Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.li.lit] | مليليت

Definisi : 1. membelit, melingkar: akar ~; 2. berasa tidak sedap perut (rasa hendak muntah dll), mulas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.li.lit] | مليليت

Definisi : membelit; melingkar: Agaknya ular yg ~ di dahan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lilit
Kata Terbitan : melilit, meliliti, melilitkan, lilitan,

Puisi
 

Sudah lama tidak ke ladang,
     Habislah kangkung melilit padi;
Sudah lama saya tak pandang,
     Habislah jantung melilit hati.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Umpama sirih,
     menjalar dulu kemudian melilit,
barulah memanjat ke pucuk junjung.

Bermaksud :

Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dikerjakan mengikut aturannya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ASCLEPIUS

Asclepius ialah dewa penyembuhan orang

Yunani. Orang Rom menamakannya Asclepius.

Orang Yunani berdoa kepada Asclepius semasa

diserang wabak dan semasa sakit. Anaknya yang

paling terkenal ialah Hygeia, dewa kesihatan.

Epidaurus di Geece ialah tempat khas untuk

pengikutnya, iaitu para doktor pertama yang

dikenali sebagai Asclepiad. Profesion perubatan

menerima pakai lambang Asclepius, seekor ular

yang melilit sebatang tongkat.

UMUM 

Kembali ke atas