Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.luap] | ملواڤ

Definisi : 1. mengembang kerana men­didih, meruap: nasi itu telah ~; 2. tumpah kerana sangat penuh, melembak, melimpah: pd musim hujan lebat, air sungai itu ~; 3. makin bertambah-tambah (perasaan, kemarah­an, semangat, dsb), menghebat, menjadi-jadi, menyala-nyala: tiba-tiba datang keinginan yg ~ hendak pulang ke kampung halaman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.luap] | ملواڤ

Definisi : 1 mengembang kerana mendidih; meruap. 2 melimpah atau tumpah kerana terlalu penuh dsb. 3 ki makin menjadi-jadi atau makin bertambah-tambah (bkn perasaan, kemarahan dll): Kemarahannya semakin ~ terhadap anaknya yg nakal itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luap
Kata Terbitan : meluap, meluap-luap,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hydrometeorhidrometeorMeteorologiMeteorologi PerhubunganHasil pemeluwapan atau pemejalwapan wap air dalam atmosfera, baik yang terbentuk di dalam atmosfera bebs atau di permukaan bumi; juga zarah-zarah air yang diterbangkan oleh angin dari permukaan bumi. Hidrometeor dikelaskan menurut pelbagai cara. Contohnya seperti yang berikut: i. Zarah cecair atau pepejal yang terbentuk dan terampai diudara: misalnya, jerebu lembp, awan, kabut, kabut ais, dan kabus; ii. kerpasancair: misalnya, gerimis dan hujan; iii. kerpasan sejuk beku: gerimis sejukbeku dan hujan sejuk beku; iv. kerpasan pepejal: gentelan ais, hujan batu, gentelan salji,dan hablur ais. v. jatuhan zarah-zarah yang meluap sebelum sampai ke tanah virga; vi. zarah air sama ada cecair atau pepejal yang terangkat oleh angin dari permukaan bumi: salji layang, salji terbang, percikan terbang; vii. umpukan air sama ada cecair atau pepejal pada objek yang terdedah; embun, rime, ibun beku, dan ais jernih.

Kembali ke atas