Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lilit
Kata Terbitan : melilit, meliliti, melilitkan, lilitan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
melingkari1 melilit (membelit) pd: Sulur pokok kacang itu ~ junjungnya. 2 membentuk lingkar di: Kawat berduri ~ kebunnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengikat1. melilit-lilitkan dan menyimpulkan tali dll pd anggota (dll) haiwan atau orang (supaya tidak dapat melarikan diri) atau pd bungkusan (kumpulan dll) barang supaya tidak terburai dsb, membuat jadi berikat dgn tali dll, membebat, memberkas: bungkusan barang yg hendak dikirimkan ke luar negeri itu perlu diikat pula; 2. ki memaksa (seseorang atau sesuatu) supaya patuh kpd segala peraturan (syarat, kehendak, dsb) yg tertentu, membelenggu, mengongkong: undang-undang dan peraturan yg ~ kebebasan seseorang; 3. menyusun, mengarang (syair, pantun sajak, dll); 4. mengatur atau menyusun pasukan (barisan dll); ~ perang mengatur pasukan-pasukan dlm peperangan; 5. memberi berbingkai (batu permata dll), menyalutkan (dgn emas dll): ~ batu akik dgn suasa; 6. memakai, memasang: ~ kain; ~ serban; ~ tali leher; ~ tengkolok; 7. membuat: mereka telah ~ perjanjian utk mengenakan pemulauan ekonomi; ~ hati (perhatian) menarik hati (perhatian); ~ jamin memberi jaminan (supaya orang yg dituduh dapat bebas sehingga dibicarakan); ~ janji berjanji (menguatkan janji); ~ jiwa a) menarik hati; b) merayukan hati; ~ perkenalan berkenalan; ~ (tali) pertunangan bertunang; ~ perut mengurangkan makan kerana susah; ~ tali persahabatan bersahabat; bagai diikat dgn sehasta tali prb tidak dapat berbuat sekehendak hati;Kamus Dewan Edisi Keempat
membelit1. melilit, melingkar: di pergelangan tangannya ~ dua urat gelang halus; 2. membebat, melibat, menjebak: dgn jalan begini mereka hendak ~ anak negeri supaya dapat diperhambakan;Kamus Dewan Edisi Keempat
lilit1. lingkar (spring jam, ular sedang tidur, dll), sesuatu yg membelit (ikatan dll), belit: jahitan itu dimatikan dgn menyimpulkan benang tiga ~; 2. = lilitan keliling (sesuatu kawasan dll): ~ bulatan bumi di khatulistiwa ialah 24 900 batu atau 39 840 km; kuat ~ kerana simpulnya prb kekuatan persatuan terletak pd anggota-anggotanya; selilit 1. sekali lilit, hanya satu lilitnya: ~ kelengkeng; 2. sekeliling, sebelit: ~ Pulau Perca; berlilit berada dlm keadaan melingkari sesuatu, berbelit: ular ~ di dahan kayu; berlilitkan menggunakan atau memakai sesuatu sbg lilit: kepalanya yg ~ kain merah persis warna darah itu; melilit 1. membelit, melingkar: akar ~; 2. berasa tidak sedap perut (rasa hendak muntah dll), mulas; meliliti membelit pd, membeliti: sehelai serban putih ~ kepalanya; tiang rumahnya dililiti akar; melilitkan membelitkan, melingkarkan: buat satu lingkaran dgn ~ dawai pd sebatang pensel; lilitan garisan yg menyempadani sesuatu kawasan (bulatan dll), lingkungan, lilit; pelilit sesuatu (tali, kain, dsb) yg digunakan utk melilit: lilit tangkai bunga dgn ~ warna hijau.Kamus Dewan Edisi Keempat
melilit1. membelit, melingkar: akar ~; 2. berasa tidak sedap perut (rasa hendak muntah dll), mulas;Kamus Dewan Edisi Keempat
melingkari1. melingkar pd, melilit pd, mem­belit pd: sulur pokok memanjat itu ~ dahan nangka; 2. mengelilingi atau melingkungi: ia berjalan ~ rumah;Kamus Dewan Edisi Keempat
