Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
liput
Kata Terbitan : meliputi, terliput,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANGOLA

Angola ialah negara di pantai barat daya Afrika.

Nama rasminya ialah Republik Rakyat Angola.

Angola meliputi 1 246 700 kilometer persegi.

UMUM 
SUNGAI MURRAY

Sungai Murray dan cawangan-cawangan

sungainya membentuk sistem sungai terbesar di

Australia. Kawasan tadahannya yang meliputi

1 056 720 kilometer persegi terletak di sudut

tenggara benua itu. Ia meliputi satu per tujuh

jumlah kawasan seluruh Australia. Panjang Sungai

Murray ialah 2589 kilometer. Cawangan Sungai

Murray yang utama ialah Sungai Darling yang

berukuran 2740 kilometer panjang, Sungai

Murrumbidgee yang berukuran 1575 kilometer

panjang; dan Sungai Goulburn yang berukuran 560

kilometer panjang. Sungai Murray-Darling

merupakan sistem sungai yang keempat

terpanjang di dunia. Aliran sungai yang melalui

Condamine, Darling, dan Murray hingga ke laut

berukuran sejauh 3782 kilometer.

UMUM 
TELUK MEXICO

Teluk Mexico ialah sebahagian daripada Lautan

Atlantik yang melengkung dan besar. Ia hampir

dikelilingi oleh Amerika Syarikat dan Mexico. Teluk

ini membentuk satu lembangan lautan yang luas

dan meliputi hampir 1 800 000 kilometer persegi.

Panjangnya dari utara ke selatan ialah 1300

kilometer dan lebarnya 1770 kilometer. Selat

Yucatán menyambungkan Teluk Mexico dengan

Laut Caribbean, dan Selat Florida mencantumkannya

dengan Lautan Atlantik. Air teluk yang suam

mengalir melalui Selat Florida menjadi arus

Atlantik yang penting yang dikenali sebagai Arus

Telukan (lihat Arus Telukan) .

UMUM 
NEW HAMPSHIRE

New Hampshire (pend. 1 113 915) ialah negeri di

timur laut Amerika Syarikat. Ia meliputi kawasan

seluas 24 032 kilometer persegi di wilayah New

England . Ia terkenal dengan keindahan semula

jadinya serta aktiviti luar sepanjang tahun.

Manchester dan Nashua ialah bandar terbesar

negeri ini. Ibu negerinya ialah Concord. Longgokan

besar granit yang terdapat di situ menyebabkan

New Hampshire digelar Negeri Granit .

UMUM 
SARAWAK

Sarawak (pend.1 648 200) ialah negeri yang

terletak di Malaysia Timur. Sarawak merupakan

negeri yang terbesar di Malaysia meliputi kawasan

seluas 124 450 kilometer persegi, memanjang

sejauh 800 kilometer sepanjang barat laut pulau

Borneo. Negeri ini terletak di utara garisan

khatulistiwa di antara garisan bujur 0 ° 50’ dan 5º

Utara, manakala garisan lintang 109 ° 36’ dan 115 °

40’ Timur.

UMUM 
PULAU PINANG

Pulau Pinang (pend. 1 750 100), negeri yang

terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia.

Negeri ini terdiri daripada pulau yang dikenali

sebagai Pulau Pinang yang meliputi kawasan seluas

lebih kurang 285 kilometer persegi, dan sebidang

tanah yang memanjang (terletak di tanah besar

Semenanjung Malaysia) dikenali sebagai Seberang

Perai, seluas 760 kilometer persegi. Kedua-dua

kawasan ini terpisah oleh selat berukuran tiga

kilometer hingga lapan kilometer lebar.

UMUM 
OKINAWA

Okinawa ialah pulau yang terbesar dan

terpenting di Kepulauan Ryukyu, lingkaran pulau

di Lautan Pasifik Utara. Okinawa meliputi kawasan

seluas 1434 kilometer persegi dan mempunyai

penduduk seramai 1 048 298 orang. Naha, ibu

negeri dan bandar terbesar di Kepulauan Ryukyu,

terletak di Okinawa. Okinawa ialah pulau yang

terbesar di prefecture (daerah) Okinawa Jepun.

Daerah ini turut meliputi Kepulauan Ryukyu

selatan. Hampir kesemua penduduk daerah ini

tinggal di Okinawa.

UMUM 
SAAR

Saar ialah negeri di Jerman di sempadan Perancis-

Jerman (lihat Jerman [peta politik]). Saar meliputi

2574 kilometer persegi dan mempunyai jumlah

penduduk 1 045 900. Ia dinamakan sempena

Sungai Saar yang mengalir melalui kawasan itu.

Kawasan itu juga dikenali sebagai Wilayah Saar

atau Lembangan Saar. Nama Jerman untuk Saar

ialah Saarland . Saar amat bernilai kerana lombong

batu arangnya dan loji kelulinya yang banyak. Ibu

negerinya ialah Saarbrucken.

UMUM 
SAPPORO

Sapporo (pend. 1 542 979) ialah ibu negeri

Hokkaido, pulau yang paling utara di Jepun. Ia

terletak di bahagian barat pulau berhampiran Teluk

Otaru. (Lihat Jepun [peta politik]).

Sapporo dibina pada tahun 1871, dan dibentuk

berdasarkan bandar di negara Barat. Ia menjadi pusat

pembuatan dan kebudayaan pulau itu. Keluarannya

meliputi kain jerami, barangan getah, susu pekat dan

kacang soya yang diproses. Tarikan utama Sapporo

meliputi Hokkaido University dan taman bunganya

yang khusus kepada flora alpin. Penduduk dan

pengunjung menikmati cerun ski yang terletak di

subbandar dan mata air panas Jozãnkei, 18 kilometer

ke barat daya bandar. Pada tahun 1972, Sukan

Olimpik Musim Sejuk berlangsung di Sapporo.

UMUM 
SAMARA

Samara (pend. 1 250 000) ialah pusat pembuatan

yang utama di Rusia dan pelabuhan Sungai Volga

(lihat Rusia [peta politik]). Sebuah telaga minyak yang

besar dan ladang gandum yang subur terletak

berhampiran Samara. Loji kuasa hidroelektrik

Samara meliputi sebuah empangan di Sungai Volga.

Keluaran pembuatannya termasuk kapal terbang,

makanan dan lokomotif. Samara ditukar namanya

kepada Kuybyshev pada tahun 1935, apabila Rusia

menjadi sebuah republik dalam Kesatuan Soviet. Ia

dinamakan semula sebagai Samara pada tahun 1991,

tidak lama sebelum Republik Soviet menjadi negara

merdeka.

UMUM 
12

Kembali ke atas