Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.li.hat] | مليهت

Definisi : 1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik: ia tidak dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur; 2. memandang (menengok, menonton, dll) dgn mengguna­kan mata: mereka pergi ke tepi pantai ~ kapal yg terdampar itu; 3. menilik, meramal (nasib dll): ~ nasib; 4. membuat kesimpulan dgn menggunakan pancaindera, memaklumi (mengetahui dsb) dgn atau setelah melihat (mendengar dsb), meninjau: setelah ~ raja murka itu segalanya orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya; dlm hal ini kita cuba ~ beberapa sebab tersebut; dilihat dr sudut bahasa, beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dlm cerpen-cerpen Keris Mas; 5. melawat (orang sakit dll), menziarahi: ~ orang sakit; ~ bulan datang haid; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.li.hat] | مليهت

Definisi : 1 nampak apabila memandang; tidak buta: Sejak kemalangan itu, dia tidak dpt ~ lagi. 2 menggunakan mata utk mengetahui (memandang, menengok): Mereka pergi ke Teluk Kemang utk ~ anak bulan. 3 menilik; meramalkan (nasib dll). 4 melawat orang sakit dll; menziarahi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau melihat air yang tenang,
     Jangan disangka tiada buaya;
Karam di laut boleh berenang,
     Karam di darat apakan daya.


Lihat selanjutnya...(43)
Peribahasa

Melihat bayang-bayangnya di air.

Bermaksud :

Gilakan sesuatu yang tak mungkin diperoleh.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
AsSalam, Antara yang berikut, yang manakah penggunaan ayat yang betul? 1. ... melihat keluar dari tingkap 2. ... melihat keluar daripada tingkap 3. ... melihat ke luar tingkap 4. ... melihat keluar tingkap Terima kasih... melihat ke luar tingkap.Tatabahasa06.04.2011
Apakah perbezaan antara tengok[menengok] dengan melihat?menyaksikan-menyaksikan [pahlawanan bola sepak]

Menengok bermaksud melihat atau menonton pertunjukan dan lain-lain. Melihat pula bermaksud memandang (menengok, menonton, dan lain-lain) dengan mengguna­kan mata sementara menyaksikan membawa maksud melihat sendiri (menghadiri dan lain-lain).

Kesimpulannya, perkataan menengok, melihat dan menyaksikan membawa maksud yang sama dan boleh digunakan dalam konteks perlawanan bola sepak.

Lain-lain21.08.2021
Apakah maksud "konteks ayat"? Bagaimanakah caranya melihat konteks ayat?Konteks ayat bermaksud bentuk ayat, makna dan apa tujuan ayat. Melihat konteks ayat dengan melihat perkataan yang digunakan sesuai atau tidak dengan makna ayat yang hendak disampaikan.

Contoh: Ada satu perkataan yang sama ejaan dan hampir sama bunyi yang boleh menyebabkan kekeliruan tetapi berlainan maksud apabila ditulis dalam ayat yang berlainan. Contohnya "sepak" boleh bermaksud melempang dengan tangan atau menendang dengan kaki.

Masa inilah kita kena lihat konteks ayat, iaitu makna, bentuk, tujuan atau kedudukan ayat.  Sekiranya ayat itu bermaksud membuat sesuatu dengan kaki terhadap bola maka perkataan sepak itu bermaksud menyepak bola dengan kaki.
Makna17.12.2014
1. melihat rumah contoh atau melihat contoh rumah, soalan contoh atau contoh soalan. 2. Bolehkah memulakan ayat dengan kata hubung spt dengan atau justeru?

Saudara,

Frasa rumah contoh, contoh rumah, soalan contoh atau contoh soalan boleh digunakan bergantung pada aspek kata nama yang hendak dijelaskan. Kata hubung seperti dengan atau justeru digunakan untuk memulakan ayat dalam konteks sudah terdapat wacana atau perenggan sebelumnya dan penggunaan kata hubung ini adalah sebagai sambungan wacana tersebut.

