Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.lo.dra.ma] | ميلودراما

Definisi : (mélodrama) pementasan atau persembahan drama (sandiwara dll) yg banyak menunjukkan ciri atau episod penuh sensasi (sentimental, romantik, merawan hati, dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.lo.dra.ma] | ميلودراما

Definisi : /mélodrama/ drama yg menyentuh perasaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melodrama


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nautical melodramamelodrama nautikalKesenianDrama dan TeaterCorak melodrama yang memaparkan kisah yang berkaitan dengan kapal karam, penyeludupan atau lanun. Melodrama ini biasanya mengemukakan tema keperwiraan yang patriotik sifatnya.
transpontine melodramamelodrama kasarKesenianDrama dan TeaterCorak melodrama yang tidak halus dari segi pengolahan dialog yang cenderung kepada nada sindiran.
domestic melodramamelodrama rumah tanggaKesenianDrama dan TeaterCorak melodrama yang memaparkan kisah pergolakan rumah tangga atau kesengsaraan kehidupan sesebuah keluarga.
melodramamelodramaKesusasteraanTiadaBentuk drama yang mempersembahkan hiburan yang bersifat sensasi dan penuh dengan emosi. Persembahan biasanya secara berlebih-lebihan dengan gambaran aksi ganas dan berdarah, berlatarkan gurun dan petir serta memaparkan makhluk sihir, hantu dan jembalang. Watak utama bersifat hitam putih dengan watak baik terlalu suci murni, sementara watak jahat pula terlalu durjana. Bentuk drama ini berasal dari Peancis dalam dekad 1760-an dan berkembang di Jerman beberapa tahun kemudian. Kebanyakan drama televisyen dan filem masa kini menggunakan bentuk drama ini, terutama sekali filem Hindustan. Antara contoh melodrama ialah Sweeney Todd: The Domon Barber of Fleet Street dan Under the Gaslight.
melodramamelodramaKesusasteraanTiadaDrama yang amat sentimental, mengandungi aksi atau peristiwa yang penuh dengan debaran dan keharuan.
melodramamelodramaMuzikTiada

 Drama atau opera yang melibatkan teknik seperti pertuturan yang diiringi muzik. Pertuturan dan muzik berlaku secara berselang-seli atau secara sprechstimme. Contohnya, petikan adegan Wolf's Glen dalam opera Der Freischiitz (1817-1821) oleh Weber dan Moses und Awn (1926-1932) oleh Schoenberg.

melodramamelodramaKesenianDrama dan TeaterBentuk drama yang mempersembahkan hiburan yang bersifat sensasi dan penuh dengan emosi. Persembahan biasanya secara berlebih-lebihan dengan gambaran aksi ganas dan berdarah, berlatarkan guruh dan petir serta memaparkan makhluk sihir, hantu dan jembalang.
melodramamelodramaKesusasteraanTiadaGenre drama yang memaparkan peristiwa, plot dan perwatakan yang disensasikan bagi membangkitkan emosi khalayak.
penny gaff/twopenny gaffmelodrama picisanKesenianDrama dan TeaterCorak melodrama yang khusus dipentaskan di kawasan kediaman setinggan atau masyarakat miskin di bandar.
melodramaticmelodramatikKesenianDrama dan Teater1. Olahan pementasan yang diberi gaya melodrama. Lihat jugamelodrama. 2. Gabungan ciri tragedi dan komedi yang memberinya sifat melodramatik, disebut juga sebagai tragi komedi. Tokoh dramatis Malina Manja merupakan seorang penulis drama yang gemar menggunakan gaya ini dalam berkarya.
12

Kembali ke atas