Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.li.hat] | مليهت

Definisi : 1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik: ia tidak dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur; 2. memandang (menengok, menonton, dll) dgn mengguna­kan mata: mereka pergi ke tepi pantai ~ kapal yg terdampar itu; 3. menilik, meramal (nasib dll): ~ nasib; 4. membuat kesimpulan dgn menggunakan pancaindera, memaklumi (mengetahui dsb) dgn atau setelah melihat (mendengar dsb), meninjau: setelah ~ raja murka itu segalanya orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya; dlm hal ini kita cuba ~ beberapa sebab tersebut; dilihat dr sudut bahasa, beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dlm cerpen-cerpen Keris Mas; 5. melawat (orang sakit dll), menziarahi: ~ orang sakit; ~ bulan datang haid; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.li.hat] | مليهت

Definisi : 1 nampak apabila memandang; tidak buta: Sejak kemalangan itu, dia tidak dpt ~ lagi. 2 menggunakan mata utk mengetahui (memandang, menengok): Mereka pergi ke Teluk Kemang utk ~ anak bulan. 3 menilik; meramalkan (nasib dll). 4 melawat orang sakit dll; menziarahi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau melihat air yang tenang,
     Jangan disangka tiada buaya;
Karam di laut boleh berenang,
     Karam di darat apakan daya.


Lihat selanjutnya...(43)
Peribahasa

Melihat bayang-bayangnya di air.

Bermaksud :

Gilakan sesuatu yang tak mungkin diperoleh.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
browselayarTeknologi MaklumatTiadaProses melihat laman-laman web dalam Internet dengan menggunakan pengimbas Internet dan mengklik pelbagai pautan hiper. Dalam keadaan ini pengguna melihat-lihat dan berinteraksi dengan maklumat yang dipapar pada skrin.
stereoscopestereoskopArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAlat untuk melihat imej tiga dimensi foto udara bagi mengesan keadaan permukaan tanah. Alat ini mempunyai kanta untuk melihat dua gambar secara bertindan. Melalui alat ini, imej permukaan tanah bertanda bayangan tumbuhan, tanah dan bayangan dapat dilihat. Imej ini penting untuk mendapatkan perbezaan antara kesan tinggalan baru dengan lama bagi menentukan potensi sesebuah tapak sama ada sesuai atau tidak untuk dilakukan penyelidikan lanjutan.
structural functionalismfungsionalisme strukturSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang melihat masyarakat seumpama struktur organisma biologi yang memiliki pelbagai bahagian yang saling bergantung antara satu sama lain. Fahaman ini melihat masyarakat sebagai suatu sistem yang teratur dan stabil. Ia cenderung kepada pemeliharaan keseimbangan dan tidak menyukai perubahan secara besar-besaran. Sinonim faham kefungsistrukturan.
khiyar rukyahkhiyar rukyahPerniagaan IslamTiadaHak pemilihan pembeli yang tidak melihat produk yang ingin dibeli. Pembeli berhak menolak barangan belian kerana syarat sah khiyar adalah dengan melihat barangan belian. Mazhab Hanafi dan Maliki berpendapat khiyar ini hukumnya harus tetapi Mazhab Syafii tidak mengharuskannya kerana wujud unsur gharar dan penipuan pada produk tersebut.
flow visualisationpengamatan aliranAeroangkasaTiadaKaedah melihat aliran udara melalui sesuatu jasad contohnya menggunakan asap, benang dan sebagainya.,Sejenis kepak yang berada di bahagian hadapan sayap dan diengselkan di bahagian bawah aerofoil yang boleh meningkatkan kamber aerofoil.,Kaedah melihat aliran udara melalui sesuatu jasad contohnya menggunakan asap, benang dan sebagainya.
colorimetric nanosensorsnanosensor kolorimetriFizikNanoteknologiSensor yang memberikan suatu petunjuk untuk analisis makroskopik dengan melihat perubahan warna. Contohnya, kertas yang disalut DNA nanozarah emas dapat digunakan untuk mengesan kehadiran plumbum dalam persekitaran, dengan cara menekan kertas tersebut pada dinding dan melihat perubahan warna.
social class theoryteori kelas sosialSains PolitikPolitik PerbandinganPendekatan yang melihat masyarakat sebagai berstrata yang dipengaruhi oleh kedudukan ekonomi, sosial dan politik. Pendekatan ini dipopularkan oleh Hobbes, Locke, Rousseau, Weber dan Marx. Namun begitu, teori yang diutarakan oleh Karl Marx mendapat perhatian yang serius. Marx melihat masyarakat industri terbahagi kepada dua kelas utama iaitu kelas kapitalis dan buruh. Kelas kapitalis memiliki alat pengeluaran seperti modal, kilang, jentera, sumber alam dan sebagainya, manakala golongan buruh hanya memiliki tenaga kerja yang diperlukan oleh kapitalis. Kapitalis mengeksploitasi tenaga buruh untuk memaksimumkan keuntungan, sementara buruh tidak diberi pilihan melainkan bekerja dalam keadaan yang tertindas dan terpisah dengan alam sosialnya. Konflik menjadi unsur penting kepada perubahan masyarakat ini. Kesedaran kelas yang timbul di kalangan golongan pekerja akan mendorong berlakunya revolusi bagi menjatuhkan kelas atasan yang akhirnya akan memberi laluan kepada pembentukan negara komunis yang bersifat tanpa kelas.
historical criticismkritikan historisKesusasteraanTiadaKaedah menganalisis teks dengan melihat sesebuah karya sastera dalam konteks zaman penulisannya. Kaedah ini menstrukturkan kembali iklim pemikiran, ideologi, sistem nilai serta konvensi sosial dan sastera yang menjadi konteks penulis. Kaedah ini bertujuan memungkinkan karya pelbagai zaman menjadi lebih mudah dicapai oleh pembaca moden yang kelak akan lebih menghayati karya tersebut. Tujuan lain adalah untuk melihat karya sebagai artifak sejarah yang mencermintkan ciri-ciri zamannya. Lihat juga historisisme baru.
telescopeteleskopArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAlat yang berbentuk seperti tiub panjang dan mempunyai kanta di dalamnya untuk melihat objek yang sangat jauh dengan terang dan besar. Alat ini boleh memendekkan jarak bagi objek yang jauh dan boleh dilaraskan mengikut kedudukan teleskop. Alat ini juga digunakan untuk melihat ruang angkasa. Contohnya, bintang dapat dilihat dengan jelas dan besar. Teleskop juga dikenali sebagai teropong jauh.
rainfall distributiontaburan hujanPertanianTiadaCorak hujan turun di sesuatu atau beberapa tempat dalam jangka waktu tertentu. Corak taburan hujan boleh diambil untuk beberapa bulan atau tahun untuk melihat trend turun naik jumlah bagi tujuan perancangan pertanian. Banyak teknik boleh digunakan untuk melihat taburan hujan sama ada secara grafik atau menggunakan kaedah komputer.
12345678910...

Kembali ke atas