Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lum.puh.kan] | ملومڤوهکن

Definisi : menjadikan lumpuh, me­lemahkan: tujuan mereka hendak ~ gerakan gerila di hutan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lum.puh.kan] | ملومڤوهکن

Definisi : menjadikan lumpuh; melemahkan: Mereka tidak berjaya menakluk Melaka tetapi berjaya ~ kuasa Portugis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lumpuh (adjektif)
1. Bersinonim dengan sapih: tepok, capik, petut, layuh,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan tidak bergerak, tidak berjalan, berhenti, terbantut, gagal,

Kata Terbitan : melumpuhkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hartalhartalSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan melumpuhkan semua aktiviti kerja seperti mengadakan mogok oleh pekerja perusahaan atau kakitangan kerajaan, menutup kedai oleh pemiliknya, ponteng sekolah atau universiti oleh pelajar dan pemberhentian semua transaksi pemiagaan seperti bank, saham, insurans dan sebagainya. Dengan tindakan ini, industri dan pengeluaran negara menjadi lumpuh serta memberi implikasi bahawa kerajaan yang sedang memerintah tidak mendapat sokongan dan didesak untuk meletakkan jawatan. Tindakan ini biasanya dilakukan di Asia Selatan terutama di India, Sri Lanka dan Bangladesh. Contohnya, tindakan melumpuhkan pentadbiran British oleh gerakan menuntut kemerdekaan India di bawah pimpinan Mahatma Gandhi.
muscle relaxantrelaksan ototPerubatanTiadaUbat yang digunakan untuk melumpuhkan otot skeletal bagi memudahkan intubasi, ventilasi dan pembedahan. Contohnya, Succinylcholine, rokuronium dan atrakurium.
phrenicotomyfrenikotomiPerubatanTiadaPembedahan untuk memutuskan saraf frenik dan cabangnya bagi melumpuhkan diafragma.
taser gunsenjata renjatUmumTiadaSenjata berarus elektrik rendah yang digunakan untuk melumpuhkan sementara penjenayah.
antihelminthicubat cacingPerubatanTiadaKumpulan ubat yang digunakan untuk merawat infestasi cacing dengan melumpuhkan atau membunuh cacing. Cacing ini kemudiannya keluar bersama najis. Terdapat pelbagai jenis ubat cacing yang berkesan untuk kebanyakan jenis cacing atau yang khusus untuk cacing tertentu sahaja. Pengambilan ubat cacing akan menyebabkan kurang selera makan, pening dan loya. Ubat cacing boleh didapati dalam bentuk tablet atau sirap (cecair). Contohnya, Albendazol dan Pyrantel Pamoate. Sinonim antihelmin.
insect�s poisonracun seranggaBiologiEntomologiBahan yang dikeluarkan oleh serangga untuk membunuh atau melumpuhkan mangsanya, atau dengan kepekatan yang lebih rendah, bahan ini dikeluarkan oleh serangga untuk menjauhkan musuhnya. Bahan ini dikeluarkan sama ada melalui ovipositor, misalnya oleh lebah atau penyengat, atau dengan cara dipancutkan, misalnya oleh semut tertentu. bd. insektisid.
cyberattackserangan siberTeknologi MaklumatTiadaSebarang percubaan niat jahat yang sengaja dilakukan oleh mana-mana individu, pihak atau organisasi untuk mengambil kesempatan dengan mendedahkan, mengubah, melumpuhkan, memusnahkan, mencuri atau mendapatkan akses tanpa izin yang menyasarkan sistem komputer atau jaringan komputer dengan menggunakan satu atau lebih komputer penyerang.
chemical warfarepeperangan kimiaFizikNanoteknologiKeadaan berlawan yang menggunakan bahan kimia atau bahan beracun sebagai senjata. Contohnya, gas mustard dan gas sarin, iaitu bom asap kimia yang digunakan untuk melumpuhkan sistem saraf.
e-mail bombbom e-melTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSerangan penafian khidmat yang melibatkan penghantaran bilangan e-mel yang amat banyak dan besar kepada suatu sasaran. Serangan ini menyebabkan ruangan e-mel yang diumpukkan kepada seseorang pengguna digunakan sepenuhnya dan pengguna tersebut tidak dapat menerima e-mel yang sah. Bom e-mel mampu melumpuhkan sistem komputer yang disasarkan kerana perlu memproses penerimaan e-mel yang terlalu banyak dan di luar keupayaannya. Bom e-mel juga merupakan kesan sampingan daripada serangan melalui e-mel secara automatik oleh kod hasad. Contohnya, serangan oleh cecacing Nimda atau virus Lovebug.
external environmentpersekitaran luaranPentadbiranPentadbiran Awam

Elemen atau faktor eksternal yang mempunyai kecenderungan untuk mempengaruhi sesuatu keadaan, situasi atau perkara dalam sesebuah jabatan atau organisasi. Dalam konteks ini, persekitaran luaran dilihat dalam bentuk persaingan yang wujud, keadaan politik, negara pesaing, kedudukan ekonomi, perkembangan teknologi, pasaran dunia, bencana atau malapetaka dan sebagainya. Meskipun faktor dalaman kuat mempengaruhi perkembangan pentadbiran, namun faktor luaran juga tidak boleh diketepikan. Dalam keadaan tertentu, persekitaran luaran mampu menambah baik atau melumpuhkan sesebuah organisasi. Krisis kewangan Asia pada tahun 1990-an yang menjatuhkan nilai matawang Malaysia adalah salah satu contoh kesan persekitaran luaran.

12

Kembali ke atas