Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melodi;


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
polyphonypolifoniMuzikTiada

 Muzik yang terdiri daripada beberapa lapisan melodi. Setiap lapisan melodi mempunyai identitinya yang tersendiri. Gabungan lapisan melodi dalam muzik polifoni tidak akan menjejaskan identiti setiap lapisan melodi yang terlibat. Con­tohnya, Juga.

melodi pokokmelodi pokokMuzikTiada

 Lihat pokok.

cantus firmuscantus firmusMuzikTiada

 Baris melodi asas karya polifoni pada abad ke -14 hingga abad ke-17. Melodi cantus firmus berdasarkan melodi yang sedia ada atau melodi baru. Melodi cantus firmus diselitkan dalam karya contrapunctus yang mempunyai dua atau lebih lapisan suara.

partitapartitaMuzikTiada1. Variasi yang berasaskan melodi popular dan melodi lain pada abad ke-16 dan abad ke-17. Partita juga merupakan tajuk koral partita untuk organ oleh J.S. Bach (1685-1750). 2. Enam buah suite untuk alat hapsikord BWV 825-830 (1731) oleh J.S.Bach.
FortspinnungFortspinnungMuzikTiada

 Kaedah memperkembang dan menghasilkan melodi pada Zaman Barok. Satu frasa melodi biasanya dibentuk melalui teknik penenunan motif melodi dan motif ritma secara ulangan dan urutan. Teknik ini antara yang terdapat dalam karya fuga dan prelud.

melodymelodiMuzikTiada

 Susunan kumpulan not muzik secara menaik dan menurun dengan ritma yang ditentukan. Melodi boleh merangkumi satu frasa atau lebih dan boleh mengandungi satu atau le­bih motif. Melodi biasanya diiringi gerakan harmoni tertentu.

patahan lagupatahan laguMuzikTiada

 Motif melodi atau kadens spesifik yang dikaitkan dengan melodi lagu Melayu asli. Seorang pemain biola dan akordion akan mengimprovisasikan melodi asli dengan pata­han lagu.

chorale variationskoral variasiMuzikTiadaVariasi organ abad ke-16 hingga abad ke-17 yang berasasĀ­kan melodi koral Protestan Jerman. Melodi koral digubah sebagai cantus firmus bagi beberapa siri variasi. Gaya ini diperkembang oleh Sweelinck (1562-1621), seorang komposer Belanda.
balunganbalunganMuzikTiada

 Melodi asas yang dimainkan oleh alat muzik saron de­mung, saron barung dan slentem dalam gamelan Jawa. Melodi asas ini diimprovisasi oleh alat melodi lain seperti gambang dan bonang. Balungan bermaksud tulang dalam bahasa Jawa.

radifradifMuzikTiada

 Koleksi motif melodi dalam tradisi muzik Iran. Setiap motif melodi dalam radif berperanan sebagai panduan untuk diimprovisasi oleh pemain muzik. Motif melodi dikenali juga se­bagai gusheh-ha.

12345678910...

Kembali ke atas