Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.le.tup.kan] | ملتوڤکن

Definisi : menjadikan meletup, meledak­kan: maka tuan puteri Dayang Nuramah pun ~ istinggar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.tup.kan] | ملتوڤکن

Definisi : menjadikan meletup: Budak nakal itu sengaja ~ belonnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
letup
Kata Terbitan : meletup, meletupkan, letupan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KOMPLOT SERBUK LETUPAN

Komplot serbuk letupan ialah pakatan

untuk meletupkan Bangunan Parlimen Inggeris

pada 5 November 1605, ketika Raja James I dan

majlis pegawai kerajaan akan berada di situ.

UMUM 
DINAMIT

Dinamit ialah satu daripada bahan

letupan perindustrian yang paling penting. Ia

digunakan untuk meletupkan tapak empangan,

dasar terusan, lombong, kuari, dan asas bangunan

tinggi. Ia juga pernah digunakan untuk tujuan

pemusnahan dalam peperangan.

UMUM 
EMDEN

Emden ialah nama sebuah kapal Jerman yang

ditempatkan di Laut China dan Lautan Hindi

sewaktu Perang Dunia I. Ia menenggelamkan

atau menawan 22 buah kapal dagang, menyerang

pelabuhan Pulau Pinang dan meletupkan sebuah

stesen minyak di Madras.

UMUM 
ASKAR PAYUNG TERJUN

Askar payung terjun merupakan askar yang

dilatih bagi melakukan serangan dari udara.

Mereka mungkin melakukan penerjunan ke darat

dengan menggunakan payung terjun, atau

diangkut ke kawasan pertempuran dengan kapal

terbang. Dalam pertempuran, askar payung terjun

akan mendarat di belakang barisan musuh,

meletupkan jambatan, memusnahkan komunikasi

dan menyekat bekalan dan pasukan bantuan.

Mereka selalunya muncul dengan tiba-tiba

sehingga mengejutkan musuh dan terlibat dalam

pertempuran ganas secara berhadapan. Askar

payung terjun membawa pek peralatan yang

berat, termasuk rifel automatik, mesingan,

grenad, peti perubatan dan peralatan radio.

UMUM 

Kembali ke atas