Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.le.nyap.kan] | ملڽڤکن

Definisi : menghilangkan, memusnah­kan, merosakkan: ia berasa bimbang agama Islam akan ~ kekuasaannya yg besar itu; ~ angan-angan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.nyap.kan] | ملڽڤکن

Definisi : menyebabkan jadi lenyap; menghilangkan; menghapuskan: Muawiyah telah ~ sistem pemerintahan demokrasi dan mewujudkan sistem monarki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lenyap
1. Bersinonim dengan hilang
( lesap, lelap, lipur, tenggelam, hapus, luput, lupus, terkikis, melayang, gelibat, sirna, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan wujud

2. Bersinonim dengan lena: tidur, nyenyak, lelap, nyedar,

3. Bersinonim dengan jatuh hati
( kasih, cinta, sayang, )
(kata kerja,)
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : melenyapkan, kelenyapan, pelenyapan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MAKNA BAGI PERKATAAN MENYAPU DAN MENYIRAM.

Makna bagi perkataan menyapu ialah 1. membersihkan lantai dgn sapu, 2. mengesat, menghapuskan, mengusap, 3. menyapunyapu, mengesat-ngesat, menggosok-gosok, mengusap-usap, 4. mencecah ke (kerana terlalu tinggi), 5. melumas (dgn cat, kapur, dll): 6. melumur (bedak ke muka dll), 7. bp melenyapkan sama sekali (wang dll), mengambil habis, mengambil (memperoleh, memenangi, dsb) kesemuanya.              Menyiram pula ialah 1. mencurahkan air dll pd, mendirus, menjirus 2. menjirus dgn air dll (supaya bersih). Namun penggunaan kata ini dalam ayat adalah bergantung pada penggunaan konteks dan situasi.

Makna02.02.2010
Salam, Yang manakah ejaan yang betul, menyahsambung atau mengenyahsambung? Saya sudah cuba untuk memahami isu ini dalam buku Tatabahasa Dewan m/s 155 tetapi saya masih kurang faham. Terima kasih atas bantuan saudara/saudari.

Kata dasar “nyah” menjadi mengenyah apabila menerima awalan menge- yang diimbuhkan pada kata dasar yang bersuku kata satu. Mengenyahkan membawa maksud menghalau supaya pergi, menyuruh pergi, menghilangkan, menghapuskan dan melenyapkan. Contohnya mengenyahkan bau, mengenyahhubungkan dan sebagainya. Mohon berikan konteks penggunaan dalam ayat agar kami dapat mencadangkan padanan yang bertepatan dengan konteks penggunaan puan.

Tatabahasa11.11.2020
Salam sejahtera. Apakah perbezaan antara memberi dan memberikan, memadam dan memadamkan? terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, memberi 1. menyampaikan (sesuatu) kpd seseorang (utk disimpan, digunakan atau utk sesuatu keperluan): kerani itu ~ saya dua helai borang kosong utk diisi; dia ~ adiknya sebuah buku cerita. Memberikan pula bermaksud 1. menyerahkan sesuatu kpd: ada orang yg sudi ~ sesuap nasi kepadanya; 2. melakukan sesuatu utk (faedah) orang lain: ~ pelajaran; ~ pertolongan; ~ layanan yg istimewa; 3. menyatakan sesuatu kpd orang lain spt yg diperlukan atau dikehendaki: ~ taklimat fatwa; 4. mendatangkan, menghasilkan: makanan yg ~ tenaga; ~ kesan. Istilah yang betul ialah memadamkan, bukan memadam yang bermaksud 1. mematikan (api dll): ~ api; lampu hendak kaupadamkan; 2. meng­hilangkan (perasaan, keinginan, semangat, dll), menenangkan: ~ berahi; ~ sekali segala harapan; 3. meredakan, menenteramkan (kekacauan dll); 4. menghilangkan dahaga; 5. menghilangkan, melenyapkan: angin sejuk itu tidak dapat ~ titik-titik keringat di dahinya; ~ tulisan;  Tatabahasa29.07.2010

Kembali ke atas