Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lé.ga.ri] | مليݢري

Definisi : mengelilingi: ~ Kaabah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lé.ga.ri] | مليݢري

Definisi : bergerak berkeliling sesuatu; mengelilingi: ~ Kaabah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melegari


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
melegaribergerak berkeliling sesuatu; mengelilingi: ~ Kaabah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
melegarimengelilingi: ~ Kaabah;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengedari1. (bergerak) mengelilingi, melegari: bumi ~ matahari; 2. menjelajahi: ~ dunia dgn basikal; 3. menjalani sekitar: dibawanya saya ~ jalan-jalan raya di Kuala Lumpur;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengedari1 (berjalan, bergerak) mengelilingi; melegari: Bumi ~ matahari. 2 berjalan-jalan di sekitar: Malam itu dia telah membawa saya ~ bandar raya Kuala Lumpur dgn keretanya. 3 mengembara mengelilingi; menjelajahi: Pemuda itu ~ dunia dgn basikal.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengedari1. (berjalan, bergerak) mengelilingi; melegari: Bumi ~ matahari. 2. berjalan-jalan di sekitar: Malam itu dia telah membawa saya ~ bandar raya Kuala Lumpur dgn keretanya. 3. mengembara mengelilingi; menjelajahi: Pemuda itu ~ dunia dgn basikal.Kamus Pelajar
legar/légar/; berlegar bergerak atau berjalan berkeliling; berpusing selalu: Burung helang itu ~ saja memperhatikan mangsanya. melegari bergerak berkeliling sesuatu; mengelilingi: ~ Kaabah. melegarkan menjadikan berlegar; memusingkan; memutarkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
legar(légar); berlegar, berlegar-legar 1. ber­gerak-gerak berkeliling, berputar, berpusing selalu: benda itu berlegar-legar spt planet di angkasa lepas; di kepalanya berlegar-legar seribu soalan; 2. banyak mengisahkan hal tentang atau menumpukan perhatian pd, hampir tertumpu pd: persoalan cerita ~ pd diri Ipin, seorang anak orang asli; 3. Mn bergilir (bekerja dll), bertukar-tukar; melegari mengelilingi: ~ Kaabah; melegarkan memusingkan berkeliling, meng­edarkan (minuman dll); legaran edaran, giliran.Kamus Dewan Edisi Keempat
edar/édar/; beredar 1 berjalan (bergerak, berlegar) berkeliling hingga sampai ke tempat permulaan: Bumi ini ~ mengelilingi matahari. 2 berpindah-pindah drpd seorang kpd seorang yg lain (dr setempat ke setempat); berputar: Surat siaran itu sudah ~ beberapa hari yg lalu. 3 berpindah tempat: Apabila jamuan selesai, para hadirin pun ~ pulang. 4 berlalu (bkn masa): Hari terus ~. mengedari 1 (berjalan, bergerak) mengelilingi; melegari: Bumi ~ matahari. 2 berjalan-jalan di sekitar: Malam itu dia telah membawa saya ~ bandar raya Kuala Lumpur dgn keretanya. 3 mengembara mengelilingi; menjelajahi: Pemuda itu ~ dunia dgn basikal. mengedarkan 1 menyampaikan surat dll drpd seorang kpd seorang yg lain; membawa berkeliling (ke mana-mana): Pelayan kapal terbang ~ gula-gula kpd penumpang-penumpang. 2 mengeluarkan sesuatu utk dipakai oleh orang ramai (bkn wang): Tidak lama lagi, kerajaan akan ~ wang kertas baru ke seluruh negara. edaran 1 perubahan yg berulang-ulang atau yg akan kembali kpd keadaan asalnya; pusingan yg silih berganti. 2 sesuatu yg diedarkan: surat ~. ~ air pusingan air dr lautan ke daratan melalui atmosfera dan kembali ke lautan. ~ darah aliran darah melalui jantung ke seluruh badan. ~ hujan pusingan air menjadi wap, wap menjadi awan, dan awan menjadi hujan (air). peredaran 1 hal atau keadaan beredar; pergerakan (perjalanan) berkeliling: ~ bumi. 2 perubahan drpd satu keadaan kpd satu keadaan lain; peralihan dr satu tempat ke satu tempat lain. 3 perpindahan (wang) dr tangan ke tangan. 4 perubahan atau perkembangan masa: ~ zaman. pengedaran perbuatan atau hal mengedarkan: Orang-orang yg terlibat dlm ~ dadah itu telah ditangkap. pengedar 1 alat utk menyampaikan arus elektrik ke palam nyalaan pd silinder. 2 orang yg mengedarkan sesuatu: ~ buku.Kamus Pelajar Edisi Kedua
edar/édar/; beredar 1. berjalan (bergerak, berlegar) berkeliling hingga sampai ke tempat permulaan: Bumi ini ~ mengelilingi matahari. 2. berpindah-pindah drpd seorang ke seorang yg lain (dr setempat ke setempat); berputar: Surat siaran itu sudah ~ beberapa hari yg lalu. 3. berpindah tempat: Apabila jamuan selesai, para hadirin pun ~ pulang. 4. berlalu (bkn masa): Hari terus ~. mengedari 1. (berjalan, bergerak) mengelilingi; melegari: Bumi ~ matahari. 2. berjalan-jalan di sekitar: Malam itu dia telah membawa saya ~ bandar raya Kuala Lumpur dgn keretanya. 3. mengembara mengelilingi; menjelajahi: Pemuda itu ~ dunia dgn basikal. mengedarkan 1. menyampaikan surat dll drpd seorang ke seorang yg lain; membawa berkeliling (ke mana-mana): Pelayan kapal terbang ~ gula-gula kpd penumpang-penumpang. 2. mengeluarkan sesuatu utk dipakai oleh orang ramai (bkn wang): Tidak lama lagi, kerajaan akan ~ wang kertas baru ke seluruh negara. edaran 1. perubahan yg berulang-ulang atau yg akan kembali kpd keadaan asalnya; pusingan yg silih berganti. 2. sesuatu yg diedarkan: surat ~. ~ air pusingan air dr lautan ke daratan melalui atmosfera dan kembali ke lautan. ~ darah aliran darah melalui jantung ke seluruh badan. ~ hujan pusingan air menjadi wap, wap menjadi awan, dan awan menjadi hujan (air). peredaran 1. hal atau keadaan beredar; pergerakan (perjalanan) berkeliling: ~ bumi. 2. perubahan drpd satu keadaan kpd satu keadaan lain; peralihan dr satu tempat ke satu tempat lain. 3. perpindahan (wang) dr tangan ke tangan. 4. perubahan atau perkembangan masa: ~ zaman. pengedaran perbuatan atau hal mengedarkan: Orang-orang yg terlibat dlm ~ dadah itu telah ditangkap. pengedar 1. alat utk menyampaikan arus elektrik ke palam nyalaan pd silinder. 2. orang yg mengedarkan sesuatu: ~ buku.Kamus Pelajar

Kembali ke atas