Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lu.lur] | ملولور

Definisi : menghisap (spt menghisap aiskrim dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lu.lur] | ملولور

Definisi : menyapu badan dgn lulut, melulut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lu.lur] | ملولور

Definisi : 1. melancar masuk, meluncur, melungsur; 2. menelan: ayam itu dilulur ular; bagai ~ bersetonggeng prb melakukan sesuatu yg sukar kerana malu (takut, terpaksa, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lu.lur] | ملولور

Definisi : 1 menelan bulat-bulat: Ular sebesar betis pun dpt ~ seekor kambing. 2 meluncur masuk dgn mudah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lulur
Kata Terbitan : melulur,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan. 1a. Ular itu telah menelan seekor anak ayam. 1b. Ular itu telah melulur seekor anak ayam. Adakah kedua-dua kata kerja menelan dan melulur sesuai dalam konteks ayat di atas? 2. Apakah perbezaan di antara Segala, Seluruh dan Semua? Bolehkah tuan berikan contoh yang bersesuaian dengan penjelasan tuan? Terima kasih.

1    . Jawapan:

1. Kedua-dua ayat tersebut adalah betul.

2.   2. Segala, seluruh dan semua mempunyai maksud yang sama tetapi bergantung pada kesesuaian konteks penggunaannya dalam ayat. Maksud segala, seluruh dan semua ialah 1. tidak ada yang dikecualikan; sekalian; segala: 2. semuanya, kesemuanya sekaliannya sekali: 3. seluruhnya; segala-galanya.

Contoh:

1.   Semua kambing dan lembunya telah dijual.

2.   Seluruh badannya berlumuran darah.

3.   Segala persiapan telah dibuat untuk majlis itu.

Tatabahasa23.08.2021
1. Tiba-tiba terpandang olehku ular sawa melulur kambing. Adakah ayat ini gramatis (ayat ini daripada kamus pelajar)? 2. Sesetengah guru di Pulau Pinang mengatakan bahawa "terdapat" tidak boleh digunakan di depan ayat. Namun saya mendapati perkataan "terdapat" pernah digunakan dalam petikan UPSR tahun yang lalu. Bolehkah "terdapat" digunakan di depan ayat dan sila berikan contoh. 3. Adakah ayat-ayat berikut gramatis? (a) Kamu mesti menyelesaikan masalah ini. (b) Kami mesti selesaikan masalah ini. (c) Masalah ini mesti kamu selesaikan. (ayat pasif) (d) Masalah ini kamu mesti selesaikan. (e) Masalah ini kamu mesti menyelesaikan. (ayat songsang)

1. Ayat itu betul.

2. Terdapat boleh digunakan di permulaan ayat dan kebiasaannya digunakan dalam bentuk pasif.

3. Ayat yang betul ialah (a) Kamu mesti menyelesaikan masalah ini. (b) Kami mesti selesaikan masalah ini. (c) Masalah ini mesti kamu selesaikan. (d) Masalah ini kamu mesti selesaikan.

Tatabahasa29.06.2008
Yang manakah antara ayat-ayat berikut adalah betul, tolong perbetulkan jika terdapat kesalahan, dan mengapa. Terima kasih. 1. Cuaca di Sibu pada petang ini dijangka hujan lebat. 2. Ular sawa itu melulur dua ekor ayam di reban belakang rumah datuk. 3. Kuncik pintu itu dengan rapat-rapat agar tidak dimasuki pencuri ketika kita tiada di rumah.1. Sibu pada petang ini dijangka hujan lebat.
2. Ular sawa itu melulur dua ekor ayam dalam reban di belakang rumah datuk.
3. Kunci pintu itu rapat-rapat agar tidak dimasuki pencuri ketika kita tiada di rumah.
Tatabahasa24.07.2012
Unta memilik bibir yang kuat yang membolehkannya memakan makanan berduri. memakan atau makan?Perkataan seperti makan, minum boleh menerima awalan me-.... Merujuk Kamus Dewan, terdapat sedikit perbezaan makna antara kata makan dengan memakan. Makan bermaksud memamah serta menelan makanan, mengunyah (menelan, melulur, menghisap, dan lain-lain) sesuatu, dan memakan bermaksud makan dengan lebih aktif. Bagi perkataan minum sama makna dan penggunaannya dengan meminum. Berdasarkan huraian tersebut ayat "Unta memiliki bibir yang kuat yang membolehkannya memakan makanan berduri. Kedua-dua memakan dan makan adalah betul bergantung pada konteks makna yang dibawa atau visual yang disertakan. Walau bagaimanapun kata makan tanpa adanya awalan me-... lebih mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa23.11.2012
Salam sejahtera tuan/puan, untuk ayat yang bagaimanakah kita harus menggunakan perkataan imbuhan 'memakan' atau 'meminum'?Sekian, terima kasih.Perkataan seperti makan, minum dan sebagainya boleh menerima awalan me-.... Merujuk Kamus Dewan  terdapat sedikit perbezaan makna antara kata makan dengan memakan. Makan bermaksud memamah serta menelan makanan, mengunyah (menelan, melulur, menghisap, dan lain-lain) sesuatu dan memakan bermaksud makan dengan lebih aktif. Bagi perkataan minum sama makna dan penggunaannya dengan meminum. Walau bagaimanapun kata makan, minum dan minta tanpa adaanya awalan me-... lebih mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa17.01.2013
1. adakah kata kerja makan, minum, minta perkataan yang tidak boleh ditambah imbuhan me? yang mana satu betul? i)saya meminta maaf ( atau meminta maaf) atas kesalahan yang dibuat . II) Saya sedang memakan nasi( atau makan nasi) apakah beza antara minta maaf dan mohon maaf?Kata makan, minum dan minta boleh menerima awalan me-.... Merujuk Kamus Dewan kata terdapat sedikit perbezaan makna antara kata makan dengan memakan. Makan bermaksud memamah serta menelan makanan, mengunyah (menelan, melulur, menghisap, dll) sesuatu dan memakan bermaksud makan dengan lebih aktif. Bagi perkataan minum sama makna dan penggunaannya dengan meminum, begitu juga minta sama makna dan penggunaannya dengan meminta. Walau bagaimanapun kata makan, minum dan minta tanpa adaanya awalan me-... lebih mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa22.06.2011
Salam, terima kasih atas penjelasan tuan. Saya masih merujuk soalan saya pada 30/8 dan 2/9. Mengikut Arkib Soalan (bil. 65), soalannya: Saya memakan nasi (salah). Saya makan nasi (betul). Saya difahamkan ada beberapa perkataan dalam Bahasa Melayu tidak memerlukan imbuhan seperti kata kerja makan, minum, tidur, tinggal dsb. Harap penjelasan.Perkataan seperti makan, minum dan sebagainya boleh menerima awalan me-.... Merujuk Kamus Dewan  terdapat sedikit perbezaan makna antara kata makan dengan memakan. Makan bermaksud memamah serta menelan makanan, mengunyah (menelan, melulur, menghisap, dan lain-lain) sesuatu dan memakan bermaksud makan dengan lebih aktif. Bagi perkataan minum sama makna dan penggunaannya dengan meminum. Berdasarkan huraian tersebut ayat saya makan nasi dan saya memakan nasi kedua-duanya betul bergantung pada konteks makna yang dibawa atau visual yang disertakan. Walau bagaimanapun kata makan (saya makan nasi) tanpa adaanya awalan me-... lebih mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa05.09.2012

Kembali ke atas