Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lom.pat] | ملومڤت

Definisi : mengangkat kedua-dua kaki drtanah dsb terus ke atas atau ke depan, me­loncat: ia ~ turun ke tanah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lom.pat] | ملومڤت

Definisi : bergerak dgn mengangkat kedua-dua kaki atau kesemua kaki serentak; meloncat: Dia terkejut melihat ular di kakinya lalu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Sudah melompat ke dalam kolah,
     Kolah itu bernama perigi;
Saya tidak berhati resah,
     Sebab kita sudah berjanji.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Naik melompat,
     turun terjun.

Bermaksud :

Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
OLAHRAGA

Olahraga ialah sukan yang menemukan

olahragawan untuk bertanding dalam acara lumba

lari, berjalan, melompat, dan membaling. Acara

balapan terdiri daripada lumba lari atau berjalan

pelbagai jarak. Acara padang ialah pertandingan

dalam acara melompat atau membaling.

Pertandingan balapan dan padang boleh diadakan

di dalam bangunan atau di luar bangunan. Lelaki

dan perempuan bertanding berasingan dalam

sesuatu acara olahraga.

UMUM 
IKAN TERBANGIkan terbang ialah sejenis ikan yang melompat
dari air dengan pergerakan ekornya yang kuat.
Di udara, ia meluncur dengan mengembangkan
siripnya yang lebar, yang bertindak sebagai sayap.
Semasa “terbang”, ikan terbang menggetarkan
ekornya dengan sangat pantas. Bahagian bawah
sirip ekornya yang panjang menjunam ke dalam
air dan muncul keluar dari air dan membantu ikan
terus berada di udara.
UMUMUmum
TIKUS KANGGARU

Tikus kanggaru ialah rodensia yang melompat

seperti kanggaru dengan menggunakan kaki

belakangnya yang panjang dan kuat. Tikus

kanggaru membesar hanya kira-kira 38 sentimeter

panjangnya termasuk ekornya sepanjang lebih

daripada 20 sentimeter. Ia mempunyai kaki depan

yang pendek, kepala dan mata yang besar.

Bulunya yang lembut berkilat berwarna kuning

atau perang di bahagian atas dan putih di bahagian

bawah.

UMUM 
KANGGARU

Kanggaru ialah haiwan berbulu yang melompat

dengan kaki belakang. Kanggaru ialah anggota

terbesar dalam kumpulan mamalia yang dikenali

sebagai marsupial.

UMUM 
ACARA TERJUN

Acara terjun ialah sukan air yang menarik.

Seseorang penerjun melompat dari papan anjal

atau pelantar dan melakukan gerakan akrobatik

yang berani di udara sebelum terjun ke dalam air.

Tidak seperti renang, acara terjun menekankan

teknik dan bukan ketahanan atau kelajuan.

Penerjun yang berbakat menggabungkan kekuatan

dan keindahan dengan keberanian semasa

berputar dan bertwis ke arah air, dan akhirnya

melakukan terjun ke dalam air dengan deburan

yang minimum.

UMUM 
KACANG LOMPAT

Kacang lompat ialah biji sejenis pokok renek

Mexico, yang terkenal kerana pergerakannya

seperti melompat dengan pantas. Pergerakan

kacang lompat ini sebenarnya disebabkan oleh

beluncas yang hidup di dalam bijinya.

UMUM 
ARKA ELEKTRIK

Arka elektrik ialah lengkung haba dan cahaya

yang kuat yang terbentuk apabila arus elektrik

yang kuat melompat merentasi lompang antara

dua elektrod. Gas dalam udara yang terdapat di

antara dua elektrod berperanan sebagai

konduktor dan memancarkan arus merentasi

lompang itu.

UMUM 
PERTANDINGAN LOMPAT KUDA

Pertandingan lompat kuda ialah

pertandingan sukan menunggang kuda. Dalam

acara pertandingan lompat kuda, penunggang

bertanding dengan menunggang kuda atau kuda

padi dan melompat melepasi pelbagai halangan

yang disediakan khas. Halangan yang lazim

termasuk pintu pagar, pagar, palang selari, dan

tembok tiruan. Sesetengah padang pertandingan

lompat kuda memasukkan halangan yang tetap

seperti tebing, pagar pokok yang kekal, dan

lompatan air. Dua atau lebih halangan yang

diletakkan kurang daripada 12 meter jaraknya

dikenali sebagai kombinasi. Halangan mempunyai

ketinggian (sehingga lebih kurang 1.7 meter) atau

kelebaran (sehingga lebih kurang 2.2 meter,

melainkan lompat air, yang mungkin sepanjang

4.25 meter). Halangan seperti oxer (kombinasi

pagar pokok dan selusur) atau palang tiga

serangkai mempunyai ketinggian dan kelebaran.

Padang yang tipikal mempunyai 10 atau 12

halangan, tetapi padang bagi acara antarabangsa

mungkin mempunyai lebih halangan.

UMUM 
SPRINGBOK

Springbok, yang juga dikenali sebagai

springbuck, ialah antelop yang hidup di dataran

berumput terbuka di barat daya Afrika. Haiwan ini

mendapat namanya kerana tabiatnya melompat-lompat

berulang kali setinggi dua meter ke udara

apabila ketakutan, dan kemudian memacu dengan

kencang. Lompatan ini mengalih perhatian

pemangsa seperti singa dan harimau kumbang.

Springbok mempunyai sejalur bulu panjang

berwarna putih di tengah belakangnya yang akan

tertegak apabila ia dalam ketakutan. Oleh kerana

sifat ini, orang Portugis di Angola menamakan

antelop ini kambing kipas.

UMUM 
KATAK

Katak ialah haiwan kecil, tidak berekor dan

mempunyai mata yang tersembul. Hampir semua

katak mempunyai kaki belakang yang panjang. Kaki

belakang yang kuat membolehkan katak melompat

lebih jauh lagi daripada panjang badannya.

UMUM 
12

Kembali ke atas