgar ialah mantera, seloka, manakala ungkapan berirama seperti talibun, teromba, gurindam, dan perbilangan. Lihat juga mantera, talibun, teromba.
authorial intusioncelahan pengarangKesusasteraanTiadaAlat penceritaan yang membenarkan pengarang untuk memberhentikan cerita sejenak, keluar daripada cerita dan berbicara secara terus-menerus dengan pembaca. Tidak seperti watak dalam cerita yang dikisahkan, celahan pengarah merupakan suara orang yang tidak terlibat sama sekali dalam aksi cerita. Justeru, suara tersebut dapat memainkan peranan sebagai pembekal maklumat yang tidak diketahui oleh watak dalam cerita. Celahan pengarang tidak semestinya berbentuk percakapan intim seorang pengarang seperti yang terdapat dalam diari atau memoir. Celahan pengarang boleh juga dianggap sebagai pengarang tersirat apabila suara pengarang tidak ketara tetapi tetap diketahui dan difahami. Dalam perkembangan teknik penceritaan, celahan pengarang dipinggirkan untuk sekian waktu kerana dianggap terlalu menonjol, tidak halus, dan tidak berseni tinggi. Namun begitu, pada dekad 1970-an, celahan pengarang digunakan semula apabila bentuk cereka metafiksyen diperkenalkan, dan mula mendapat perhatian ramai. Dalam sastera Melyu moden, bentuk celahan pengarang dapat dilihat pada penggunaan �kalam�, �kertas� dan �dakwat� seperti dalam novel Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Sheikh al-Hadi. Contohnya, �llahu Akbar, di sini lemahlah kalam daripada melata di atas kertas yang bersih ini pada menggoreskan apa-apa yang berlaku di antara kedua asyik dan maksyuk ini di dalam peraduannya. Tetapi oleh sebab bersangatan kalam takutkan kemurkaan sekalian tuan-tuan pembaca yang dikasihi, terpaksalah juga kalam mendayu-dayu dan bergurindam dengan syair yang melipurkan sedikit asyik cinta berahi kalam yang berlamaan akan kertas yang saf ini�. Lihat juga metafiksyen, pengisah ketara.

Kembali ke atas