Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.li.hat.li.hat] | مليهت - ليهت

Definisi : melihat sesuatu secara santai, sambil lalu, bersenang-senang dsb: kemudian aku duduk sambil ~ apa yg terdapat di dlm bilik baginda itu; kami mengambil peluang utk ~ sekitar kawasan pondok yg menempatkan pelajar lelaki itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melihat-lihat

Puisi
 

Kalau dapat diikat-ikat,
     Ikat dengan tali benang;
Tidaklah dapat kulihat-lihat,
     Mata melihat hati mengenang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bercakap memandang-mandang,
     silap lidah jiwa hilang.

Bermaksud :

Memperkatakan sesuatu hal orang lain hendaklah berhati-hati. (Bandingkan dengan: Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
window shoppingtinjau kedaiKesenianTiadaMengunjungi atau melihat-lihat pakaian atau perhiasan di kedai.
browselayarTeknologi MaklumatTiadaProses melihat laman-laman web dalam Internet dengan menggunakan pengimbas Internet dan mengklik pelbagai pautan hiper. Dalam keadaan ini pengguna melihat-lihat dan berinteraksi dengan maklumat yang dipapar pada skrin.
cross-referencerujukan silangPerpustakaanTiadaDalam pengindeksan dan pengkatalogan terdapat arah hala yang menggunakan kata 'lihat-' dan 'lihat juga-' untuk mencari butiran yang berkaitan dengan subjek yang dicari, atau untuk melihat butiran lain pada tajuk-tajuk yang berkaitan dengan subjek yang dikehendaki.
subjective camerakamera subjektifKomunikasiTiadaKamera yang membuat tangkapan melalui sudut pandangan watak, seolah-olah kamera mewakili watak dalam melihat subjeknya. Lihat juga: tangkap sudut pandangan.
mirror shutterpengatup cerminKomunikasiTiadaPengatup kamera yang mempunyai kemudahan cermin untuk membalikkan imej bagi memudahkan jurukamera melihat imej yang dirakamkan. Lihat juga: pemidang tilik.
viewing timemasa lihatSosiologiTiadaMasa yang diberi untuk melihat maklumat pada skrin.
historical criticismkritikan historisKesusasteraanTiadaKaedah menganalisis teks dengan melihat sesebuah karya sastera dalam konteks zaman penulisannya. Kaedah ini menstrukturkan kembali iklim pemikiran, ideologi, sistem nilai serta konvensi sosial dan sastera yang menjadi konteks penulis. Kaedah ini bertujuan memungkinkan karya pelbagai zaman menjadi lebih mudah dicapai oleh pembaca moden yang kelak akan lebih menghayati karya tersebut. Tujuan lain adalah untuk melihat karya sebagai artifak sejarah yang mencermintkan ciri-ciri zamannya. Lihat juga historisisme baru.
microarray analysisanalisis mikrotatasusunanBioinformatikBioinformatik MolekulKaedah untuk mengenal pasti tahap pengekspresan gen dengan melihat status gen tersebut, sama ada terekspresi atau pun tidak. Pengekspresan gen adalah melalui pengekspresan mRNA yang dibezakan melalui perwakilan pewarna hijau dan merah. Kebiasaannya pewarna hijau mewakili sel sihat, sementara pewarna merah mewakili sel berpenyakit atau sel kanser. Pengimbas mikrotatasusunan digunakan untuk melihat corak pengekspresan gen tersebut. Corak tompok hijau mewakili pengekspresan gen sihat, tompok merah mewakili pengekspresan gen kanser dan tompok kuning mewakili kedua-dua hijau dan merah, iaitu berlakunya aktiviti penghibridan. Kawasan hitam pula merujuk kepada gen yang tidak terekspres. Lihat juga bioinformatik mikrotatasusunan.
biomacromoleculebiomakromolekulSains ForensikTiadaMolekul bioaktif yang berjisim molekul tinggi seperti protein, DNA dan RNA. Ahli forensik menggunakan kaedah elektroforesis untuk memisahkan biomakromolekul dan melihat corak pemisahannya seperti yang dilakukan dalam perbandingan profil DNA. Lihat juga DNA berjisim molekul tinggi.
resource-based viewpandangan berasaskan sumberPengurusanPerancanganSuatu pandangan yang melihat bahawa faktor dalaman adalah lebih penting daripada faktor luaran bagi sesebuah organisasi untuk mencapai dan mengekalkan kelebihan dalam persaingan. Faktor dalaman terdiri daripada tiga kategori, iaitu sumber fizikal (seperti bahan mentah, mesin dan teknologi), sumber manusia (seperti pengalaman, pengetahuan dan kemahiran pekerja) dan sumber organisasi (seperti pangkalan data, hak cipta dan paten). Kekuatan faktor dalaman membolehkan organisasi melaksanakan strategi yang cekap dan berkesan, seterusnya membawa kepada kelebihan dalam persaingan yang mampan. Lihat juga kelebihan saingan mampan.
12

Kembali ke atas