Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : menggandakan berkaliĀ­-kali, memperbanyak, menjadikan bertambah banyak: mereka berusaha ~ hasil pertanian; akan saya lipatgandakan usaha utk memĀ­basmi kemiskinan selepas memenangi pilihan raya ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : menggandakan berkali-kali; menjadikan berlipat ganda: Pekebun-pekebun kecil telah dpt ~ hasil getah mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melipatgandakan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
administrative decentralizationdesentralisasi pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Langkah untuk mengurangkan pemusatan kuasa di tangan seseorang pentadbir atau satu-satu badan pentadbiran. Ia merupakan bentuk pembahagian tugas dan pembuatan keputusan yang diberikan kepada peringkat pentadbiran yang lebih rendah dalam organisasi. Rasional desentralisasi pentadbiran adalah untuk mengelak pemusatan kuasa di peringkat atasan. Ia juga menggambarkan penerapan nilai-nilai yang demokratik. Desentralisasi akan meningkatkan daya serta kualiti pengeluaran di samping mengurangkan rungutan pekerja. Amalan ini juga berpotensi melipatgandakan tingkat kerja, kerana semua fungsi yang perlu dalam pentadbiran akan mencapai keseimbangan. Sinonim pengagihkuasaan pentadbiran


Kembali ke atas