Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.ha.mi] | ممهمي

Definisi : 1. tahu dan mengerti benar akan sesuatu: dia dapat ~ setiap pelajaran yg diajarkan oleh gurunya dgn baik; 2. menyelami perasaan seseorang: ibunya amat ~nya; 3. memandang, menganggap: dia ~ lawatan para menteri kerajaan pusat ke Singapura sbg suatu kebengisan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.ha.mi] | ممهمي

Definisi : 1 tahu benar akan sesuatu; mengetahui; memaklumi: Dia tidak dpt ~ apa-apa yg diucapkan oleh pemuda itu. 2 pandai dan tahu benar akan sesuatu hal: Beliau juga ~ bahasa Perancis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memahami


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
empathyempatiPsikologiPsikologi UmumKemampuan untuk memahami dan menyelami perasaan orang lain. Contohnya, individu boleh merasakan keperitan orang lain dengan memahami masalah dan pandangan mereka seperti perasaan yang tidak menyenangkan dan sesuatu yang ingin disampaikan.
empathicberempatiPsikologiPsikologi UmumKeupayaan untuk menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain, objek semula jadi atau produk estetika. Seseorang itu dianggap berempati dengan orang lain apabila dia menyedari dan memahami perasaan, keperluan dan penderitaan mereka. Contohnya, apabila berlaku kematian, tingkah laku empati ditunjukkan melalui sokongan emosi dan sosial seperti menziarahi keluarga si mati, memberi bantuan kewangan dan ucapan takziah. Contoh empati terhadap objek semula jadi atau produk estetika adalah apabila pemandu dan penumpang kereta mencondongkan badan mereka ke hadapan semasa mendaki bukit supaya kereta yang dinaiki tidak merasa berat dalam pendakian itu.
script readingpembacaan skripKomunikasiTiadaSesi membaca dan memahami skrip oleh pelakon dan petugas penggambaran. Skrip perlu diteliti oleh pelakon untuk mengenali watak dan menghayati cerita. Bagi petugas penggambaran pula, mereka perlu memahami skrip bagi tujuan penjadualan dan persiapan penggambaran.
interpretationtafsiranKesusasteraanTiadaPemahaman teks secara umum termasuklah memahami bahasa, menganalisis, menghuraikan, menjelaskan, mencari, dan menetapkan makna teks. Tafsiran biasanya memfokuskan bahagian yang sukar difahami, taksa atau samar-samar, atau yang menggunakan bahasa figuratif. Secara umumnya, tujuan mentafsir adalah untuk menghuraikan dan memahami secara keseluruhan karya yang disampaikan menerusi medium bahasa, dengan mengambil kira aspek konvensi yang tertentu seperti genre, imejan, tema dan kesan. Hal ini melibatkan huraian unsur yang implisit dan eksplisit, dan analisis aspek formal bagi memperlihatkan kesepaduan atau kelonggaran teks berkenaan. Dalam stilisitik, tafsiran merujuk kepada pemahaman bahasa berdasarkan analisis pola formal dan semantik, yang secara keseluruhannya membawa dapat tentang erti teks. Pada prinsipnya, para sarjana konvensional berpendapat bahawa teks mempunyai suatu tafsiran atau makna yang betul, walaupun terdapat pelbagai tafsiran bagi pembaca yang berbeza. Mereka menganggap bahawa mentafsirkan karya hendaklah seboleh-bolehnya untuk memperoleh makna yang dimaksudkan oleh pengarang. Namun, mutakhir ini dikatakan bawa sesebuah teks mungkin memberi lebih daripada satu tafsiran atau makna. Hal ini disebabkan oleh kompleksiti bahasa dan struktur karya. Walau bagaimanapun, semua tafsiran teks adalah berasaskan kecekapan pembaca dan pengetahuannya tentang konvensi bahasa dan sastera, serta pengetahuan budayanya. Jenis tafsiran yang lebih khusus adalah seperti takwil, hermeneutika dan dekonstruksi. Tafsiran dalam bahasa Arab bermaksud �memberi makna�. Tafsiran disebut juga interpretasi. Lihat juga dekonstruksi, hermeneutika.
conceptual skillkemahiran konseptualPengurusanPerancanganKemampuan seseorang untuk memikir, menganalisis dan memahami sesuatu konsep, situasi atau idea. Kemahiran konseptual diperlukan untuk menjelaskan suatu konsep atau situasi yang kompleks dan rumit secara menyeluruh sehingga dapat menyelesaikan masalah yang timbul. Contoh kemahiran konseptual ialah kemampuan seseorang untuk memahami konsep inflasi dalam ekonomi dan jelas tentang kesannya kepada perniagaan yang sedang dijalankan.
natural language understandingpemahaman bahasa tabiiKomputerTiada1. Subbidang penyelidikan kecerdasan buatan yang berkaitan dengan masalah membentuk perisian komputer yang dapat memahami bahasa tabii manusia dan dengan demikian membolehkan komputer berkomunikasi dengan manusia dalam bahasa tabii. 2. Proses memahami kandungan dan bentuk bahasa tabii manusia dengan menggunakan komputer. Singkatan NLU.
educational psychologypsikologi pendidikanPsikologiPsikologi UmumCabang psikologi terapan yang mengkaji masalah psikologi dalam pendidikan dan penerapan kaedah-kaedah yang dirumuskan daripada kajian tersebut untuk memahami dan menyelesaikan masalah yang wujud. Contohnya, psikologi pendidikan boleh diaplikasikan untuk memahami masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar dalam semua peringkat persekolahan.
dyslexiadisleksiaPerubatanTiadaKetakupayaan memahami sesuatu yang dibaca akibat lesion otak. Lihat juga aleksia.
intellectintelekKesusasteraanTiadaKemampuan berfikir dan memahami tentang sesuatu.
empathyempatiSejarahTiadaPerihal mengamal dan memahami perasaan, fikiran dan sikap orang lain.
12345678910...

Kembali ke atas