Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
libat
Kata Terbitan : melibat, melibatkan, terlibat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Muridmurid dan guru-guru melibatkan diri dalam sambutan hari guru. 2. Semua murid dan guru-guru melibatkan diri dalam sambutan hari guru. kedua-dua ayat betul atau salah? kegunaan 'melibatkan diri' dan 'terlibat diri'?Ayat yang betul ialah "Semua murid dan guru terlibat dalam sambutan hari guru." Tatabahasa02.03.2017
erti meluangkan masa melibatkan diriMeluangkan masa melibatkan diri bermaksud memperuntukkan/melapangkan masa untuk menyertai sesuatu program. Terima kasih.  Tatabahasa10.01.2008
Tolong kenal pasti kesilapan pada ayat berikut : Beliau sudah melibatkan diri dalam aktiviti karang-mengarang itu sejak berumur 18 tahun.Beliau sudah melibatkan diri dalam aktiviti karang-mengarang itu sejak berumur 18 tahun. Ayat ini betulTatabahasa12.02.2009
Bolehkah di dan dalam diwujudkan dalam masa yang sama? Contoh ayat : Pengunjung boleh melibatkan diri di dalam beberapa aktiviti. Adakah ayat itu betul?Daripada ayat yang diberi, jawapan yang betul ialah:



Pengunjung boleh melibatkan diri dalam beberapa aktiviti.
Tatabahasa30.09.2021
Betulkah ayat di bawah: 1) Program ini memperkukuh dan mendorong kesediaan kanak-kanak untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti. 2) Kedua-dua anak perempuan saya menjadi lebih berdikari dan expresif setelah menyertai program ini.

Ayat sepatutnya:
1) Program ini memperkukuh dan mendorong persediaan kanak-kanak untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti.

2) Ejaan expresif salah, yang betul ekspresif tetapi dalam konteks ini perkataan ekspresif tidak sesuai kerana ekspresif bermaksud perbuatan, tulisan, lukisan, dan sebagainya yang dapat melahirkan sesuatu maksud (perasaan, tujuan) dengan jelas, contoh ayat Ghafar lebih memperlihatkan kesan ekspresif.

Tatabahasa29.06.2010
bolehkah perkataan diperoleh digunakan bersama-sama perkataan oleh? Contoh ayat: Banyak faedah yang diperoleh oleh pelajar sekiranya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Terima kasih.Penggunaan "diperoleh oleh pelajar"  dalam ayat dianggap salah.

Ayat yang gramatis ialah  "Banyak faedah yang diperoleh sekiranya pelajar melibatkan diri dalam aktiviti sukan."
Tatabahasa09.09.2013
Apakah maksud penulis muda ? Adakah penulis yang baru menulis ? atau adakah penulis yang telah melibatkan diri mereka sejak tahun 90-an hingga sekarang ?

Penulis muda dikategorikan mengikut hasil karyanya. Sekiranya seseorang penulis sentiasa menghasilkan karya untuk golongan muda, maka penulis itu dianggap penulis muda. Penulis yang baru menulis tidak semestinya bergelar penulis muda jika karyanya untuk pembaca umum dewasa. Jadi, penulis yang berkarya semenjak tahun 1990-an dianggap penulis muda jika karyanya sentiasa untuk golongan muda. 

Lain-lain05.05.2008
mana satu yang betul penglibatan atau pelibatan? -Terima kasih.Kedua-duanya betul dan membawa maksud perihal melibatkan diri (persatuan dan sebagainya) dalam sesuatu hal (perkara dan sebagainya).Tatabahasa24.02.2010
Assalamualaikum tuan. Saya ingin bertanya. 1) Adakah 'bersukan' dan 'bersenam' merupakan kata kerja tak transitif tak berpelengkap? 2) Adakah 'melibatkan diri' dan 'memainkan peranan' dimasukkan dalam golongan kata kerja tak transitif berpelengkap atau kata kerja transitif? 3) Adakah 'atau', 'dan', 'yang', 'untuk', 'daripada', 'kepada' & 'akan' merupakan kata tugas? 4) Adakah perkataan 'profesional' merupakan kata adjektif? Terima kasih.Sila rujuk pada lampiran yang disertakan. Terima kasih.Tatabahasa04.03.2019
Saya ingin bertanyakan terjemahan yang sesuai bagi perkataan engagement di dalam frasa "career engagement among students" memandangkan pelajar-pelajar belum melibatkan diri dalam kerjaya. Saya inginkan kepastian bagi tujuan penulisan tesis dan berharap pihak DBP dapat memberikan cadangan bagi tujuan penambahbaikan. Terima kasih.Mohon tuan/puan berikan penggunaan career engagement dalam contoh ayat yang lengkap supaya boleh kami cadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. Padanan yang sesuai juga bergantung pada ayat yang sebelum dan selepas ayat yang mengandungi frasa tersebut.Penyemakan dan penterjemahan07.03.2018
12345

Kembali ke atas