Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lum.puh.kan] | ملومڤوهکن

Definisi : menjadikan lumpuh, me­lemahkan: tujuan mereka hendak ~ gerakan gerila di hutan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lum.puh.kan] | ملومڤوهکن

Definisi : menjadikan lumpuh; melemahkan: Mereka tidak berjaya menakluk Melaka tetapi berjaya ~ kuasa Portugis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lumpuh (adjektif)
1. Bersinonim dengan sapih: tepok, capik, petut, layuh,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan tidak bergerak, tidak berjalan, berhenti, terbantut, gagal,

Kata Terbitan : melumpuhkan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PALSI BELL

Palsi Bell ialah penyakit yang melumpuhkan

sebelah bahagian muka.

UMUM 
DARURAT

DARURAT (1948-1960), keadaan tidak aman yang diisytiharkan di Tanah Melayu setelah percubaan komunis menumbangkan pemerintahan British. Undang-undang mengisytiharkan Darurat di Tanah Melayu dibuat oleh kerajaan, iaitu selepas tiga orang Eropah dibunuh di Sungai Siput, Perak pada pertengahan bulan Jun 1948. Pada 18 Jun 1948, Ordinan Darurat telah dikuatkuasakan di Perak dan seterusnya di seluruh negara. Sementara itu, kejadian seperti rusuhan, pembakaran dan pembunuhan, terutamanya di estet, telah berlaku lebih awal. Strategi komunis ternyata telah melumpuhkan ekonomi negara.

   

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa

Kembali ke atas