Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.laung] | ملاءوڠ

Definisi : berteriak (memanggil, menyeru) dgn suara yg kuat: sambil memegang tangan adiknya, Ramli cuba ~ dgn sekuat-kuatnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.laung] | ملاءوڠ

Definisi : 1 memanggil dgn suara yg kuat dan nyaring: Apabila penghulu yg ~, barulah dia datang. 2 berseru atau berteriak nyaring-nyaring: Engkau tidak perlu ~, aku ada di sisimu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melaung


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana lebih tepat: a) "Umaimah, buka pintu cepat!" Suara Ubaidillah melaung memanggil Umaimah. b) "Umaimah, buka pintu cepat!" suara Ubaidillah melaung memanggil Umaimah."Umaimah, buka pintu cepat!" Suara Ubaidillah melaung memanggil Umaimah. Tatabahasa29.11.2011
Apakah perbezaan antara pantas, cepat, ligat, cepat dan deras? Terima kasihPerkataan cepat, laju dan pantas membawa maksud yang sama. Walau bagaimanapun dari segi penggunaan adakalanya terdapat perbezaan penggunaan.

Sila perhatikan contoh ayat tersebut;

a. Peserta-peserta sedang berlari pantas untuk memenangi acara lumba lari 200 meter.
b. Ali memandu kereta dengan laju.
c. Rumah itu hanyut kerana arus yang deras.
d. "Umaimah, buka pintu cepat!" Suara Ubaidillah melaung memanggil Umaimah.
e. Matanya bulat memandang kipas yang berputar ligat di atas meja.
Tatabahasa12.12.2013

Kembali ke atas