Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.leng.kap.kan] | ملڠکڤکن

Definisi : menjadikan lengkap, men­cukupkan, menyempurnakan: lengkapkan semua gajah dan kuda; aku serba kekurangan utk ~ engkau sbg seorang isteri yg sempurna; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.leng.kap.kan] | ملڠکڤکن

Definisi : menyebabkan jadi lengkap; membuat jadi lengkap; mencukupkan: Dia mengulang kaji pelajaran utk ~ dirinya menghadapi peperiksaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lengkap (adjektif)
Bersinonim dengan genap, cukup, sempurna, tidak kurang, kamil, utuh, penuh, kafi, mustaid, jangkap;,
Kata Terbitan : selengkap, berlengkap, melengkapi, melengkapkan, kelengkapan, pelengkapan, pelengkap,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan ayat 1 denagn ayat 2 dari segi maksud (jika ada). Ayat manakah lebih tepat digunakan? Ayat 1 - Pihak tuan hendaklah mengirimkan senarai pusat peperiksaan kepada pihak kami dengan melengkapkan borang ABC. Ayat 2 - Pihak tuan hendaklah mengirim senarai pusat peperiksaan kepada pihak kami dengan melengkapkan borang ABC.1. Pihak tuan hendaklah mengirimkan senarai pusat peperiksaan kepada pihak kami dengan melengkapkan borang ABC. - Ayat ini yang paling tepat kerana mengirim bermaksud menyampaikan atau menghantar (surat dll) menerusi pos dan sebagainya; manakala mengirimkan bermaksud menyuruh pergi ke sesuatu tempat, menghantar, atau mengutus. Dalam ayat tersebut mengirimkan di sini bermaksud menghantar.Tatabahasa12.01.2010
adakah wujud perkataan 'perlengkap'? apakah maksudnya?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, istilah yang betul ialah pelengkap yang bermaksud  1. sesuatu yg digunakan utk melengkapi (melengkapkan); 2. (Lin) kata yg menerangkan kata kerja dll; 3. yg melengkapkan: badan manusia mempunyai anggota utama dan anggota ~.Istilah06.04.2010
Adakah ayat berikut gramatis? Jangan terburu-buru melengkapkan kerja sekolah kamu.Ayat yang betul ialah Jangan tergesa-gesa menyiapkan kerja sekolah kamu.Ejaan08.05.2021
Salam Sejahtera, Apakah perkataan yang sepatutnya digunakan bagi melengkapkan ayat berikut:- "Penggunaan bahan mentah ini adalah bagi _________ telefon bimbit." a) Menghasilkan b) Mengeluarkan c) Mengilang d) Membuat Sila ambil maklum bahawa aktiviti pengeluaran syarikat ini adalah melibatkan proses pengilangan. Terima KasihMerujuk Kamus Dewan, keempat-empat pilihan jawapan yang diberikan boleh menjadi jawapan kepada soalan tersebut kerana menghasilkan sama maksudnya dengan mengeluarkan dan mengilang sama maksudnya dengan membuat serta mengeluarkan.Tatabahasa08.12.2011
Salam, Mohon Bantuan tuan bagi permohonan nama saya ini. saya telah melengkapkan semua maklumat namum pemohonan saya tidak di terima / berjaya.Wassalam,

Mohon pihak tuan menghantar semula permohonan tersebut. Sekiranya hadapai masalah, sila hubungi pegawai teknikal kami Encik Shaiful melalui talian 03-21479691/9400.

Terima kasih.
Lain-lain24.07.2017
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin meminta tolong pihak DBP untuk melengkapkan perkara di bawah: Eka - Satu Dwi - Dua Tri - Tiga ?? - Empat Panca - Lima ?? - Enam ?? - Tujuh Asta - Lapan ?? - Sembilan Dasa - Sepuluh Terima kasih.1. Eka = Satu, Dwi = Dua, Tri = Tiga, Empat = Catur, Lima = Panca, Enam = Sat, Tujuh = Sapta, Lapan = Asta, Sembilan = Nawa, Sepuluh = DasaTatabahasa13.07.2016
Saya ingin mengetahui maksud sebenar' person hood' dalam mengaitkannya dengan konsep privasi. Jawapan ini diperlukan bagi melengkapkan penyelidikan saya berkaitan privasi dalam perundangan negara Malaysia.Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "person hood" dalam pangkalan data kami. Sila berikan konsep istilah tersebut agar kami dapat memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah19.04.2013
Sila nyatakan perbezaan makna dan penggunaannya serta contoh ayat bagi perkataan menyediakan dan mempersiapkan.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, menyediakan bermaksud 1. menyiapkan (makanan dll); 2. melengkapkan (kapal, kenaikan, dll): diperintahkanlah sekalian menteri dan rakyat menyediakan pancapersada; 3. mencukupkan (wang dll): menyediakan wang untuk membeli kereta; 4. mengadakan (sesuatu untuk), mengatur menyusun: wakil itu menyediakan kenderaan untuk membawa mereka ke asrama yang dikhaskan;

menyiapkan, mempersiapkan bermaksud 1. menyediakan, mengadakan:isterinya mempersiapkan makan pagi; 2. menyudahkan (menyelesaikan) sesuatu pekerjaan: berilah aku masa yang cukup untuk mempersiapkan pekerjaan ini; 3. melengkapkan (mengemaskan) sesuatu untuk: mempersiapkan sebuah perahu untuk belayar; 4. mengusahakan, membentuk, membuat: mereka sedang mempersiapkan sebuah undang-undang yang akan mencegah perbuatan rasuah

Makna29.01.2011
Apakah itu kerja kerja transitif?Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Contohnya, Dia memasukkan surat ke dalam sampul dan Ali menaiki bas.Tatabahasa28.10.2018
Bolehkah perkataan ini digunakan, 'melengkapisikan' (lengkap + isi) ?Kata 'melengkapisikan' tidak boleh digunakan. Sekiranya arahan yang bermaksud meminta pemohon melengkapkan maklumat dalam borang yang diberikan, cukup sekadar menyatakan 'Sila lengkapkan maklumat atau isikan maklumat yang berkenaan'.Ejaan28.04.2008
12345678910...

Kembali ke atas