Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.luap] | ملواڤ

Definisi : 1. mengembang kerana men­didih, meruap: nasi itu telah ~; 2. tumpah kerana sangat penuh, melembak, melimpah: pd musim hujan lebat, air sungai itu ~; 3. makin bertambah-tambah (perasaan, kemarah­an, semangat, dsb), menghebat, menjadi-jadi, menyala-nyala: tiba-tiba datang keinginan yg ~ hendak pulang ke kampung halaman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.luap] | ملواڤ

Definisi : 1 mengembang kerana mendidih; meruap. 2 melimpah atau tumpah kerana terlalu penuh dsb. 3 ki makin menjadi-jadi atau makin bertambah-tambah (bkn perasaan, kemarahan dll): Kemarahannya semakin ~ terhadap anaknya yg nakal itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luap
Kata Terbitan : meluap, meluap-luap,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Saya ingin mengetahui perbezaan antara istilah 'rebus' dan 'didih'. Adakah kedua-dua istilah tersebut bersinonim? Soalan seterusnya, adakah teedapat sebarang bahan rujukan yang diterbitkan bagi istilah laras masakan seperti istilah-istilah lain yang mempunyai kamus istilah tersendiri?Rebus - bermaksud memasak sesuatu dalam air, didih - mendidih bermaksud meruap atau meluap-luap kerana dipanaskan. Berdasarkan huraian tersebut, kedua-dua perkataan ini membawa maksud yang berbeza. Untuk mendapatkan makna kata layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan pada ruangan CARI tulis kata kunci kata berkenaan.Lain-lain29.08.2016

Kembali ke atas