Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.le.tup] | ملتوڤ

Definisi : pecah dan berbunyi spt bunyi benda pecah (tembakan meriam, bola pecah, dll), meledak, meletus: kami belum lagi tahu bahawa bom yg ~ itu datangnya dr kapal terbang Jepun; ~ di sana, di sini bunyinya prb orang lain yg bersalah lain pula orang yg menanggung akibatnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.tup] | ملتوڤ

Definisi : pecah yg disertai bunyi yg kuat; meletus; meledak: Tayar keretanya ~ di tengah jalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
letup
Kata Terbitan : meletup, meletupkan, letupan,

Peribahasa

Lain bengkak lain bernanah.

Bermaksud :

Orang lain yang bersalah, orang lain pula yang menanggung akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Meletup di sana, di sini bunyinya).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salan tuan, adakah jualan boleh 'meletup'? Terima kasih tuan.Frasa yang betul ialah "jualan hebat". Jualan meletup ialah bahasa percakapan dan tidak digunakan dalam laras rasmi seperti iklan.Lain-lain02.04.2018
Penjodoh bilangan untuk belon. Ayat:Se_______belon telah meletup. Apakah penjodoh bilangannya jika belon itu banyak dan talinya diikat? Adakah seikat belon atau segugus ? Terima kasih.Penjodoh bilangan yang betul ialah seikat belon.Lain-lain15.06.2009
Sekolah saya berhasrat menggunakan tageline seperti yang berikut: "Melestarikan Transformasi untuk Pelajar". Akronimnya ialah "MeleTuP". Mohon komen pihak DBP sama ada tepat penggunaan bahasa dan ejaannya atau terdapat kesalahan yang perlu diperbaiki?Slogan terebut perlu dibuat pindaan. Perkataan melestarikan bermaksud mengekalkan dan digunakan dalam konteks alam sekitar. Transformasi bermaksud perubahan. Penggunaan akronim tidak dibenarkan dalam slogan kecuali telah didaftarkan. Cadangan kami slogan tersebut dipinda kepada "Menggalakkan Transformasi dalam Kalangan Pelajar" atau perkataan lain yang betul aspek bahasa dan maknanya.Tatabahasa27.10.2018
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Jangan membaca buku dalam cahaya yang malap. 2. Jurulatih melatih kami dengan tegas. 3. Bahan yang mudah meletup mesti dijauhi daripada api. 4. Kerusi-kerusi di dalam dewan telah disusun memanjang. 5. Dia menamakan kucingnya Si Comel. 6. Para penjaja takut akan Mak Cik Aishah yang suka menawar. 7. Pekerja itu didapati berniat menderhaka kepada / terhadap majikannya. 8. Mereka mengasingkan buah catur putih daripada / dengan buah catur hitam. Terima kasih.Berikut merupakan ayat yang betul setelah pindaan dibuat.

1. Jangan membaca buku dalam cahaya yang malap.
2. Jurulatih melatih kami dengan tegas.
3. Bahan yang mudah meletup mesti dijauhi daripada api.
4. Kerusi-kerusi di dalam dewan telah disusun memanjang.
5. Dia menamai kucingnya Si Comel.
6. Para penjaja takut akan Mak Cik Aishah yang suka menawar.
7. Pekerja itu didapati berniat menderhaka terhadap majikannya.
8. Mereka mengasingkan buah catur putih dengan buah catur hitam.
Tatabahasa04.03.2013
Salam, Saya hanya ingin bertaya apakah perbezaan di antara letusan dan letupan? Terima kasih. Kamus Pelajar mendefinisikan letusan sebagai hal atau bunyi meletus; letupan; ledakan. Manakala letupan bermaksud bunyi meletup; letusan; ledakan: Contoh; Letupan meriam itu terdengar hingga ke kampung kami. Kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang hampir sama.Tatabahasa10.10.2016
1. Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan hal-hal lain dan seterusnya (kata kerja) ....................... mesyuarat tersebut. 2. Pemilik kilang yang masih berdegil kerana membuang sisa toksik ke dalam sungai akan (disenaraihitamkan / disenarai hitamkan) supaya menjadi (kata nama) ..................... kepada pekilang yang lain. 3. Seorang daripada peserta kereta lumba itu telah menarik diri daripada pertandingan kerana dua bijitayar kereta yang dipandunya meletup. Manakah istilah salah dan istilah betul? 4. Anggota pasukan keselamatan itu sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan tanah air kita daripada ancaman musuh. Kesalahan istilah - bergadai? : mengorbankan / menggadaikan 5. Jika surat itu hendak dikirim nanti, anda hendaklah menggunakan khidmat pos segera. Manakah istilah salah dan istilah betul? 6. Menurut Badan Pencegah Rasuah, kejayaan perumahan itu adalah disebabkan oleh kelemahan pengurusan syarikat terbabit. Manakah istilah salah dan istilah betul?Adakah kami diminta mengisi tempat kosong pada ruangan yang disediakan? Kami tidak ada maklumat tentang konteks penggunaan dan maksud ayat. Pandangan kami ayat ini perlu dibetulkan kepada "Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan hal-hal lain dan seterusnya menangguhkan mesyuarat tersebut".
Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan melengkapkan buku kerja atau menyediakan jawapan kepada soalan yang dibina. Hal ini perlu ditangani oleh kumpulan penulis/penyemak yang dilantik. Jika ada sebarang perbincangan tentang isu bahasa bolehlah dikemukakan kepada pihak kami. 
Tokoh26.11.2016

Kembali ke atas