Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pecahan beras yg halus-halus, hujung beras, menir; spt ~ di tepi gantang prb a) tidak dapat menolong sebab dirinya sendiri susah; b) seseorang yg dipandang ringan oleh orang lain sebab tiada berkuasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok renek), cemperai dadis, lelimbu, lemak beruk, lemputih paya, mata itik, mata kerling, merembung jantan, pokok kekang, pulai, Urophyllum glabrum; 2. = akar ~ sj tumbuhan (pokok menumpang), Trichosporum lampongum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pecahan beras yg halus-halus; hujung beras. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melukut

Puisi
 

Kalau membela ayam selasih,
     Berilah makan beras melukut;
Merajuk pada yang kasih,
     Marah pada yang takut.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bagai semut penghimpun melukut.

Bermaksud :

Orang yang rajin bekerja.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ibarat melukut di tepi gantang ialah peribahasa atau simile? peribahasa seperti aur dengan tebing hanya boleh digunakan utk hub kekeluargaan sahaja ke? cth :Dengan bekerjasama bagai aur dengan tebing antara polis dan masyarakat, kemalangan dapat dikurangkan. betul ke?Peribahasa seperti aur dengan tebing bukan sahaja untuk hubungan kekeluargaan tetapi boleh digunakan seperti contoh yang diberikan, iaitu yang membawa maksud sikap tolong-menolong antara satu sama lain. Seperti melukut di tepi gantang ialah peribahasa dan yang lengkapnya "Seperti melukut di tepi gantang, keluar tidak mengurangi, masuk tidak memenuhi', bermaksud tidak berharga dalam masyarakat; tidak dapat menolong dan sebagainya.Lain-lain25.03.2010
apakah itu nasi malukut?? benarkah ianya wujud dan menjadi makanan tradisi di sesuatu tempat??Nasi malukut tiada dalam sumber rujukan DBP yang ada hanya hanyalah malakut (bermaksud alam atau tempat malaikat dan roh/kerajaan) dan melukut (bermaksud pecahan beras yg halus-halus)Makna01.11.2007
Lurrun Aidan Perkataan inggeris dimelayukan. Dalam kamus pun sama. Mana usaha memartabatkan Bahasa Melayunya? Contohnya: "miting" (meeting?) Mesyuarat tu binatang apa pulak? Tolonglah berhenti memelayukan Bahasa Inggeris bila perkataan2 itu wujud dalam bahasa Melayu! Mohd Irfan DBP dah sampai traikh luput. Kena ada pihak ketiga yang tak dipengaruhi politik yang perjuangkan bahasa Melayu. Apa sampah, bahasa Melayu pun dipanggil bahasa Malaysia. Sampai kiamat pun, terjemahan untuk Malay Language - Bahasa Melayu bukan bahasa Malaysia Jalal Johar Sudah lebih dari 50 tahun sejak merdeka, dimanakah stutus Bahasa Melayu. Utusan Melayu pun sudah pupus. Apis Ayu Ibarat melukut di tepi gantang.. bahasa melayu di pinggirkan..Terima kasih atas keprihatinan tuan/puan.Lain-lain23.06.2015

Kembali ke atas