Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lulus (kata kerja)
1. Bersinonim dengan tembus: lantas, bulus, telus, celus, lalu,

2. Bersinonim dengan terperlus: terperosok, terbolos,

3. Bersinonim dengan terlepas: terlucut

4. Bersinonim dengan berjaya: berhasil, mencapai kejayaan,

Kata Terbitan : meluluskan, lulusan, kelulusan, berkelulusan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
assalamu alaikum.saya nama chenurisa cehsoh. saya belajar bahasa melayu. saya ingin bertanya tentang bahasa melayu. Apakah makna lulus?Menurut data kami, maksud lulus ialah 1 dapat masuk terus atau lalu (ke dalam atau dari lubang dan lain-lain); dapat lucut atau lepas (bukan cincin dr jari dan lain-lain): Bagaimana benang sekasar ini dpt ~ kalau lubang jarumnya begitu kecil? 2 berjaya dlm peperiksaan; berhasil dalam sesuatu usaha atau ikhtiar: Ia sudah ~ dari universiti. 3 dikabulkan (permintaan, permohonan dan lain-lain); diperkenankan: Permohonannya untuk meminjam wang sudah ~. 4 terperlus ke dalam lubang dan lain-lain: Kakinya ~ ke dlm lubang yang penuh dgn air kotor. meluluskan 1 membiarkan lalu atau masuk. 2 melucutkan (cincin dan lain-lain). 3 menjadikan lulus atau berjaya (dalam peperiksaan dan lain-lain). 4 mengabulkan permintaan, permohonan dan lain-lain; memperkenankan: Kerajaan sudah ~ biasiswanya untuk menuntut di luar negara. 5 melepaskan atau membebaskan diri. lulusan orang yang sudah lulus dalam peperiksaan; lepasan: ~ Universiti Malaya. kelulusan 1 perihal lulus: Permohonannya masih belum mendapat ~ daripada pihak atasan. 2 tingkatan pengajian yang diperoleh: ~ adalah penting untuk mendapatkan pekerjaan. Dia berazam untuk mencapai ~ yang paling tinggi. berkelulusan mempunyai kelulusan: Anaknya semua ~ tinggi dan memegang jawatan penting. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=lulus+Makna13.11.2015
1. Contoh Ayat: Sukacita kiranya pihak tuan dapat menimbang dan meluluskan syor di atas. Mengapa kita perlu menggunakan perkataan 'menimbang dan meluluskan' tetapi bukan 'menimbangkan dan meluluskan'? Saya perlukan penjelaskan kenapa imbuhan 'kan' untuk katakerja yang pertama (menimbang) digugurkan. 2. Sila komen ayat berikut: Dalam usaha menambahbaik amalan 5S.....Dalam usaha ke arah penambahbaikan amalan 5S....ayat yang mana lebih sesuai? Betulkan penggunaan perkataan menambahbaik tersebut? 3. Perkataan penambahbaikan dirapatkan kerana ia diapit oleh imbuhan pe dan kan...bagaimana pula dengan perkataan menambahbaik atau menambah baik? 4. Apakah perbezaan perkataan PERLAKSANAAN dan PELAKSANAAN? 5. Adakan perkataan PERLANTIKAN dan PELANTIKAN juga mempunyai maksud yang berbeza? 6. Bagaimana pula dengan perkataan PERLETAKAN JAWATAN atau PELETAKAN JAWATAN.

Jawapan bagi soalan-soalan tersebut adalah seperti yang berikut:

1. Imbuhan 'kan' digugurkan bagi perkataan menimbang dalam ayat tersebut kerana ayat yang menerima imbuhan 'kan' ialah kata kerja transitif, iaitu memerlukan objek atau penyambut dalam ayat. Contoh ayat, Sukacita kiranya pihak tuan dapat menimbangkan syor di atas. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 194-196.

2. Ayat yang betul ialah Dalam usaha menambah baik amalan 5S.....

3. Perkataan menambah baik boleh digunakan dan dieja dua perkataan kerana menerima satu imbuhan, iaitu 'me...'  pada kata dasar tambah baik, manakala perkataan penambahbaikan dieja satu perkataan kerana menerima kata kerja berapitan, iaitu 'pe...an'.

4. Perlaksanaan bermaksud hasil drpd melaksanakan (mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas dsb). Contoh ayat, meninjau perlaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga. Pelaksanaan pula ialah perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dsb). Contoh ayat, Pelaksanaan KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan.

5. Perkataan yang tepat ialah pelantikan, iaitu kata dasar lantik menjadi melantik( perbuatan) dan pelantikan (perihal melantik), dan peletakan jawatan, iaitu orang yang meletakkan jawatan/gelaran dan sebagainya.

