Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lur] | ملور

Definisi : sj tumbuhan (pokok renek dan bunga), melati, Jasminum sambac; ~ hutan a) sj tumbuhan (pokok renek), pekan hutan, Jasminum bifarium; akar ~ hutan sj tumbuhan (pokok menjalar), akar elok, gelwat temengah, Pseuderanthemum teysmanni. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lur] | ملور

Definisi : nama sj pokok atau bunganya; melati, Jasminum sambac. ~ hutan nama sj pokok atau bunganya, Jasminum bifanum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melur

Puisi
 

Bunga melur setangkai diri,
     Anak udang dari Patani;
Tidur malam seorang diri,
     Aku tak tahu selama ini.


Lihat selanjutnya...(30)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBunga melur berjinjang-jinjang, Bunga mawar dalam raga; Minta doa umur panjang, Lambat laun bertemu juga.
Kurik Kundi Merah SagaBunga melur setangkai diri, Anak udang dari Patani; Tidur malam seorang diri, Aku tak tahu selama ini.
Kurik Kundi Merah SagaKembang melur kembang melati, Lalu dibungkus dalam kertas; Di dalam terang lagi menanti, Inikan pula barang yang lepas.
Kurik Kundi Merah SagaBungalah melur kembang setangkai, Taruh mari di lipatan kain; Jikalah benar adik memakai, Janganlah adik ingat yang lain.
Kurik Kundi Merah SagaBunga melur kembang sekaki, Ambil sekuntum bungkus kertas; Dalam telur lagi dinanti, Inikan pula sudah menetas.
Kurik Kundi Merah SagaBunga melur kembang berkaki, Mari dibungkus di dalam kertas; Di dalam telur lagi kunanti, Inikan pula telah menetas.
Kurik Kundi Merah SagaBunga melur di atas peti, Mari dibungkus dengan kertas; Dalam telur boleh dinanti, Konon pula sudah menetas.
Kurik Kundi Merah SagaBunga melur bunga inai, Biji selasih di dalam timba; Seberang alur seberang sungai, Kerana kasih kuturut juga.
Kurik Kundi Merah SagaSi Jambat menikam gamat, Bunga melur kembang melati; Mudah-mudahan hidup selamat, Di dalam telur boleh dinanti.
Kurik Kundi Merah SagaSi Jambat menikam gamat, Bunga melur kembang melati; Mudah-mudahan hidup selamat, Di dalam telur boleh dinanti.
123

Kembali ke atas