Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.yang] | ملايڠ

Definisi : menghiris nipis-nipis (buah mangga dll); pipi bagai pauh dilayang ki pipi yg penuh (gebu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.yang] | ملايڠ

Definisi : ark 1. terbang dgn tidak mengipas-ngipaskan sayap, terkatung­-katung di udara (kertas atau daun ditiup angin, kapal terbang, dll): beberapa kali kapal terbang kipas empat ~ rendah di atas hutan tempat kami bersembunyi; 2. tidak tenggelam dan tidak timbul (dlm air); 3. ki hilang (nyawa dll), lenyap, tidak tenang (fikiran): ~ fikiran; ~ nyawa (jiwa) mati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.yang] | ملايڠ

Definisi : menghiris (buah-buahan) tipis-tipis: Pipinya bagai pauh dilayang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.la.yang] | ملايڠ

Definisi : 1 terbang dgn tidak menggerakkan sayap; terkatung-katung di udara; jatuh perlahan-lahan seakan-akan terbang (bkn kertas atau daun ditiup angin): Sebuah kapal terbang jenis B 29 kelihatan terbang ~ di angkasa kota Hiroshima. 2 ki hilang (nyawa dll); lenyap; mati: Banyak nyawa yg ~ akibat peperangan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Berkawan melayang ke kuala,
     Hinggap mari di dahan duku;
Manakala dikenang hatiku gila,
     Cintakan puteri belahan jiwaku.


Lihat selanjutnya...(52)
Peribahasa

Daun 'lah melayang,
     buah jatuh ke perdu juga.

Bermaksud :

Tiada sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak saudara. (Peribahasa lain yang sama makna: Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
float4. walk lightly, berjalan melayang: she ~ed into the dining-room, dia berjalan melayang masuk ke bilik makan; 5. (fig.) drift, melayang(-layang): memories of Christine ~ed through his mind, kenangan kpd Christine melayang-layang dlm fikirannya; under hypnotic trance, your mind ~s out of your body, dlm keadaan hipnosis, fikiran akan melayang keluar dr badan; 6. move aimlessly from one place or activity to another, hanyut: the homeless youth ~ed from city to city, anak muda gelandangan itu hanyut dr kota ke kota; 7. (of currency) terapung: the Dutch guilder was allowed to ~, guilder Belanda dibiarkan terapung;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
soar2. glide, hover in the air, (terbang) melayang; (of kite) melayang: overhead, a pair of eagles ~ed, di atas, sepasang burung helang terbang melayang; they lay on the grass and watched the kites ~ing above them, mereka berbaring di rumput dan memerhatikan wau melayang-layang di langit;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fly1c. (of garment) melayang-layang: he ran off with his coat ~ing out behind him, dia berlari dgn kotnya melayang-layang; (of hair) merebang: her hair was ~ing loose in the wind, rambutnya merebang ditiup angin; 5. move quickly, a. (of person, animal) meluru: he came ~ing into the room, dia meluru masuk ke bilik; she flew to help him, dia meluru utk menolongnya; b. (of car) meluncur; c. (of other objects) melayang: the ball flew through the air, bola itu melayang di udara; ~ open, (of door) tiba-tiba terbuka;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blow1~ away, /melayang, terbang/ ditiup angin: my scarf blew away, skaf saya melayang ditiup angin; ~ st away, /melayangkan, menerbangkan/ sst;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
plane 1vi 1. glide, melayang: a gull ~d down, circling the yacht, seekor burung camar melayang turun, mengelilingi kapal layar itu; 2. skim, melayap: the speedboat ~d across the lake, bot laju itu melayap merintangi tasik tersebut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
suspend 2. hang or hold still in, a. (air) melayang-layang: dust ~ed in the air, debu melayang-layang di udara; b. (water) terapung-apung: particles ~ed in water, zarah yg terapung-apung di permukaan air;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
driftvi 1. be carried along by current of air, a. (of balloon, kite, etc) melayang-layang: the balloon ~ed a long way off course, belon itu melayang-layang jauh dr laluannya; b. (of smoke from a chimney) keluar: a column of smoke ~ed from the chimney, kepulan asap keluar dr serombong itu; c. (of clouds) berarak: the clouds ~ed across the sky, awan berarak di langit; d. (of sound) sayup-sayup kedengaran; e. (of smell) terbau, tercium, terhidu: a delicious smell ~ed from the kitchen, tercium bau sedap yg datangnya dr dapur;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blow1~ /about, around/, /berterbangan, melayang-layang/: the leaves are ~ing about in the wind, daun-daun itu berterbangan ditiup angin;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
far-awayadj 1. remote, jauh: ~ places, tempat-tempat jauh; ~ times, pd /zaman, masa/ dahulu; 2. (of look in so’s eyes) dreamy, melayang jauh: his eyes had that ~ look,fikirannya melayang jauh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blow1~ off, [various translations]: his hat blew off, topinya melayang ditiup angin; when the water boiled the lid blew off, apabila air mendidih tudung cerek itu terpelanting; ~ st off, [various translations]: the wind blew the roof off the house, angin telah menerbangkan bumbung rumah itu; the gale blew the ship off its course, angin kencang meniup kapal itu hingga terpesong dr arah perjalanannya; she blew the dust off the covers of the book, dia menghembus debu dr kulit buku itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas