Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lur] | ملور

Definisi : sj tumbuhan (pokok renek dan bunga), melati, Jasminum sambac; ~ hutan a) sj tumbuhan (pokok renek), pekan hutan, Jasminum bifarium; akar ~ hutan sj tumbuhan (pokok menjalar), akar elok, gelwat temengah, Pseuderanthemum teysmanni. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lur] | ملور

Definisi : nama sj pokok atau bunganya; melati, Jasminum sambac. ~ hutan nama sj pokok atau bunganya, Jasminum bifanum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melur

Puisi
 

Bunga melur setangkai diri,
     Anak udang dari Patani;
Tidur malam seorang diri,
     Aku tak tahu selama ini.


Lihat selanjutnya...(30)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
BAGAIMANA NAK MEMBACA SECARA ONLINE BUKU PUTERI MELOR SEKUMTUMSalam,

Cerita Puteri Melur Sekuntum

Untuk makluman, cerita Puteri Melur Sekuntum merupakan petikan cerita yang diambil daripada Buku Prosa Warisan oleh Aripin Said yang telah dimuat naik dalam bentuk poster melalui Media sosial rasmi DBP.

Oleh itu, lanjutan daripada cerita Puteri Melur Sekuntum itu bolehlah diperoleh daripada Buku Prosa Warisan tersebut. Berdasarkan semakan dalam portal dbpniaga, buku tersebut masih ada stok.

Buku terbitan DBP boleh dibeli di kedai buku, wakil  penjual, ujana DBP dan melalui portal DBP. Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti berikut:

  ·        Anjung DBP – 03 2147 9597 / 03 2147 9598

·        Kompleks DBP Hulu Kelang – 03 41010028 / 019 2141956 (WhatsApp)

·        DBP Cawangan Sarawak – 082 227000 / 019 8768358

·        DBP Cawangan Sabah – 088 439317 / 010 9425569

·        DBP Wilayah Timur – 09 7414918 / 014 9180092

·        atau klik pautan ini : https://dbpniaga.my//

 

Sekian, terima kasih


Lain-lain16.06.2021
bagaimana pula dengan perkataan melor dengan melur dan tanjong dengan tanjung?1. Istilah yang tepat ialah 'melur' - sejenis tumbuhan. Manakala, 'melor' - bahasa Indonesia, sejenis kereta beroda dua. 2. Ejaan yang betul ialah tanjung.Istilah16.11.2012
Salam, Mohon pencerahan versi sebenar lagu kanak2 berikut Air pasang malam atau air pasang pagi atau air pasang dalam? Pokok bunga melur tanam tepi kolam atau tepi batas? Itik bertelur ayam menetas atau mengeram? Terima kasih
Untuk makluman tuan, lirik lagu kanak-kanak ini bukanlah di bawah bidang kuasa dan hak cipta DBP. Oleh itu, DBP tidak mempunyai maklumat tepat tentang  lirik lagu yang betul.  Walau bagaimanapun, kebiasaannya lirik lagu yang biasa dijumpai ialah seperti yang berikut: 

Air pasang dalam
Surut pukul lima
Nyonya bangun pagi
Siram pokok bunga

Pokok bunga Melur
Tanam tepi batas
Itik bertelur ayam menetas

Cik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit-jerit

Naik kereta api sampai Kuala Lumpur
Jumpa isteri comel terselit bawah dapur.
Lain-lain15.11.2021
Saya tertarik dengan Tweet DBP tentang konsep kecantikan wanita dalam budaya Melayu, tetapi saya tidak tahu cara penggunaannya. Dahi (Sehari bulan), kening (awan ditulis), hidung (kuntum melur belum kembang), mata (bintang timur), telinga (telepuk kayu), dagu (lebah bergantung) dan jari (tombak serai). Bolehkah diberikan contoh ringkas penggunaannya dalam ayat dan mengapakah tidak saya jumpa istilah - istilah ini dalam Kamus Dewan?

Semua perkataan tersebut tergolong dalam perumpamaan. Perumpamaan bermaksud sejenis peribahasa yang berupa perbandingan dengan sesuatu yang lain (umumnya mengandungi ajaran).

Sebagai contoh, dahi sehari bulan bermaksud dahi yang elok bentuknya. (Contoh ayat: Kecantikan Aminah disebut-sebut anak teruna kampung bagai dahi sehari bulan.)
Sastera22.06.2018
Ayat yang mana betul? 1. Petani (menabur/menaburkan) benih di sawah. 2. Petani (menabur / menaburkan) baja di sawah. 2. Ibu (menabur /menaburkan) beras hancur di atas tanah.Tuan,

Berdasarkan soalan, maksud menabur: 1. menghamburkan supaya ber-selerak, menyebar (benih dll): ~ benih padi; 2. (kelihatan) dgn banyaknya, ber­taburan: di pinggang perak berlapis, di dada bintang ~; 3. Pr mulai terbit buahnya (padi): padi teman sudah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Maksud menaburkan: 1. menjadikan bertabur (berselerak), menghamburkan merata-rata, menyebarkan (benih dll): Najela ~ beberapa kuntum bunga melur; Datuk Ujang ~ benih lagi; 2. sl membuang (menggugurkan, me­nyebarkan) banyak-banyak: segala ulama dan hukama ~ mas dan perak dan permata dan ratna mutu manikam kpd kaki Raja Iskandar; 3. ki menyebarkan (pendapat dll), memberikan: kesedihan tidak dapat diatasi dgn nasihat yg sudah berkali-kali ditaburkan; mereka ~ fitnah dgn tujuan utk memecahbelahkan pemimpin dan umat Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan.

Untuk maklumat lanjut, tuan boleh layari http://prpm.dbp.gov.my/.

Sekian, terima kasih.
Makna06.07.2017
Saya Halimah sedang pelajar pusat bahasa Melayu peringkat dasar ingin bertanya DBP, apakah maksud pantun lapan krat itu terimakasih

Pantun ialah sejenis puisi Melayu lama yang diwarisi oleh orang Melayu daripada nenek moyang mereka sejak zaman silam. Pantun menggambarkan cara berfikir dan nilai-nilai masyarakat Melayu tradisi. Melalui pantun, orang Melayu mengeluarkan rasa hati dan keluhan jiwa, seperti dalam bentuk kasih sayang, cinta, suka duka, sindir menyindir dan berbagai perasaan hati mereka yang diungkapkan dalam bahasa yang indah dan menarik.

Pantun juga terbahagi kepada beberapa jenis iaitu seperti pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat dan pantun berkait. Berikut contoh pantun lapan kerat;

Bagus rupa bunga melur,
Putih rupanya bunga pinang,
Berukir bertangkai perak,
Permainan raja perempuan;

Pahar cerek sudah teratur,
Cawan mangkuk sudah terletak,
Samalah duduk kita makan.


Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang ciri-ciri pantun dan syair puan boleh merujuk buku-buku berkaitan puisi Melayu Tradisional yang ada di pasaran.  Contoh buku yang disarankan ialah Puisi Melayu Tradisional  karya Dr. Harun Mat Piah, terbitan DBP.
Tatabahasa06.11.2013

Kembali ke atas