lingkar1 keluk bergelung yg merupakan bulatan; gelung: se~ rotan. 2 simpai pd roda (tong dsb); bingkai. 3 keliling pd sesuatu bulatan; lilit. berlingkar 1 bergelung menjadi bulatan (bkn ular): Seekor ular ~ di dlm reban ayamnya. 2 ki berbaring atau tidur: Hari sudah tinggi tetapi dia masih ~ di tempat tidurnya. melingkar 1 membentuk atau membuat lingkar (drpd sesuatu); menggelung: ~ dawai; ~ rotan. 2 menyulur dsb berbelit-belit; melilit: Seekor ular lidi ~ di lehernya. melingkari 1 melilit (membelit) pd: Sulur pokok kacang itu ~ junjungnya. 2 membentuk lingkar di: Kawat berduri ~ kebunnya. melingkarkan membuat (bergerak dll) supaya berlingkar; menggelungkan: Kelasi itu sedang ~ tali sauh. lingkaran 1 sesuatu yg berlingkar; gelungan: ~ dawai itu diregangkan. 2 daerah yg termasuk dlm sesuatu kawasan (lingkungan dll): ~ gunung berapi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lilit1 ikatan yg membelit; lingkar; belit: Kayu itu diikatnya dgn akar empat ~. 2 = lilitan keliling sesuatu bidang (pokok, benda dsb): Padang itu 360 meter ~nya. melilit membelit; melingkar: Agaknya ular yg ~ di dahan itu. meliliti membelit pd: Sehelai kain putih ~ kepalanya. melilitkan membelitkan atau melingkarkan sesuatu (pd): Elektromagnet dibuat dgn ~ segelung dawai pd besi yg besar. pelilit bahan yg digunakan utk melilit atau yg dililitkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
belit1. lilit (lingkaran tali, ular, dll); 2. belok-belok, kelok-kelok (jalan, sungai, dll); putar ~ = pusing ~ = belat-~ bp berputar-putar (tidak jujur);berbelit berlilit: seekor ular ~ di dahan itu; berbelit-belit 1. berlilit-lilit: sulur-suluran ~ pd tiang pagar itu; 2. berkelok-kelok, berpusing-pusing: jalan ke pergunungan itu sangat ~; 3. berjalin-jalin, bersambung-sambung, bersangkut paut, kacau: fikiran yg timbul begitu kusut, yg datang berkacau-kacau, ~;membelit 1. melilit, melingkar: di pergelangan tangannya ~ dua urat gelang halus; 2. membebat, melibat, menjebak: dgn jalan begini mereka hendak ~ anak negeri supaya dapat diperhambakan; membeliti melingkari, mengelilingi: sebuah jalan ~ kawasan itu;membelitkan melilitkan (sesuatu): anak gajah itu ~ belalainya pd ekor ibunya;terbelit 1. terlilit, terlingkar; 2. terbebat, terjebak, terlibat;belitan hasil drpd membelit (melilit), lilitan, lingkaran: membuka ~ tali pd tiang itu; pembelit 1. tali (kain dsb) yg digunakan utk membelit sesuatu; 2. ki penipu, pendusta: kau memang manusia kejam, tidak setia, penipu, dan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
berpaut1. berpegang kuat-kuat (pd), melilit erat-erat (pd sulur-suluran dll), tertambat kuat (pd): tangannya yg ~ pd tiang pintu tadi perlahan-lahan melungsur ke bawah sehingga terkulai; anak-anak kelawar ~ pd bulu ibunya beberapa hari setelah dilahirkan; 2. ki berpegang teguh-teguh (pd), mengasaskan se­suatu kegiatan dsb: kita ~ erat kpd suatu metodologi yg lemah yg ditolak oleh pengasasnya sendiri; 3. tertutup kembali, ter­katup semula, bertaut: apung terendam di seberang sana, beting ~ dr kuala; 4. ki ber­temu, bertembung; ~ tidak bertali a) terikat tetapi tidak dgn tali; b) ki masih belum selesai (sesuatu perkara); c) ki perempuan yg sudah diceraikan tetapi belum menerima surat cerainya; ~ sehasta tali prb tidak dapat berbuat sesuatu dgn sesuka hati;Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas