Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lu.na/] | ملونق

Definisi : sj tumbuhan (pokok) dlm famili Tiliaceae, balung ayam, janda baik, kebal ayam, kepayang hantu, pinang baik, takalis (Sabah), baru (Sarawak), Pentace spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lu.na/] | ملونق

Definisi : menjadi lembut, (hati, sikap, dll): matanya yg garang menyala itu lambat­-laun ~ kembali; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melunak


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
melunakmelunakPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Pentace spp. daripada famili Titiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung termasuk balung ayam, janda baik, kebal ayam, kepayang hantu dan pinag baik, di Sabah ialah takalis, dan di Sarawak ialah baru. Spesies utamanya termasuk Pentace adenophora, P. curtisii dan P. macrophylla. Gubal kayu melunak berwarna kuning jerami, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat atau coklat kemerahan. Tekstur kayunya halus dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 530 hingga 775 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini agak sukar diawet, dan dikerjakan dan mengering dengan perlahan. Kayu melunak digunakan untuk hiasan dalaman, tanggam, papan panel dan perabot.

Kembali ke atas