Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUT ANGKASA

Sut angkasa ialah pakaian khas yang digunakan oleh angkasawan semasa berada di angkasa bagi melindungi diri mereka daripada persekitaran angkasa. Pakaian ini mempunyai sistem sokongan hayat bagi melindungi angkasawan dari extravehicular activities (EVA). EVA adalah aktiviti yang dilakukan oleh angkasawan di luar kapal angkasa semasa berada di angkasa lepas. Pada pakaian ini juga terdapat sistem tekanan dalaman sebesar 0.35-1 kg/cm² yang mempunyai bekalan oksigen bagi pernafasan angkasawan, sistem telekomunikasi, dan sistem penyejuk bagi tujuan keselesaan.

 

FIZIKAlat/Alatan
IKAT PINGGANG

IKAT PINGGANG, kain panjang yang dililit pada pinggang lelaki atau perempuan untuk mengukuhkan kedudukan samping atau sarung. Ikat pinggang juga disebut ‘bengkung’.

1">            Ikat pinggang yang dipakai di atas samping berfungsi sebagai penggalas keris atau senjata lain. Ikat pinggang yang panjang yang dililit beberapa kali di pinggang boleh melindungi pemakainya daripada tercedera semasa bertikam.

BUDAYAArtifak/Mentifak

Kembali ke atas