Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.du] | ممادو

Definisi : 1. melebur (emas); 2. melebur dan mencampurkan supaya bersatu (berbagai-bagai jenis logam); 3. mengikat (janji dll), menguatkan, mengukuhkan: ~ janji; kata sudah dipadu; negara-negara yg tidak memihak ~ tenaga utk memperkuat pengaruh mereka; 4. membanding­kan, menyesuaikan, mencocokkan, memadan­kan; ~ pendapat mencocokkan pendapat; ~ hati menyatukan hati (kasih dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.du] | ممادو

Definisi : memadukan: Usinah yg tidak mahu dimadu, diceraikannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.du] | ممادو

Definisi : 1 mengaduk atau mengadun sesuatu supaya benar-benar bercampur: Ibu sedang ~ telur dgn tepung utk membuat kuih. 2 meleburkan dan mencampurkan supaya menjadi satu (bkn logam): ~ perak dgn tembaga. 3 menggabungkan supaya menjadi satu; menyatukan: Kita perlu ~ tenaga utk mempertahankan negara kita drpd serangan musuh. 4 membuat perjanjian dll dgn sungguh-sungguh; menguatkan janji dll: ~ janji. 5 mencari-cari utk mengetahui cocok tidaknya; menyesuaikan; memadankan: ~ pakaian; ~ pendapat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
padu (adjektif)
1. Bersinonim dengan mampat: padat, tumpat, pejal, kimpal, rapat, ketat, penuh, sarat, sendat,
Berantonim dengan longgar

2. Bersinonim dengan kukuh: teguh, utuh, kuat,
Berantonim dengan lemah

Kata Terbitan : bersepadu, berpadu, memadu, memadukan, terpadu, paduan, pemaduan, kepaduan, perpaduan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, adakah ayat ini betul? 1. 4. Papan tanda itu menasihatkan kelajuan yang harus dikekalkan semasa memandu kereta . Kata "menasihatkan" dalam Kamus Pelajar bermaksud memberikan sesuatu sebagai nasihat atau sebagai tunjuk ajar, dan kata "nasihat" juga bermaksud petunjuk. Jadi, bolehkah saya mengatakan ayat (1) bermaksud papan tanda itu memberikan kelajuan yang harus dikekalkan semasa memandu kereta sebagai petunjuk?Ayat itu tidak betul. Ayat yang betul : Papan tanda itu menunjukkan had laju yang harus dikekalkan semasa memadu kereta.Tatabahasa31.12.2014

Kembali ke atas