Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.li.hat] | مليهت

Definisi : 1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik: ia tidak dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur; 2. memandang (menengok, menonton, dll) dgn mengguna­kan mata: mereka pergi ke tepi pantai ~ kapal yg terdampar itu; 3. menilik, meramal (nasib dll): ~ nasib; 4. membuat kesimpulan dgn menggunakan pancaindera, memaklumi (mengetahui dsb) dgn atau setelah melihat (mendengar dsb), meninjau: setelah ~ raja murka itu segalanya orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya; dlm hal ini kita cuba ~ beberapa sebab tersebut; dilihat dr sudut bahasa, beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dlm cerpen-cerpen Keris Mas; 5. melawat (orang sakit dll), menziarahi: ~ orang sakit; ~ bulan datang haid; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.li.hat] | مليهت

Definisi : 1 nampak apabila memandang; tidak buta: Sejak kemalangan itu, dia tidak dpt ~ lagi. 2 menggunakan mata utk mengetahui (memandang, menengok): Mereka pergi ke Teluk Kemang utk ~ anak bulan. 3 menilik; meramalkan (nasib dll). 4 melawat orang sakit dll; menziarahi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau melihat air yang tenang,
     Jangan disangka tiada buaya;
Karam di laut boleh berenang,
     Karam di darat apakan daya.


Lihat selanjutnya...(43)
Peribahasa

Melihat bayang-bayangnya di air.

Bermaksud :

Gilakan sesuatu yang tak mungkin diperoleh.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RABUN DEKAT

Rabun dekat ialah kecacatan pada penglihatan

yang menyebabkan seseorang dapat melihat

objek yang jauh dengan jelas, tetapi tidak dapat

melihat objek yang dekat dengan jelas. Para

doktor memanggil keadaan ini sebagai hiperopia .

Dalam kebanyakan kes rabun dekat, mata

seseorang itu terlampau pendek dari depan ke

belakang. Akibatnya, sinaran cahaya dari suatu

objek sampai ke retina terlebih dahulu sebelum

sampai ke fokus.

UMUM 
STEREOSKOP

Stereoskop ialah sejenis peranti pandang optik

yang menjadikan gambar seolah-olah mempunyai

tiga dimensi. Kamera biasa hanya melihat benda

dalam bentuk permukaan yang rata dan tidak

sepertimana mata kita melihat benda. Walau

bagaimanapun, dua kamera yang diletakkan tidak

jauh daripada satu sama lain boleh bertindak

seperti mata kita. Kamera ini boleh mengambil

gambar objek yang sama pada waktu yang sama.

Kedua-dua gambar ini diletakkan bersebelahan dan

dilihat melalui satu peranti yang dikenali sebagai

stereoskop. Kedua-dua pandangan ini memasuki

mata tanpa menyakitkannya dan imej mental yang

terhasil kelihatan seperti tiga dimensi. Individu

yang menggunakan stereoskop boleh melihat

sekeliling semua benda.

UMUM 
BUTA

Buta ialah ketidakupayaan untuk melihat

sepenuhnya atau separa.

UMUM 
KALEIDOSKOP

Kaleidoskop ialah tiub kecil yang membolehkan

kita melihat warna dan corak yang cantik.

UMUM 
PERATUSAN

Peratusan merujuk kepada pengiraan yang

melibatkan perseratus. Anda tentu biasa melihat

nombor-nombor seperti 2%, 30% dan 75%. Simbol %

tersebut bermakna peratus. Anda juga mungkin

terbaca “2 peratus”, “30 peratus”, “75 peratus”, dan

sebagainya. Peratus bermakna per seratus. 2%

bermakna 2 per seratus, 30% bermakna 30 per

seratus, dan 75% bermakna 75 per seratus. Peratus

sebenarnya ialah pecahan biasa : 2% ialah 2/100, 30%

ialah 30/100, dan 75% ialah 75/100 . Peratus juga ialah

pecahan perpuluhan : 2% bersamaan 0.02, 30% bersamaan

0.30, dan 75% bersamaan 0.75.

UMUM 
SYAHIDIalah kata nama yang berasal daripada kata dasar bahasa Arab shahida yang bermaksud menyaksi, melihat, dan mengiktiraf.AGAMAKonsep
ANABLEP

Anablep, juga dikenali sebagai ikan bermata

empat, ialah ikan tropika kecil Amerika yang

berenang di permukaan air. Matanya mencari arah

perjalanan di dalam air. Sebahagian atas matanya

boleh melihat menembusi air. Bahagian bawah

matanya, yang berbeza strukturnya, boleh melihat di

bawah air.

UMUM 
PAMERAN

Pameran ialah acara yang diadakan untuk

memperagakan atau melihat barang pameran atau

untuk rekreasi.

UMUM 
PRAIRI

Prairi ialah kawasan datar atau tanah berbukit,

terutamanya dilitupi oleh rumput yang tinggi.

Para perintis yang mula-mula melihat prairi yang

rata di Barat Tengah Amerika memerikannya

sebagai “lautan rumput”. Angin bertiup lembut ke

arah rumput hijau seperti permaidani itu. Di

sesetengah tempat, rumput tumbuh lebih tinggi

daripada orang dewasa. Kini, ladang jagung dan

ladang gandum melitupi hampir sebahagian besar

prairi. Tidak banyak prairi yang tidak digunakan

oleh aktiviti manusia.

UMUM 
SISTEM PERANGKAAN

Sistem perangkaan ialah cara mengira dan

menamakan nombor. Ia juga dikenali sebagai

sistem angka. Kita tidak boleh melihat atau

memegang nombor, kerana ia adalah idea. Tetapi

kita boleh menggunakan simbol untuk mewakili

nombor. Simbol ini dikenali sebagai angka.

Berikut ialah empat angka yang mewakili nombor

dalam setengah dozen: 6, enam, VI, dan llll l .

UMUM 
1234567

Kembali ke atas