Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pacu (kata nama)
Bersinonim dengan taji, susuh, sungga;,
Kata Terbitan : berpacu, memacu, pemacuan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Dinamik dan Kompetitif 2. Dinamik dan Berdaya Saing 3. Dinamik Memacu Keunggulan yang Kompetitif 4. Dinamik Memacu Keunggulan yang Berdaya Saing Antara no. 1 dengan 2 yang mana lebih tepat dan sesuai. Antara no. 3 dengan 4 yang mana lebih tepat dan sesuai. Terima kasih.Kesemua ayat di atas adalah betul. Walau bagaimanapun, penggunaan yang sesuai dan tepat perlulah dilihat dari segi konsep penulisan puan.Istilah12.10.2019
"Dinamik Melonjakkan Keunggulan Kompetitif" Gramatis dan sesuai atau tidak slogan ini. Terima kasih.Ayat yang lebih sesuai ialah "Kedinamikan Memacu Keunggulan" atau "Kedinamikan dan Kompetitif Memacu Keunggulan"

Perkataan melonjakkan adalah kurang sesuai kerana membawa maksud seperti yang berikut:

melonjak:  1. melompat ke atas (dgn kedua­dua belah kaki) utk mencapai sesuatu: ia ~ hendak memetik buah itu; 2. melambung (bola dll): raksa dlm buli-buli itu akan mengembang dan ~ keluar ke dlm batang jangka suhu; 3. ki bercakap sombong, menyombong; cakap ~ cakap besar (meninggi); 4. ki bertambah (tinggi dll): pd masa ke­kasihnya tiba itu perasaan gembiranya ~; melompat naik, meningkat naik dgn tiba-­tiba (harga dll): harga getah ~ naik kerana bekalan getah sangat kurang; dr kerani dia ~ jadi pegawai daerah; harap hendak ~, kopiah pesuk prb kerana hendak hidup mewah habis terjual harta benda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tatabahasa12.10.2019
Saya ingin bertanya. i) adakah perkataan MEMICU wujud dlm bahasa kita? ii) adakah maksud MEMICU sama erti dengan MEMACU? iii) apakah maksud sebenar MEMICU dan bagaimana penggunaannya?

Memicu ialah kata terbitan daripada picu iaitu pemetik (pistol, senapang, dan lain-lain); memicu ialah menarik atau memetik picu pistol, senapang dsb. memacu dari kata dasar pacu membawa makna yang berbeza iaitu 1. menggesa (kuda) dgn menusukkan pacu supaya berlari deras: maka Arung Lenga pun ~ kudanya; 2. ki melarikan deras-deras (kereta dll): dipacunya motosikalnya dgn laju; 3. = memacukan memperlumbakan; 4. menggerakkan sesuatu kegiatan (ekonomi, pembangunan dsb) dgn lebih cepat atau pesat. oleh itu memicu dan memacu adalah kata terbitanyang membawa makna berbeza.

Tatabahasa05.02.2008
Selamat sejahtera. Saya hendak bertanyakan penggunaan pananda wacana dan penggunaan kata sendi. 1. Antara oleh sebab itu dan oleh itu, yang manakah betul? 2. Yang manakah betul? a. dalam memacu ekonomi negara b. dalam pemacuan ekonomi negara

1. Frasa 'oleh itu' dan 'oleh sebab itu' kedua-duanya betul.


2. Frasa 'dalam memacu ekonomi negara' dan 'dalam pemacuan ekonomi negara' kedua-duanya betul. Walau bagaimanapun, penggunaannya mengikut kesesuaian konteks ayat. 

 


Tatabahasa09.06.2022
Salam sejahtera tuan/puan, saya ingin minta bantuan pihak tuan/puan untuk menyemak terjemahan berikut; 1. The flag of thought leads the way : Gagasan pemikiran/ideologi menerajui hala tuju @ Gagasan pemikiran/ideologi memacu hala tuju @ Bendera pemikiran/ideologi menerajui hala tuju 2. Guiding position of thought on socialism : Kedudukan panduan ideologi/fahaman/pemikiran sosialisme @ Kedudukan pimpinan ideologi/fahaman/pemikiran sosialisme @ Kedudukan bimbingan ideologi/fahaman/pemikiran sosialisme 3. Thought on Socialism with Chinese Characteristics for a New Era : Ideologi/pemikiran/fahaman sosialisme yang bercirikan China pada era baharu 4. Party's guiding ideology : Ideologi panduan/bimbingan parti 5. common will of the whole society : Hasrat Bersama seluruh masyarakat 6. ideological banner of the Party : sepanduk ideologi Parti 7. faith in socialism : kepercayaan/keyakinan dalam sosialisme 8. political soul : semangat politik @ maruah politik @ jiwa politik 9. spiritual pillar : pendorong semangat Terima kasih.

Berikut merupakan cadangan padanan bahasa Melayu bagi perkataan yang dinyatakan:



1. The flag of thought leads the way: Gagasan pemikiran/ideologi/fahaman menerajui/memacu/memandu hala tuju

2. Guiding position of thought on socialism: Kedudukan panduan/bimbingan/ideologi/fahaman pemikiran sosialisme

3. Thought on Socialism with Chinese Characteristics for a New Era: Ideologi/pemikiran/fahaman sosialisme yang bercirikan China pada era baharu

4. Party's guiding ideology: Ideologi panduan/bimbingan parti

5. common will of the whole society: Hasrat bersama seluruh masyarakat

6. ideological banner of the party: Lambang/isi utama ideologi parti

7. faith in socialism: kepercayaan/keyakinan pada sosialisme

8. political soul: semangat/maruah/jiwa politik

9. spiritual pillar: asas/tonggak rohani/semangat

Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.

Makna21.02.2022
Saya ingin mengetahui istilah statistik yang betul dalam bahasa melayu bagi: 1. Structural Equation Modeling 2. Factor Loading Terima kasih1. pemodelan persamaan struktur. 2.
Angka yang mewakili kemuatan relatif get untuk memacu get-get lain atau beban relatif yang dikemukakan oleh suatu get kepada get yang memacunya.
Istilah26.04.2010

Kembali ke atas