Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.le.pa/] | ملڤق

Definisi : 1. dlm keadaan terlalu letih, me­lepek; 2. berbuat sesuatu yg tidak mendatang­kan faedah (spt duduk-duduk di kompleks membeli-belah tanpa tujuan, berbual-bual kosong, dll): pd prinsipnya, remaja yg suka ~ itu merupakan mereka yg tidak mempunyai pekerjaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.pa/] | ملڤق

Definisi : bp memukul (dgn telapak tangan): kali ini dia ~ pahanya yg digigit nyamuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.pa/] | ملڤق

Definisi : putih betul (spt kapas dibusur), sangat putih: kulitnya putih ~; jelepak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.pa/] | ملڤق

Definisi : 1 dlm keadaan terlalu letih. 2 tidak membuat sebarang kerja (kerana malas dsb): Dia lebih senang ~ di rumah drpd membuat kerja di bendang. 3 tidak mempunyai pekerjaan; menganggur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.le.pa/] | ملڤق

Definisi : memukul dgn telapak tangan: Dia ~ lengannya yg digigit nyamuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.le.pa/] | ملڤق

Definisi : sangat putih; putih sekali: Kulit gadis itu putih ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lepak3
Kata Terbitan : melepak, melepak, melepak,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAOLIN

Kaolin ialah tanah liat putih melepak yang dibuat

daripada feldspar yang telah terurai.

UMUM 
ARNAB JACK

Arnab jack ialah satu daripada empat jenis arnab

besar yang ditemui di kawasan gurun dan prairi di

barat Amerika Utara. Empat jenis yang dimaksudkan

ialah arnab jack berekor hitam, arnab jack berekor

putih, arnab jack sebelah putih, dan arnab jack

antelop. Kesemua jenis arnab ini mempunyai kaki

belakang yang panjang, mata yang besar, dan

telinga yang panjang dan nipis. Arnab ini

mempunyai bulu berwarna kelabu kecoklatan dan

perut yang berwarna putih melepak. Arnab jack

jenis antelop adalah jenis arnab yang terbesar,

beratnya lebih kurang 3.5 kilogram. Arnab ini

membesar hampir 70 sentimeter panjangnya.

UMUM 

Kembali ke atas