Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lo.long] | ملولوڠ

Definisi : meraung (anjing), menjerit, me­mekik (spt perempuan meratap): anjing itu ~ semalam-malaman; ia ~ apabila men­dengar berita buruk itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lo.long] | ملولوڠ

Definisi : menjerit atau meraung; menangis dgn kuat: Ia ~ lalu pengsan apabila mendengar berita buruk itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lolong
Kata Terbitan : lolongan, melolong,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
learned helplessnessketakupayaan dipelajariPsikologiPsikologi UmumKetakupayaan yang diperoleh individu atau haiwan melalui pengalamannya yang tidak dapat mengatasi halangan atau rangsangan yang menekankan atau menyakitkan. Contohnya, anjing diletakkan dalam kotak yang diberi kejutan elektrik tanpa ada peluang untuk melepaskan diri sehingga pada akhirnya anjing itu melolong, mendekam dan merengek kesakitan. Keadaan psikologikal ini dialami oleh individu apabila mereka tidak lagi mempunyai harapan untuk mengelakkan diri daripada penderitaan yang memeritkan. Kanak-kanak sekolah boleh mengalami keadaan ini sekiranya mengalami kegagalan yang berulang kali. Kemurungan ialah salah satu kecelaruan psikologi yang diakibatkan oleh ketakupayaan dipelajari. Tingkah laku seperti mengkritik diri sendiri, pemikiran negatif atau kegagalan diri juga dikatakan berkait rapat dengan fenomena ini.

Kembali ke atas