Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.yang] | ملايڠ

Definisi : menghiris nipis-nipis (buah mangga dll); pipi bagai pauh dilayang ki pipi yg penuh (gebu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.yang] | ملايڠ

Definisi : ark 1. terbang dgn tidak mengipas-ngipaskan sayap, terkatung­-katung di udara (kertas atau daun ditiup angin, kapal terbang, dll): beberapa kali kapal terbang kipas empat ~ rendah di atas hutan tempat kami bersembunyi; 2. tidak tenggelam dan tidak timbul (dlm air); 3. ki hilang (nyawa dll), lenyap, tidak tenang (fikiran): ~ fikiran; ~ nyawa (jiwa) mati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.yang] | ملايڠ

Definisi : menghiris (buah-buahan) tipis-tipis: Pipinya bagai pauh dilayang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.la.yang] | ملايڠ

Definisi : 1 terbang dgn tidak menggerakkan sayap; terkatung-katung di udara; jatuh perlahan-lahan seakan-akan terbang (bkn kertas atau daun ditiup angin): Sebuah kapal terbang jenis B 29 kelihatan terbang ~ di angkasa kota Hiroshima. 2 ki hilang (nyawa dll); lenyap; mati: Banyak nyawa yg ~ akibat peperangan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Berkawan melayang ke kuala,
     Hinggap mari di dahan duku;
Manakala dikenang hatiku gila,
     Cintakan puteri belahan jiwaku.


Lihat selanjutnya...(52)
Peribahasa

Daun 'lah melayang,
     buah jatuh ke perdu juga.

Bermaksud :

Tiada sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak saudara. (Peribahasa lain yang sama makna: Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
inflightbola melayang (Sofbol)PendidikanTiadaTiada
inflightbola melayang (Sofbol)SukanTiadaTiada
flying anglehelang melayangPendidikanTiadaTiada
flying dutchmanhelang melayang (P.JAS)PendidikanTiadaTiada
flying dutchmanhelang melayang (P.JAS)PerhutananTiadaTiada
masuk pancangmasuk pancangKesenianTiadaKedudukan wau yang melayang tinggi yang dapat dikesan melalui pancang meter.
floating smashsmesy tanggungSukanTiadaSmesy dengan bulu tangkisnya melayang seolah-olah terapung dan tidak menjunam.
saillayar;gaya layangSukanTiadaGaya layang: Aksi terbang seperti melayang yang dilakukan oleh peserta lompat jauh ketika membuat lompatan.
flick serviceservis kuisSukanTiadaServis yang dilakukan dengan menguis bulu tangkis dengan pantas, dan membiarkan bola melayang rendah.
volantevolanteMuzikTiada

Gaya persembahan yang menghasilkan tempo yang cepat seakan-akan melayang-layang seperti dalam karya xylophone dan band berjudul Allegro Volante oleh Daniel Dorff. Gaya ini dimainkan dengan artikulasi yang ringan dan halus.

12

Kembali ke atas