Tatabahasa12.10.2010
Jendel bermaksud tingkap. Fungsi tingkap untuk laluan angin, cahaya dan udara. Fungsi tingkap juga untuk melihat keluar, orang dari dalam rumah/pejabat/pondok melihat keluar, dan BUKAN orang dari luar melihat ke dalam. Betulkah takrifan saya di atas?Fungsi tingkap bergantung pada keadaan. Tidak semestinya hanya orang dari dalam rumah yang boleh melihat ke luar, orang dari luar juga boleh melihat ke dalam rumah contohnya reka bentuk tingkap pada rumah kampung yang lebih terbuka membolehkan orang dari luar juga melihat ke dalam rumah.Lain-lain05.09.2022
"Kita Melihat dengan mata". Soalan#1: Dari segi tatabahasa, adakah ayat bawah ini betul? atau sepatutnya "Kita melihat dengan mengunakan mata?" Soalan #2: Melihat - kata kerja transitif atau tidak transitif? Soalan #3: Kata Sendi "dengan" sebagai "mengunakan sebagai alat" -- bolehkah diikuti dengan kata nama?Salam sejahtera,

Ayat yang betul, "Kita melihat dengan mata". Berdasarkan Tatabahasa Dewan (halaman 280), kata sendi nama "dengan" berada di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud cara sesuatu itu dilakukan. Contoh: 1) Sumbangannya kami terima dengan hati terbuka. 2) Dia menyambut tetamu itu dengan senyum simpul.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa22.10.2018
Salam sejahtera. Ayat 1: Tamanah hendak melihat perarakan. Ayat 2: Perarakan sudah tamat. Jika ayat 1 dan 2 digabungkan, maka ayat berikut yang manakah betul? Atau kedua-duanya betul? Ayat majmuk 1: Tamanah hendak melihat perarakan tetapi sudah tamat. Ayat majmuk 2 : Tamanah hendak melihat perarakan tetapi perarakan sudah tamat. Terima kasih.Tamanah hendak melihat perarakan tetapi perarakan sudah tamat.Tatabahasa29.07.2013
1. Zhi Ying melihat gambar keluarga Guan Hong di dalam album. 2. Zhi Ying melihat gambar keluarga Guan Hong dalam album. tumpang tanya encik/puan, ayat mana yang betul di atas? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Zhi Ying melihat gambar keluarga Guan Hong dalam album."Lain-lain09.08.2022
Beza antara perkataan 'melihat' dan 'memandang'.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, melihat bermaksud 1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik: ia tidak dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur; 2. memandang (menengok, menonton, dll) dgn menggunakan mata: mereka pergi ke tepi pantai ~ kapal yg terdampar itu; 3. menilik, meramal (nasib dll): ~ nasib; 4. membuat kesimpulan dgn menggunakan pancaindera, memaklumi (mengetahui dsb) dgn atau setelah melihat (mendengar dsb), meninjau: setelah ~ raja murka itu segalanya orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya; dlm hal ini kita cuba ~ beberapa sebab tersebut; dilihat dr sudut bahasa, beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dlm cerpen-cerpen Keris Mas; 5. melawat (orang sakit dll), menziarahi: ~ orang sakit; ~ bulan datang haid. Memandang pula ditakrifkan sebagai 1. menggunakan mata utk mengetahui, melihat seraya mengendahkan, memperhatikan, mengamati: dipandangnya bangunan yg tiga tingkat itu; segala perempuan yg ~ itu semuanya tertawa gelak-gelak; 2. menganggap: Wan Derus dipandang sbg seorang ketua; 3. memikirkan, mempedulikan, memerhatikan: keadilan tidak ~ pangkat atau harta; 4. menghormati, menghargai: ia dipandang orang di kampung itu; ~ berat menganggap sesuatu bukan sbg perkara kecil atau tidak penting, memberikan perhatian dgn penuh kesungguhan; ~ enteng (gampang, mudah, ringan, sepi) menganggap enteng (gampang dll), menganggap tidak penting; ~ hina (rendah) a) menganggap hina (rendah); b) menghinakan (merendahkan); ~ jauh (ke hadapan) memberikan perhatian kpd atau memperhitungkan perkembangan (kepentingan dsb) jangka panjang; ~ kpd mengambil kira akan, memperhitungkan, memikirkan; ~ serong menganggap tidak jujur, tidak mempercayai.Istilah03.12.2009
Apakah yang dimaksudkan dengan "mata hati" ? Bagaimana melihat dengan "mata hati" ?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat frasa mata hati bermaksud a) perasaan hati b) sl wakil peribadi,ganti diri. Melihat dengan mata hati bermaksud melihat dengan perasaan hati.Tatabahasa15.03.2009
12345678910...

Kembali ke atas