Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lom.bong] | ملومبوڠ

Definisi : menggali lombong utk men­dapatkan bijih logam: kapal korek diguna­kan utk ~ bijih timah di kawasan yg besar­-besar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lom.bong] | ملومبوڠ

Definisi : menggali lombong utk mendapatkan bijih logam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lombong (kata nama)
Bersinonim dengan tambang, makdan, korok, kolong, tembusan;,
Kata Terbitan : melombong, perlombongan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERLOMBONGAN ALUVIUMCara melombong bijih yang melibatkan bahan aluvium.GEOGRAFI DAN GEOLOGIKaedah
PROJEK MINYAK SYAL RUNDLE

Projek Minyak Syal Rundle merupakan satu

rancangan untuk melombong bagi mendapatkan

minyak syal yang terletak di pantai timur Queensland,

Australia, kira-kira 30 kilometer ke barat laut

Gladstone. Mendapan itu mengandungi kira-kira

5000 juta tan metrik minyak syal. Di sebuah kawasan

kira-kira 15 kilometer persegi, lima telaga minyak syal

telah ditemui pada kedalaman antara 15 hingga 350

meter di bawah permukaan.

UMUM 
PULAU KRISMAS

Pulau Krismas ialah wilayah Australia di Lautan

Hindi, kira-kira 2500 kilometer di barat Laut Perth.

Pulau ini berukuran kira-kira 20 kilometer panjang

dan 15 kilometer lebar. Industri utamanya ialah

melombong fosfat. Penduduknya berjumlah 3000

orang yang kebanyakannya berketurunan Cina atau

Melayu.

UMUM 
PAM KELIKIR

Pam kelikir, salah satu kaedah melombong bijih timah.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIAlat/Alatan
TAYAR

Tayar ialah lapisan luar yang menyaluti sesebuah

roda. Kebanyakan tayar diperbuat daripada getah

yang diperkukuhkan dengan sejenis fabrik dan

pneumatik (diisikan dengan udara mampat) . Ia

digunakan pada kapal terbang, basikal, bas, kereta,

jentera melombong, motosikal, kenderaan

rekreasi, traktor, lori, dan bermacam-macam

kenderaan lagi. Sesetengah tayar getah diperbuat

daripada getah padat, seperti yang digunakan pada

kereta sorong.

UMUM 
LOMBONG BAWAH TANAH

Lombong bawah tanah, aktiviti melombong yang dijalankan di bawah permukaan bumi.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIKaedah
LOMBONG DEDAH

Lombong dedah ialah salah satu kaedah melombong bahan galian.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIKaedah
AZURIT

Azurit ialah mineral yang mengandungi kuprum.

Formula kimianya ialah Cu 3 (CO 3 ) 3 (OH) 2 . Ia

dinamakan azurit kerana warnanya biru azure. Ia

biasanya dijumpai bercampur dengan mineral

kuprum hijau yang dikenali sebagai malakit .

Walaupun ia mungkin merupakan bijih kuprum

yang tidak penting di peringkat awal kerja

melombong kuprum, azurit digunakan

terutamanya dalam barang kemas. Pigmen biru

azurit pernah digunakan dalam lukisan. Sumber

utama hablur azurit ialah Tsumeb dan Namibia.

tetapi, hablur azurit yang paling sempurna datang

dari Chessy, Perancis.

Lihat juga Mineral (gambar: Azurit).

UMUM 
PERLOMBONGAN EMAS

PERLOMBONGAN EMAS, kegiatan melombong emas di negeri-negeri Melayu sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu.  Negeri-negeri yang dikenali telah mengeluarkan emas ialah Pahang, Perak, Kelantan, Melaka, Johor dan Negeri Sembilan.  Raja-raja dan pembesar-pembesar Melayu diketahui telah memberikan hadiah yang diperbuat daripada emas dalam bentuk barang buatan ataupun bungkalan.  Walau bagaimanapun, tiada rekod tertentu dan lengkap dibuat tentang hasil emas ini kecuali pada tahun 1935.

SEJARAH DAN ARKEOLOGISumber/Bahan Alam
PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH

PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH, kegiatan melombong yang diusahakan oleh orang Melayu secara komersial sejak zaman purba, sehinggalah ia diambil alih oleh pelombong Cina dan British dengan bertapaknya penjajahan British pada akhir abad ke-19 di Tanah Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGISumber/Bahan Alam
12

Kembali ke atas