 

Tatabahasa04.04.2010
Tuan, adakah keempat-empat perkataan, iaitu melulusi, meluluskan, melucuti dan melucutkan membawa maksud "menanggalkan"? Adakah keempat-empat perkataan ini dapat menggantikan maksud "menanggalkan"? Contohnya: 1. (a) Dia menanggalkan cincin itu. (b) Dia melulusi cincin itu. (c) Dia meluluskan cincin itu. (d) Dia melucuti cincin itu. (e) Dia melucutkan cincin itu. 2. (a) Adik tidak sanggup menanggalkan pakaian yang cantik ini. (b) Adik tidak sanggup melulusi pakaian yang cantik ini. (c) Adik tidak sanggup meluluskan pakaian yang cantik ini. (d) Adik tidak sanggup melucuti pakaian yang cantik ini. (e) Adik tidak sanggup melucutkan pakaian yang cantik ini. Adakah semua ayat yang saya berikan itu betul? Minta penjelasan tuan.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,  melulusi, meluluskan, melucuti dan melucutkan membawa maksud "menanggalkan". Oleh itu, contoh-contoh perkataan yang dinyatakan di atas betul berdasarkan maksud berkenaan.Tatabahasa30.11.2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Mohon kerjasama tuan/puan untuk menyemak kembali ayat-ayat yang digunakan seperti dilampiran. Kerjasama dari pihak tuan/puan amatlah saya hargai sekiranya dapat meluluskan perkara ini dengan segera. Sekian.Pembetulan:
1. Reka Bentuk
2. Kawalan Keselamatan 24 Jam
3. Pegangan Kekal
4. Luas Binaan daripada
Sila buat pembetulan dan kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".
Tatabahasa17.08.2015
Berapakah lama untuk meluluskan iklan bagi syarikat?Pada kelazimannya setiap permohonan diproses dalam tempoh dua - tiga hari bekerja. Walau bagaimanapun setelah permohonan diterima daripada seluruh negara, kami perlu mengambil lebih masa bagi memproses setiap permohonan. Bagi pelanggan yang memerlukan kelulusan segera, boleh hubungi kami melalui talian 03-21479400/9500/9600 dan nyatakan nombor pendaftaran iklan tuan.1">Lain-lain06.07.2015
saya hendak memohon kerjasama tuan dengan meluluskan signboard saya bagi semakan atas permintaan MDHS

Untuk pengesahan iklan,  sila kemukakan permohonan tuan melalui portal  “DBP SAH BAHASA”  atau hadir ke Kaunter Pengesahan Iklan DBP (Aras Bawah, Menara DBP) dan bawa dua salinan visual iklan untuk pengesahan.

1">

Lain-lain30.12.2017
Salam, Permohonan saya untuk kelulusan untuk dua design papan tanda seperti di dalam lampiran telah ditolak atas alasan: 1) SPA DAN PUSAT KESIHATAN = SPA 2) PUSAT RAWATAN DAN KESIHATAN = SPA Untuk memenuhi syarat yang diperlukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan, menetapkan supaya ditulis Deskripsi ringkas tentang apa aktiviti yang dijalankan oleh syarikat di atas papan tanda yang akan dipamerkan di hadapan kedai, apakah yang boleh sayatulis sekarang? Ini adalah permohonan semakan untuk cawangan saya yang ke empat. Untuk 3 permohonan terdahulu telah diluluskan oleh pihak DBP tanpa membangkitkan isu ini dan pihak PBT juga telah mengeluarkan lesen dengan mudah. Saya sertakan juga contoh permohonan terdahulu yang telah diluluskan. Saya ingin memohon pihak DBP menilai semula terhadap keputusan penilaian yang telah dibuat. Terimaksih.Untuk makluman, pihak kami telah mendapat arahan terkini yang kami tidak dibenarkan meluluskan papan iklan PUSAT KESIHATAN jika merujuk kepada kedai biasa. PUSAT RAWATAN KESIHATAN hanya dibenarkan jika merujuk kepada klinik kesihatan.Lain-lain26.01.2017
Salam satu Malaysia,Saya bernama Savinthran Mathavan dari Univesiti Sains Malaysia kampus Induk jurusan Lakonan dan Pengarahan,ingin mendapat kebenaran daripada pihak tuan supaya kami dapat mementaskan karya oleh Kemala yang berjudul Anna.Saya difahamkan oleh Pihak Pusat Pengajian Seni USM kami boleh mementaskan karya tersebut jika sebaiknya memberitahu dahulu pihak tuan mengenai pementasan tersebut.Saya harap tuan dapat meluluskan pementasan ini.Sekian,Terima Kasih.Terima kasih Savin Smith. Tuan boleh menghubungi pegawai kami En. Abdul Wahab Hamzah ditalian 03-2147 9000/1/2/3/4/5/6/7. Mohon operator yang bertugas sambungkan kepada En.Abdul Wahab Hamzah. Moga ia membantu tuan. Terima kasih.Lain-lain01.03.2014

Kembali ke atas