meluluhkan | menghancurkan sesuatu sehingga menjadi serbuk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meluluhkan | menghancurkan, meremukkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meluluh hawa | meluluhkan dgn tindakan hawa: batu asal di permukaan bumi ini pd mulanya diluluh hawa dan dihakis oleh agen tertentu spt air, angin, dan glasier; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peluluhan | (Geog) perihal meluluhkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peluluhan | hal (perbuatan dsb) menjadi luluh atau meluluhkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
luluh | 1 hancur menjadi serbuk; rosak binasa; remuk: Gelas yg cantik itu hancur ~ setelah terhempas pd batu. 2 = hancur ~ sangat sedih; remuk-redam (bkn perasaan hati): Hancur ~ rasa hatinya setelah ia ditinggalkan oleh suaminya. meluluhkan menghancurkan sesuatu sehingga menjadi serbuk. luluhan sesuatu yg luluh. peluluhan hal (perbuatan dsb) menjadi luluh atau meluluhkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
luluh hawa | (Geog) luluh oleh tindakan hawa; meluluh hawa meluluhkan dgn tindakan hawa: batu asal di permukaan bumi ini pd mulanya diluluh hawa dan dihakis oleh agen tertentu spt air, angin, dan glasier; peluluhhawaan perihal (tindakan dsb) meluluh hawa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
luluh | 1. hancur menjadi serbuk, remuk; hancur ~ = ~ lantak hancur sama sekali, rosak binasa: kota itu hancur ~ akibat letupan itu; 2. = hancur ~ ki remuk-redam (hati), sedih sekali: hancur ~ rasa hatinya mendengar berita sedih itu; meluluhkan menghancurkan, meremukkan; luluhan (Geog) hancuran, remukan: semua benda galian pasir kelodak dan tanah liat terjadi drpd ~ batu; peluluhan (Geog) perihal meluluhkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |