Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.li.pat.kan] | مليڤتکن

Definisi : mematahkan supaya berkembar (berlapis dll), menjadikan berlipat: Pak Imam ~ tangan Pak Sudin dan kemudian menyelubungi mayatnya dgn kain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melipatkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Eid Mubarak Saya ingin bertanya sama ada perkataan "bersimpuh" boleh digunakan untuk tangan sebab saya pernah membaca di dalam karya tulisan dan juga contoh-contoh ucapan hari raya seperti "Izinkan tangan bersimpuh maaf..." Tetapi dlm kamus DBP, tidak ada contoh perkataan ini untuk tangan. Cuma kamus Bahasa Indonesia dan apabila menggunakan penterjemahan Google dari Malay ke English ia memberikan maksud bersimpuh sebagai "clenched together". Maksudnya meletak kedua tapak tangan bersama seperti menyembah atau seperti budaya orang Thai yang meletak tangan bersama di dada sebagai tanda salam. Mohon pencerahan sama ada ia boleh digunakan untuk tangan yg diletakkan bersama.
Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, bersimpuh bermaksud duduk bertelut, bertimpuh (seperti perempuan duduk), iaitu duduk dengan melipatkan kedua-dua belah kaki ke belakang. Oleh itu, bersimpuh dalam bahasa Melayu hanya boleh digunakan untuk menggambarkan keadaan seperti yang dinyatakan.
Istilah27.05.2020

Kembali ke atas