Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.le.lap.kan] | مللڤکن

Definisi : mengejapkan (mata): baru ia hendak ~ mata, sudah tersentak mendengar suara bising; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.lap.kan] | مللڤکن

Definisi : memejamkan (mata) supaya lelap: Amin tidak dpt ~ matanya kerana suasana terlalu bising. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melelapkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
BETUL ATAU TIDAK PERKATAAN/AYAT MELELAPKAN BAYARAN? CONTOH DI BAWAH. 6.2 Adalah sentiasa dipersetujui oleh kedua-dua pihak bahawa cagaran yang dirujukkan di perenggan 6.1 di atas akan dikembalikan kepada Pengusaha tanpa apa-apa faedah selepas perjanjian ini ditamatkan dengan memuaskan dan tertakluk kepada potongan yang dibuat oleh Koperasi mengikut perjanjian ini. Adalah dipersetujui bahawa KKUiTMB berhak untuk melelapkan Bayaran Dahuluan jika perjanjian ini ditamatkan oleh sebab apa-apa perlanggaran syarat-syarat perjanjian ini oleh Pengusaha dan kelelapan deposit ini juga tidak akan menyekat Koperasi untuk menuntut kerugian atau gantirugi lain yang diakibatkan oleh Kontrak ini.Dalam bidang kewangan, perkataan melelapkan bayaran dalam ayat tersebut betul kerana berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, lelap bermaksud tidak dapat ditebus kembali kerana sudah lewat masanya (barang gadaian).

Mohon dibetulkan ejaan ganti rugi (dua perkataan).
Istilah15.04.2021
perbezaan "dapat" dan "boleh"?Untuk makluman tuan, kata "boleh" dan "dapat" kedua-duanya tergolong sebagai kata bantu yang hadir sebelum frasa, yang bertugas membantu frasa kerja dan frasa sendi nama. Kata "boleh" membawa unsur keizinan atau kebenaran dan tidak menyalahi peraturan. Manakala kata dapat membawa unsur upaya. Contoh penggunaan bagi kedua-dua kata tersebut adalah seperti yang berikut:

a. Kamu boleh menyertai rombongan itu kalau diizinkan penjaga.
b. Permit yang diberi boleh dibatalkan.
c. Malisa begitu gembira dapat melakonkan watak Puteri Hang Li Po.
d. Marry masih belum dapat melelapkan matanya.

Kata "dapat" sering disalahgunakan dengan "boleh".
Contoh:
Puisi boleh dibahagikan kepada beberapa jenis (salah).
Puisi dapat dibahagikan kepada beberapa jenis (betul).
Makna30.10.2014
Apakah perbezaan antara "boleh" dengan "dapat"?Untuk makluman tuan, kata "boleh" dan "dapat" kedua-duanya tergolong sebagai kata bantu yang hadir sebelum frasa, yang bertugas membantu frasa kerja dan frasa sendi nama. Kata "boleh" membawa unsur keizinan atau kebenaran dan tidak menyalahi peraturan. Manakala kata dapat membawa unsur upaya. Contoh penggunaan bagi kedua-dua kata tersebut adalah seperti yang berikut:

a. Kamu boleh menyertai rombongan itu kalau diizinkan penjaga.
b. Permit yang diberi boleh dibatalkan.
c. Malisa begitu gembira dapat melakonkan watak Puteri Hang Li Po.
d. Marry masih belum dapat melelapkan matanya.

Kata "dapat" sering disalahgunakan dengan "boleh".
Contoh:
Puisi boleh dibahagikan kepada beberapa jenis (salah).
Puisi dapat dibahagikan kepada beberapa jenis (betul).

Tatabahasa21.11.2013

Kembali ke atas