Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.le.puh] | ملڤوه

Definisi : menjadi lepuh, melecet, melecer: kulitnya ~ kena api; sedang rebung baik dipatah, jadi buluh ~ jari prb masa kecillah diajar dan dididik jangan tunggu hingga besar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.puh] | ملڤوه

Definisi : menggelembung dan berair (bkn kulit); menjadi lepuh; melecet: Tangannya ~ terkena api. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lepuh
Kata Terbitan : melepuh,

Peribahasa

Melentur biarlah waktu rebung.

Bermaksud :

Mengajar anak-anak biarlah selagi kecil, apabila telah besar, keraslah hatinya dan tidak dapat diajar lagi. (Bandingkan dengan: Sedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari). (Lihat juga: Masa lagi rebunglah hendak dilentur, jangan dinantikan sampai menjadi aur).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
blister conekon melepuhGeologiTiadaTiada
fever blisterlepuh demamPerubatanTiadaSejenis penyakit herpes simpleks yang terjadi pada bahagian muka, dicirikan oleh bengkak-bengkak berair dan melepuh biasanya di sekeliling bibir.
blistering agentagen pelepuhHerbaPemiawaianEkstrak herba yang menyebabkan kesakitan atau kerengsaan pada kulit, mata dan mukosa. Bahan tersebut boleh menyebabkan luka melepuh. Contohnya, getah yang keluar dari daun gajus (Anacardium occidentale) yang bertindak sebagai agen pelepuh.
borax poisoningkeracunan boraksKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada boraks (natrium borat, formula kimia, Na2B4O7.10H2O), iaitu bahan yang digunakan sebagai agen pencuci. Dos parah ialah 0.1 g/kg - 0.5 g/kg, dan had pendedahan ialah 5 mg/m3. Keracunan akut akibat pengingesan bahan ini me- nyebabkan emesis yang biasanya terjadi serta-merta. Jika boraks tidak dikeluarkan, perkembangan secara progresif yang berikut terjadi, iaitu muntah dan cirit-birit bermukus dan berdarah, eritroderma, diikuti dengan deskuamasi, ekskoriasi, melepuh, bula, dan selumur epidermis. Kelesuan, otot muka dan bahagian hujung anggota terketar-ketar diikuti dengan konvulsi, hiperpireksia, demam kuning, dan kerosakan buah pinggang dengan oliguria atau anuria, dan akhirnya sianosis, tekanan darah rendah, pengsan, koma, dan mati. Keracunan kronik akibat pengingesan, penyerapan kulit, atau penyerapan melalui liang badan atau membran mukus yang berpanjangan menyebabkan anoreksia, hilang berat badan, muntah, cirit-birit, ruam kulit, alopekia, konvulsi, dan anemia. Penemuan makmal menunjukkan air kencing mengandungi protein, serpihan epitelium, dan sel darah merah. Antara penemuan patologi dalam kes kematian ialah gastroenteritis, kemerosotan lemak hati dan buah pinggang, dan edema serebrum.

Kembali ke atas