Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.ha.mi] | ممهمي

Definisi : 1. tahu dan mengerti benar akan sesuatu: dia dapat ~ setiap pelajaran yg diajarkan oleh gurunya dgn baik; 2. menyelami perasaan seseorang: ibunya amat ~nya; 3. memandang, menganggap: dia ~ lawatan para menteri kerajaan pusat ke Singapura sbg suatu kebengisan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.ha.mi] | ممهمي

Definisi : 1 tahu benar akan sesuatu; mengetahui; memaklumi: Dia tidak dpt ~ apa-apa yg diucapkan oleh pemuda itu. 2 pandai dan tahu benar akan sesuatu hal: Beliau juga ~ bahasa Perancis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memahami


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saling faham memahami atau saling memahami atau faham memahami?saling memahami...Tatabahasa20.09.2012
memahami

Assalamualaikum.

Pertanyaan saudara tidak jelas.

Lain-lain16.08.2010
Memahami dan mematuhi tertib bekerja dalam bengkel atau Memahami dan mematuhi tatatertib bekerja di bengkelAyat yang betul ialah Memahami dan mematuhi tatatertib bekerja di bengkel.Tatabahasa05.08.2014
ingin memahami dengan lebih mendalam mengenai penggunaan kata tugas "daripada". Contoh: Dia mengeluar pen daripada poket. (Adakah poket itu ialah tempat jadi... harus letakkan kata tugas "dari". Ataupun poket itu, sumber - jadi ayat itu betul?). Tolong jelaskan hukum "daripada dan dari" dengan jelas. Terima kasih

Sendi Nama "daripada"

Umumnya diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan manusia, unsur abstrak, perbandingan, sumber atau asal sesuatu benda, sebahagian daripada semua dan perbezaan. Menurut funsi tersebut, penggunaan SN daripada ini dapat dibahagikan kepada enam bahagian seperti yang berikut:

1. Sebagai kata yang letaknya di hadapan kata yang menyatakan manusia, dengan unsur manusia sebagai punca atau "tempat" datangnya sesuatu.

Contohnya: Aku tidak tahu daripada siapa dia mewarisi paras yang secantik itu.

2. Sebagai kata yang letaknya di hadapan kata nama atau frasa yang menyatakan sesuatu unsur yang abstrak.

Contohnya: Apabila Janaki telah baik daripada sakitnya, dia datang mengunjungi aku.

3. Menunjukkan perbandingan atau tahap yang didahulukan dan dikemudiankan.

Contohnya: Dia lebih pendiam daripada dulu.

4. Sebagai kata yang letaknya di hadapan kata nama atau frasa yang menyatakan penceraian sedikit daripada banyak atau menyatakan sebahagian daripada semua.

Contohnya: Enam orang daripada mereka mati disambar petir.

5. Menunjukkan perbezaan atau kelainan.

Contohnya: Cara hidupkau berbeza daripada cara hidupku.

6. Sebagai kata yang letaknya di hadapan kata nama atau frasa yang menyatakan maksud sumber atau asal.

Contohnya: Kulihat sebuah rumah kecil yang diperbuat daripada tanah.

 

Sendi Nama "dari".

Digunakan dihadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan araha, tempat atau waktu.

Contoh:

1. Hilmy keluar dari dalam bilik itu.

2. "Lama dah kak, dari pagi tadi".

3. Aku melangkah keluar dari rumahnya.

4. Dia betah sekali duduk bersila dari waktu sesudah sembahyang Isyak sampailah menjelang dinihari. 

 

 Yang betul: Dia mengeluar pen dari poket.

Poket dianggap tempat bukan sumber.

Tatabahasa22.08.2009
Saya ingin memahami prosedur untuk mendapatkan pengesahan untuk papan tanda bangunan/perniagaan (syarikat kita tengah memohon perniagaan lesen untuk hotel). Terima Kasih


Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.

Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung kepada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN.

Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan.

Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses. 

Sila klik pada menu Bayaran > Bayar Iklan, klik pada kotak iklan yang hendak di bayar, klik pada Perbankan Internet, klik pada dua kotak di bahagian Pengesahan Panduan dan Terma Bayaran dan klik Bayar.

