Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lu.kis.kan] | ملوکيسکن

Definisi : ki 1. membayangkan, menampak­kan: bibirnya ~ senyuman; 2. menceritakan (mengisahkan) hal sesuatu, membentangkan: rencana itu ~ penderitaan yg dialami rakyat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lu.kis.kan] | ملوکيسکن

Definisi : 1 melukis (gambar dsb) utk seseorang: Ahmad ~ adiknya gambar seekor gajah. 2 menceritakan sesuatu keadaan atau hal; mengisahkan; menggambarkan: Cerpen itu ~ kesusahan orang-orang kampung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lukis
Kata Terbitan : melukis, melukiskan, terlukis, lukisan, pelukis,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
enumerativeenumeratifKesusasteraanTiadaCara melukiskan beberapa peristiwa yang membentuk satu kesatuan, digambarkan satu persatu supaya setiap peristiwa dalam keseluruhannya itu kelihatan jelas.
pastoralpastoralKesusasteraanTiadaHasil sastera yang melukiskan kehidupan luar kota atau desa yang aman damai, tenteram dan tenang.
form linegaris bentukGeografiTiadaGarisan yang dilukis di atas peta kerana kekurangan maklumat untuk melukiskan garisan kontur.
metaphormetaforaKesusasteraanTiadaMetafora: Bentuk kiasan yang mengandungi perbandingan yang tersirat sebagai pengganti kata untuk melukiskan kesamaan atau kesejajaran makna diantaranya.
free bodyjasad bebasMekanikGunaanSuatu jasad, sebahagian daripada jasad ataupun suatu sistem jasad, yang dipencilkan daripada bahagian lain dalam sesuatu struktur. Pemencilan itu dilakukan dengan ‘memotong’ dan menyisihkannya dari bahagian yang tidak dikehendaki itu, serta membebaskannya daripada sokongan (jika berkenaan). Jasad bebas diperoleh dengan melukiskan garis luar bagi bahagian yang dikehendaki, dan garis luar itu menjadi sempadan jasad bebas yang berkenaan. Jasad bebas membolehkan kita melihat saling tindak di antara bahagian yang dipencilkan itu dengan bahagian lain struktur tadi. Lihat juga gambar rajah jasad bebas.
shi�rshi�rKesusasteraanTiadaSuatu ungkapan kata-kata yang sengaja diberikan wazan. Wazan ialah pembentukan perkataan berdasarkan bilangan, huruf dan sebutan serta mempunyai qafiah, iaitu huruf akhir dalam bait. Ungkapan kata-kata yang mempunyai wazan dan qafiah mempunyai unsur imaginasi atau khayalan yang indah serta melukiskan peristiwa yang ada. Unsur asasi dalam sesebuah shi�r Arab ialah perkataan, bahasa, wazan, qafiah, qasad dan khayalan. Antara penulis shi�r yang terkenal ialah Hassan ibn Thabit. Shi�r dalam bahasa Arab bermaksud �puisi�. Lihat juga syair.
velocity diagramgambar rajah halajuMekanikGunaanGambar rajah yang merupakan selesaian grafik untuk persamaan halaju nisbi yang memerihalkan gerakan satah. Penyelesaian secara grafik menolong memudahkan analisis kebanyakan masalah, terutama apabila geometri yang terlibat sukar untuk dituliskan dalam bentuk ungkapan matematik. Gambar rajah halaju dibentuk dengan mula-mula melukiskan semua vektor yang diketahui pada kedudukannya yang betul dengan menggunakan sebarang skala yang sesuai. Vektor-vektor anu yang melengkapkan poligon berkenaan serta memenuhi persamaan vektor halaju yang terlibat, diukur daripada plot yang diperoleh itu. Contoh bagi kes yang mudah ditunjukkan dalam Rajah G2. RAJAH G2 (rujuk mss. 36)
acceleration diagramgambar rajah pecutanMekanikGunaanGambar rajah yang merupakan selesaian grafik bagi persamaan pecutan nisbi yang memerihalkan gerakan satah sesuatu sistem jasad tegar. Penyelesaian secara grafik ini memudahkan analisis kebanyakan masalah, terutama apabila geometri yang terlibat sukar untuk ditulis dalam bentuk sebutan matematik. gambar rajah pecutan dibentuk dengan mula-mula melukiskan semua vektor pecutan yang diketahui pada kedudukannya yang betul dengan menggunakan skala yang sesuai. Vektor-vektor anu yang melengkapkan plogon berkenaan dan memenuhi persamaan vektor pecutan yang terlibat, diukur daripada gambar rajah yang diperoleh itu. Biasanya gambar rajah halaju perlu dilukiskan terlebih dahulu sebelum gambar rajah pecutan boleh dilukis kerana komponen normal bagi pecutan diperoleh dengan menggunakan nilai halaju pada gambar rajah halaju itu. Contoh bagi kes yang mudah diberikan dalam Rajah G4. RAJAH G4 (rujuk mss. 38)
subsurface correlationsekaitan subpermukaanKejuruteraanPetroleumPembentukan fahaman mengenai kesetaraan formasi-formasi yang berada di bawah permukaan bumi, yang wujud di tempat-tempat yang berasingan. Kesetaraan itu ditinjau dari segi usia dan kedudukan formasi-formasi yang berkenaan dalam unit stratigrafi. Pada akhirnya pemahaman ini membawa kepada kesimpulan bahawa formasi-formasi yang berkenaan itu merupakan formasi yang sama atau berlainan dan digambarkan dengan melukiskan garisan-garisan penghubung atau sebagainya. Data yang dipakai biasanya adalah data daripada survei seismik atau penggerudian telaga.
bildungsromanbildungstomanKesusasteraanTiadaNovel yang memaparkan perkembangan protagonis dari zaman kanak-kanak atau remaja hingga ke tahap dewasa. Bildrungsroman memaparkan proses kematangan yang dicapai oleh wira muda selepas dia berjaya mengharungi liku-liku hidup. Bildungsroman dikaitkan dengan karya Goethe bertajuk Wilhelm Meisters Lehrjahre (1796) yang dianggap sebagai pengasas pola ini. Beberapa novel ulung pada abad ke-19 dan ke-20 mengguna pakai pola bildungsroman, contohnya novel David Copperfield oleh Charles Dickens. Apabila novel ini secara khusus melukiskan pembentukan seorang seniman, novel ini digelah kunstleroman. Contoh kunstleroman ialah A Portrait of the Artist as a Young Man oleh James Joyce. Mutakhir ini, pengkritik feminis mempertikaikan bentuk bildungsroman lelaki kerana pola perjalanan hidup seorang lelaki tidak sama dengan pola yang dilalui oleh seorang wanita. Para pengkritik feminis mengutamakan pengalaman wanita yang membina jati dirinya. Bildrungsroman berasal daripada bahasa Jerman bermaksud �novel pembentukan�. Lihat juga kunstleroman.

Kembali ke atas