Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.li.bas.kan] | مليبسکن

Definisi : menggerakkan (sesuatu) dgn cara melibas (menyebat): yg muncul hanya seekor ikan besar yg ~ ekornya, kemudian menghilang; anak muda itu ~ rotan ke arah kaki penyerangnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.li.bas.kan] | مليبسکن

Definisi : 1 menggunakan (rotan dll) utk melibas: Pemuda itu ~ rotan ke arah penyerangnya. 2 menggerakkan (ekor) ke kiri ke kanan dgn pantas: Ikan yg besar itu ~ ekornya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melibaskan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Saudara, bolehkah perkataan "memengsankan" digunakan dalam ayat. Contohnya, "Jerung ekor panjang melibaskan ekor menerusi air untuk memukul dan memengsankan ikan yang lebih kecil". Untuk pengetahuan saudara, ayat tersebut saya terjemahkan daripada ayat Inggeris berikut, "The thresher swipes its tail through the water to slap and stun smaller fish." Terima kasih.Kata terbitan memengsankan tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Namun begitu tidaklah bermakna kata ini tidak boleh dibentuk, asal sahaja sesuai dengan konteks makna yang digunakan.Tatabahasa14.03.2013

Kembali ke atas