Seterusnya, pilih bank untuk buat bayaran.


 

Lain-lain24.04.2023
Tuan, saya memahami bahawa salah satu maksud bagi perkataan berat ialah : berkaitan dengan kerja tanggungjawab. Contoh : Tanggungjawab ibu tersebut sangat berat. Jika ingin mengatakan berkenaan masalah, bolehkah kita menggunakan berat dalam situasi ini : Masalah yang ditanggung oleh keluarga itu sangat berat? jika tidak boleh digunakan berat dalam ayat ini, apakah perkataan yang sesuai digantikan dalam ayat ini? Terima kasih.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, berat bermaksud sukar (dilakukan, diselesaikan, dan sebagainya), sulit dan susah. Masalah pula bermaksud sesuatu yang memerlukan penyelesaian, perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran (kesulitan)

Oleh itu, penggunaan perkataan berat dalam contoh ayat yang diberikan adalah sesuai digunakan. 

Makna02.09.2021
Saya ingin memahami penggunaan imbuhan. Setahu saya, dalalm Bahasa Malaysia baku, imbuhan diperlukan terutamanya bagi kata kerja. Namun, terdapa beberapa situasi di mana imbuhan tidak diperlukan. Bolehkah saya tahu bila imbuhan sebuah kata kerja boleh digugurkan? Itu bermaksud, bilakah kita boleh menggunkan kata kerja dalam bentuk kata dasarnya?Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Dalam bahasa Melayu, kata kerja terdiri daripada empat bentuk, iaitu kata kerja tunggal, kata kerja terbitan, kata kerja majmuk dan kata kerja ganda.

Kata kerja tunggal ialah kata yang terbentuk tanpa imbuhan. Dalam bahasa Melayu, kata kerja jenis ini tidak sebanyak kata kerha tang terbentuk dengan imbuhan dan boleh hadir sebagai predikat tanpa imbuhan. Kebanyakan kata kerja demikian bersifat tak transitif. Antara contohnya termasuklah ada, balik, ikut, jaga, keluar, terbang dan sebagainya.

Kata kerja terbitan ialah kata kerja yang terhasil daripada proses pengimbuhan, iaitu proses menggandingkan imbuhan pada kata dasar dan melahirkan perkataan-perkataan terbitan.

Lazimnya, kata kerja tanpa imbuhan digunakan dalam cakap ajuk. Cakap ajuk ialah ujaran sebenar penutur yang lazimnya ditandai dengan intonasi atau tanda baca.
Tatabahasa20.02.2015
Nadia cepat memahami dan menguasai apa-apa sahaja yang diajar oleh guru-gurunya. adalah petikan di atas menunjukkan peribahasa otak cair? atau tajam akal atau peribahasa lain yang sesuai? terima kasih. selamat berpuasaDalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, otak cair bermaksud cepat menangkap pelajaran dan sebagainya yang diajarkan; cerdik.

Manakala tajam akal pula ialah cerdik; pandai.

Berdasarkan takrifan tersebut, peribahasa yang sesuai ialah otak cair.
Tatabahasa23.07.2014
saya kurang memahami maksud ayat ini. jika perlu sila berikan saya contoh ayat yang lebih mudah untuk difahami. Untuk menyelamatkan seseorang daripada serangan yang bertujuan untuk mengurung secara salah.Frasa mengurung secara salah bermakna tindakan mengurung seseorang sama ada di rumah atau diculik dan dikurung. Walau bagaimanapun, ayat tersebut mungkin merupakan terjemahan daripada teks bahasa Inggeris. Sila terjemahkan teks asalnya dengan betul atau jelaskan konteks penggunaannya.Tatabahasa15.04.2009
bagaimana ingin memahami sesuatu ayat??Untuk memahami sesutu ayat sdr bolehlah membaca buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat. Di dalamnya diterangkan secara terperinci ttg pelbagai jenis ayat. T kasih.Makna21.08.2008
12345678910...

Kembali ke atas