Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata meledakkan 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya mempunyai beberapa soalan di sini. 1) Saya ingin kepastian penggunaan perkataan DARI dan DARIPADA secara betul. 2) Saya juga ingin kepastian makna dan kesesuaian perkataan itu digunakan contoh seperti perkataan sayugia, waima dan natijah. Terima kasih di atas ulasan pihak tuan.

1. Kata sendi nama DARI digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yg menyatakan arah, tempat atau masa. Contoh: Saya datang DARI kampung, Keadaannya semakin tenat DARI sehari ke sehari. Kata sendi nama DARIPADA pula hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yg. menyatakan punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda dan unsur abstrak, sumber atau asal kejadian sesuatu benda, sebahagian daripada semua dan perbezaan atau perbandingan. Contoh, Ali menerima surat DARIPADA ibunya, benang berasal DARIPADA kapas, sebahagian DARIPADA pelajar sekolah itu sudah pulang ke kampung, Ali lebih tinggi DARIPADA Ahmad.

2. Ejaan yang betul ialah seyogia, daripada  perkataan yogia. Seyogia membawa makna sepatutnya, selayaknya, semestinya. Contoh ayat: jikalau tuan hendak belayar, seyogianya hamba dibawa. Waima berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud  sama ada, walaupun. Contoh ayat: apa pun yg dibuat manusia, ~ dgn perang meledakkan dunia dan isinya, manusia tidak akan berjaya membunuh kebenaran dan keutamaan. Natijah:  keputusan (dr sesuatu), kesudahan, kesimpulan, akibat. Contoh ayat: kadang-kadang apa yg kita benci dan tidak suka itu baik ~nya; ~ drpd perkembangan ekonomi kolonial spt itu amat buruk padahnya kpd masyarakat Melayu.

Tatabahasa30.11.2010
Adakan kuda-kuda mempunyai maksud sebagai "banyak kuda"

“Kuda-kuda” bukan bermaksud “banyak kuda” tetapi bermaksud 1. Alat berkaki tiga, biasanya digunakan untuk meletakkan papan hitam, kanvas lukisan, bingkai gambar dan sebagainya. 2. Kayu penyangga untuk menahan bumbung rumah. 3. Bahagian senapang atau pistol yang meledakkan peluru. 4. Penyangga tali pada alat bunyi-bunyian. Untuk maksud “banyak kuda”,  kata nama “kuda” boleh digabungkan dengan kata bilangan tentu atau kata bilangan tidak tentu dan penjodoh bilangan contohnya, “sepuluh ekor kuda”,  “beberapa ekor kuda”  dan sebagainya.  

Tatabahasa11.02.2022

Kembali ke atas