Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
mikroskop elektronelectron microscopeMikroskop yang menggunakan sinaran elektron untuk melihat objek yang sangat seni. Mikroskop elektron biasanya digunakan untuk meneliti mikroorganisma dan sel atau melihat struktur logam dan kristal. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahSekolah Rendah
mikroskopmicroscopeAlat optik yang digunakan untuk melihat objek yang sangat seni. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahSekolah Rendah
kanta tanganhand lensKanta pegangan tangan yang digunakan untuk melihat sesuatu objek yang kecil. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahSekolah Rendah
teleskoptelescopePeranti optik yang digunakan untuk melihat imej objek yang jauh seperti planet dengan membesarkan sudut penglihatan objek tersebut. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Rendah
mikroskopmicroscopeAlat yang digunakan untuk melihat objek seni dengan menggunakan kanta atau sistem kanta. Contohnya, mikroskop cahaya dan mikroskop elektron. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Rendah
akomodasiaccommodationPenyesuaian ketebalan kanta mata supaya mata dapat melihat objek pada jarak yang berbeza-beza dengan jelas. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Rendah
periskopperiscopeSejenis teropong yang digunakan untuk melihat sesuatu yang terhalang daripada pandangan mata menggunakan prinsip pantulan cahaya. Contohnya, penggunaan periskop dalam kapal selam. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahSekolah Rendah
teleskop angkasa lepasspace telescopeTeleskop yang berada di orbit bumi untuk melihat objek di alam semesta dengan jelas tanpa disekat oleh atmosfera bumi. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Rendah
periskopperiscopeAlat optik yang terdiri daripada satu tiub yang panjang dengan dua cermin satah yang selari di antara satu sama lain dan bersudut 45° dengan arah penglihatan. Alat ini digunakan di dalam kapal selam untuk melihat objek di atas permukaan air laut. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Rendah

Kembali ke atas