Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.leng.kap.kan] | ملڠکڤکن

Definisi : menjadikan lengkap, men­cukupkan, menyempurnakan: lengkapkan semua gajah dan kuda; aku serba kekurangan utk ~ engkau sbg seorang isteri yg sempurna; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.leng.kap.kan] | ملڠکڤکن

Definisi : menyebabkan jadi lengkap; membuat jadi lengkap; mencukupkan: Dia mengulang kaji pelajaran utk ~ dirinya menghadapi peperiksaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lengkap (adjektif)
Bersinonim dengan genap, cukup, sempurna, tidak kurang, kamil, utuh, penuh, kafi, mustaid, jangkap;,
Kata Terbitan : selengkap, berlengkap, melengkapi, melengkapkan, kelengkapan, pelengkapan, pelengkap,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
certificate of accomplishmentsijil pencapaianTeknologi Maklumate-PembelajaranPernyataan pencapaian kepada peserta yang telah melengkapkan sesuatu tahap sesi pembelajaran tertentu secara dalam talian. Pernyataan ini lebih bersifat ganjaran dan elemen untuk memotivasikan peserta bagi melengkapkan kursus yang diikuti. Pernyataan pencapaian ini bukan bersifat sijil sebenar seperti penganugerahan kredit akademik, gred atau ijazah.
completing the squaremelengkapkan kuasa duaMatematikTiadaMenjadikan sesuatu ungkapan kuadratik kepada bentuk yang mengandungi kuasa dua sempurna.
apexogenesisapeksogenesisPergigianTiadaProses melengkapkan pembentukan akar bagi gigi berkaries besar yang masih vital tetapi akarnya masih belum tertutup sepenuhnya. Akar gigi biasanya akan tertutup perlahan-lahan setelah gigi erupt. Proses ini dilakukan dengan membuang keseluruhan bahagian koronal kebuk sehingga ke lantai kebuk pulpa. Selepas pendarahan pulpa dikawal, simen kalsium hidroksida diletakkan di kawasan bumbung sebelum restorasi tetap dibuat. Pembentukan akar gigi ini akan diperhatikan sehingga lengkap dengan cara mengambil radiograf setiap enam bulan. Setelah selesai pembentukan akar, gigi ini akan dianalisis kembali kevitalannya dan sekiranya tidak lagi vital, rawatan kanal akar harus dilakukan.
apexificationpengapeksanPergigianTiadaProses melengkapkan pembentukan akar gigi tidak vital yang masih belum tutup sepenuhnya. Akar gigi biasanya akan tertutup perlahan-lahan setelah gigi erupt. Prosedur ini dijalankan dengan membersihkan kanal gigi secara mekanikal dan kemudian memasukkan simen kalsium hidroksida dalam seluruh akar gigi. Simen ini harus digantikan setiap tiga hingga empat bulan dan status akar dianalisis kembali dengan mengambil radiograf setiap enam bulan untuk memastikan pembentukan akar telah lengkap. Tempoh rawatan mengambil masa 12 - 18 bulan. Apabila pembentukan akar telah lengkap, rawatan endodontik konvensional boleh dijalankan.
endophyteendofitBiologiPatologiOrganisma yang melengkapkan kitar hidupnya di dalam sel perumah tetapi tumbuhan yang didiami tidak menunjukkan sebarang gejala.
anticodonantikodonFizikTiadaSuatu RNA pemindah yang melengkapkan kodon dalam RNA pengutus.
anticodonantikodonPerubatanTiadaSuatu RNA pemindah yang melengkapkan kodon dalam RNA pengutus.
anticodonantikodonKimiaTiadaSuatu RNA pemindah yang melengkapkan kodon dalam RNA pengutus.
biennialbienialBiologiEkologiBerkaitan dengan tumbuhan yang melengkapkan kitar hidupnya dalam masa dua tahun, biasanya episod pembiakan utama berlaku pada tahun kedua. Misalnya, rumput jarum, Burmannia disticha.
holoplanktonholoplanktonBiologiEkologiHaiwan yang hidup dan melengkapkan edaran hidupnya dalam keadaan terapung.
12345678

Kembali ke atas