Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : menggandakan berkali­-kali, memperbanyak, menjadikan bertambah banyak: mereka berusaha ~ hasil pertanian; akan saya lipatgandakan usaha utk mem­basmi kemiskinan selepas memenangi pilihan raya ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : menggandakan berkali-kali; menjadikan berlipat ganda: Pekebun-pekebun kecil telah dpt ~ hasil getah mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melipatgandakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
macam mana membina "lipat ganda"sebagai ayat??Lazimnya contoh penggunaan yang ditemukan ialah perkataan melipatgandakan (apabila menerima apitan me...kan dieja sebagai satu perkataan) seperti "Pekebun kecil telah dapat melipatgandakan hasil getah mereka".Tatabahasa11.01.2014
'saya akan melipat gandakan usaha saya demi mencapai cita-cita saya menjadi seorang guru'' adakah ayat di atas betul? terima kasih..Ayat yang betul ialah "Saya akan melipatgandakan usaha  demi mencapai cita-cita menjadi seorang guru''. Perkataan melipatgandakan perlu ditulis sebagai satu perkataan, manakala perkataan saya tidak perlu diulang.Tatabahasa18.04.2010
dilipatkaligandakan, dilipat kali gandakan, dilipatkali gandakan atau dilipat kaligandakan? yang mana cara penulisan yang betul?Yang betul ialah melipatgandakan, dieja satu perkataan. terima kasih.Makna27.11.2007
Assalamualaikum, Adakah perkataan 'menduakaligandakan' wujud dalam bahasa Melayu? Jika ya, adakah perkataan 'mengempatpuluhkaligandakan' juga boleh diterima?Tidak ada perkataan menduakaligandakan dan mengempatpuluhkaligandakan dalan bahasa Melayu. Perkataan yang betul ialah "melipatgandakan" /  "lipatgandakan" yang bermaksud menggandakan berkali­-kali, memperbanyak, menjadikan bertambah banyak: contoh, mereka berusaha ~ hasil pertanian; akan saya lipatgandakan usaha utk mem­basmi kemiskinan selepas memenangi pilihan raya ini.Tatabahasa06.10.2017
Apakah peranan DBP dalam memartabatkan bahasa dan kesan penggunaan bahasa rojak?

DBP telah melaksanakan pelbagai program bagi memartabatkan bahasa kebangsaan. Pemartabatan bahasa kebangsaan ini merangkumi bidang bahasa, sastera dan penerbitan. Dalam bidang bahasa, DBP melipatgandakan usaha pembinaan dan pengembangan seperti pembinaan istilah pelbagai bidang, penyelidikan kosa kata, penyusunan kamus, pengukuhan dasar bahasa, pemupukan bahasa, pemantauan bahasa, penataran bahasa, penyebaran bahasa dan perkhidmatan bahasa serta penerbitan bahasa. Dalam bidang sastera, program yang dijalankan ialah pengembangan sastera kebangsaan, penerbitan sastera dan komponan sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dalam bidang penerbitan pula, DBP menerbitkan buku teks, buku rujukan pelbagai bidang peringkat sekolah rendah, menengah dan universiti, dan ensiklopedia.

Bahasa rojak memberi kesan kepada pengguna bahasa, khususnya dalam pengucapan lisan. Dalam penulisan pula, bahasa rojak banyak banyak digunakan oleh pengirim SMS dan e-mel. DBP telah mengadakan seminar bahasa rojak pada tahun 2007 dan telah membuat resolusi bagi menangani masalah ini.

Lain-lain11.01.2008
Apakah yang dilakukan oleh perancang bahasa di Malaysia pada masa kini dalam usaha untuk memartabtkan bahasa Melayu?

DBP telah melaksanakan pelbagai program bagi memartabatkan bahasa kebangsaan. Pemartabatan bahasa kebangsaan ini merangkumi bidang bahasa, sastera dan penerbitan. Dalam bidang bahasa, DBP melipatgandakan usaha pembinaan dan pengembangan seperti pembinaan istilah pelbagai bidang, penyelidikan kosa kata, penyusunan kamus, pengukuhan dasar bahasa, pemupukan bahasa, pemantauan bahasa, penataran bahasa, penyebaran bahasa dan perkhidmatan bahasa serta penerbitan bahasa. Dalam bidang sastera, program yang dijalankan ialah pengembangan sastera kebangsaan, penerbitan sastera dan komponan sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dalam bidang penerbitan pula, DBP menerbitkan buku teks, buku rujukan pelbagai bidang peringkat sekolah rendah, menengah dan universiti, dan ensiklopedia.

Lain-lain31.10.2010
Adakah betul untuk menggunakkan ungkapan capai hati? Terima kasihUngkapan capai hati tidak terdapat dalam data kami.

Dalam Kamus Dewan, capai bermaksud ; mencapai 1. hendak memegang atau mengambil (dengan menghulurkan tangan dll); 2. bertemu dengan, sampai ke: Jerman berusaha menghalang bahan-bahan perbekalan dan alat-alat perang ~ Army ke-5; ia bernasib baik dapat meneruskan pelajarannya sehingga ~ tingkatan lima; 3. mendekati, me­mikat (hati dll): dengan bahasa Belanda, kami tidak lekas ~ jiwa manusia yang bersahaja itu, tetapi dengan bahasa Melayu lancar sekali; 4. menjayakan (harapan, rancangan, tujuan, dll), menghasilkan, menjadikan kenyataan (se­suatu matlamat dll): ia terpaksa memberanikan hatinya untuk ~ cita-cita itu; 5. mendapat (memperoleh, menghasilkan) sesuatu me­nerusi usaha: bagi ~ pengeluaran yang sebanyak itu, kita harus melipatgandakan bilangan buruh.
Tatabahasa16.09.2013

Kembali ke atas