Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
AsSalam, Antara yang berikut, yang manakah penggunaan ayat yang betul? 1. ... melihat keluar dari tingkap 2. ... melihat keluar daripada tingkap 3. ... melihat ke luar tingkap 4. ... melihat keluar tingkap Terima kasih... melihat ke luar tingkap.Tatabahasa06.04.2011
1. melihat rumah contoh atau melihat contoh rumah, soalan contoh atau contoh soalan. 2. Bolehkah memulakan ayat dengan kata hubung spt dengan atau justeru?

Saudara,

Frasa rumah contoh, contoh rumah, soalan contoh atau contoh soalan boleh digunakan bergantung pada aspek kata nama yang hendak dijelaskan. Kata hubung seperti dengan atau justeru digunakan untuk memulakan ayat dalam konteks sudah terdapat wacana atau perenggan sebelumnya dan penggunaan kata hubung ini adalah sebagai sambungan wacana tersebut.

Tatabahasa12.10.2010
Salam sejahtera. Ayat 1: Tamanah hendak melihat perarakan. Ayat 2: Perarakan sudah tamat. Jika ayat 1 dan 2 digabungkan, maka ayat berikut yang manakah betul? Atau kedua-duanya betul? Ayat majmuk 1: Tamanah hendak melihat perarakan tetapi sudah tamat. Ayat majmuk 2 : Tamanah hendak melihat perarakan tetapi perarakan sudah tamat. Terima kasih.Tamanah hendak melihat perarakan tetapi perarakan sudah tamat.Tatabahasa29.07.2013
"Kita Melihat dengan mata". Soalan#1: Dari segi tatabahasa, adakah ayat bawah ini betul? atau sepatutnya "Kita melihat dengan mengunakan mata?" Soalan #2: Melihat - kata kerja transitif atau tidak transitif? Soalan #3: Kata Sendi "dengan" sebagai "mengunakan sebagai alat" -- bolehkah diikuti dengan kata nama?Salam sejahtera,

Ayat yang betul, "Kita melihat dengan mata". Berdasarkan Tatabahasa Dewan (halaman 280), kata sendi nama "dengan" berada di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud cara sesuatu itu dilakukan. Contoh: 1) Sumbangannya kami terima dengan hati terbuka. 2) Dia menyambut tetamu itu dengan senyum simpul.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa22.10.2018
1. Zhi Ying melihat gambar keluarga Guan Hong di dalam album. 2. Zhi Ying melihat gambar keluarga Guan Hong dalam album. tumpang tanya encik/puan, ayat mana yang betul di atas? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Zhi Ying melihat gambar keluarga Guan Hong dalam album."Lain-lain09.08.2022
1. Ali melihat barangan kaca di pasar raya dengan berhati-hati. 2. Ali melihat barangan kaca dengan berhati-hati di pasar raya. Ayat 1 atau 2 betul?Ayat 1.Tatabahasa20.04.2013
Sila nasihat manakah ayat-ayat berikut adalah yang betul dan sebabnya. 1. Ani melihat barangan kaca di pasar raya dengan berhati-hati. 2.Ani melihat barangan kaca dengan berhati-hati di pasar raya.Kedua-dua ayat tersebut betul. Ayat tersebut merupakan ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dengan ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat.Tatabahasa25.07.2013
'Sesungguhnya aku ada melihat api' Soalan : 1. adakah 'ada' dalam ayat ini dikategorikan sebagai kata bantu ragam dengan makna kepastian? Adakah ayat ini gramatis dalam bahasa Melayu?1.  'ada' dalam ayat 'Sesungguhnya aku ada melihat api'  berfungsi sebagai kata kerja dan lebih kepada bentuk bahasa percakapan. Ayat yang gramatis ialah "Sesungguhnya aku melihat api."Tatabahasa26.01.2018
Beza antara perkataan 'melihat' dan 'memandang'.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, melihat bermaksud 1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik: ia tidak dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur; 2. memandang (menengok, menonton, dll) dgn menggunakan mata: mereka pergi ke tepi pantai ~ kapal yg terdampar itu; 3. menilik, meramal (nasib dll): ~ nasib; 4. membuat kesimpulan dgn menggunakan pancaindera, memaklumi (mengetahui dsb) dgn atau setelah melihat (mendengar dsb), meninjau: setelah ~ raja murka itu segalanya orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya; dlm hal ini kita cuba ~ beberapa sebab tersebut; dilihat dr sudut bahasa, beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dlm cerpen-cerpen Keris Mas; 5. melawat (orang sakit dll), menziarahi: ~ orang sakit; ~ bulan datang haid. Memandang pula ditakrifkan sebagai 1. menggunakan mata utk mengetahui, melihat seraya mengendahkan, memperhatikan, mengamati: dipandangnya bangunan yg tiga tingkat itu; segala perempuan yg ~ itu semuanya tertawa gelak-gelak; 2. menganggap: Wan Derus dipandang sbg seorang ketua; 3. memikirkan, mempedulikan, memerhatikan: keadilan tidak ~ pangkat atau harta; 4. menghormati, menghargai: ia dipandang orang di kampung itu; ~ berat menganggap sesuatu bukan sbg perkara kecil atau tidak penting, memberikan perhatian dgn penuh kesungguhan; ~ enteng (gampang, mudah, ringan, sepi) menganggap enteng (gampang dll), menganggap tidak penting; ~ hina (rendah) a) menganggap hina (rendah); b) menghinakan (merendahkan); ~ jauh (ke hadapan) memberikan perhatian kpd atau memperhitungkan perkembangan (kepentingan dsb) jangka panjang; ~ kpd mengambil kira akan, memperhitungkan, memikirkan; ~ serong menganggap tidak jujur, tidak mempercayai.Istilah03.12.2009
Ahmad dan Navin menonton pertunjukan udara. atau Ahmad dan Navin menyaksikan pertunjukan udara. ( Gambar yang ditunjukan mereka tengok secara langsung, bukannya di TV.Kedua-dua ayat adalah betul.  Mengikut Kamus Dewan:
menyaksikan 1 melihat sendiri; menghadiri: Lebih kurang 40,000 orang telah ~ pertandingan bola sepak itu malam tadi. 2 melihat atau menghadiri sbg saksi: Siapa yg akan ~ upacara akad nikahnya nanti? 3 menunjukkan sesuatu sbg bukti; mem­benarkan sesuatu dgn bukti atau dgn saksi; membuktikan: Kehebatannya akan disaksikan dlm pertarungan itu nanti.
menonton menengok (pertunjukan, wayang gambar, dll): ~ perlawanan bola;
Lain-lain21.09.2014
12345678910...

Kembali ke atas